Pakai Baju Nikah Dijahit Ibu & Abang Kandung Pulang Dari Jepun, Momen Indah Eyra Hazali Bergelar isteri

Share

Dengan sekali lafaz, pelakon, Eyra Hazali, 20, sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Muhammad Haziq Nadzli, jumaat lepas.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Hazali Ramli, dengan disaksikan Pendaftar Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdul Jamel Jaafar di Masjid As-Syakirin KLCC.

Pada majlis berkenaan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.

Bagaimanapun, wang hantaran tidak dinyatakan atas permintaan keluarga. Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 150 tetamu termasuk keluarga, kenalan rapat dan teman media.

Sebelum ini, Eyra atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina binti Hazali telah mengikat tali pertunangan dengan penjaga gawang pasukan Johor Darul Takzim II (JDT II) pada Disember tahun lepas.

Selepas hampir setahun bergelar tunangan Muhammad Haziq bin Nadzli, kini Eyra sah bergelar isteri kepada jejaka tersebut

Bagi majlis penuh bersejarah buatnya itu, Eyra menggayakan persalinan hasil rekaan sendiri yang dijahit ibunya, Qhuzie Johari.

Syukur Ya Allah. Mummy siapkan baju and veil eyra dalam masa seminggu saja. Thank you so much Supermom, @qhuzie

 ❤️. I love you so so so much ❤️ #HNxEH

“Syukur Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar. Sebelum dinikahkan, jujurnya saya gementar, namun Allah mempermudahkan urusan kami.

“Banyak juga dugaan kami lalui menjelang hari pernikahan. Satu persatu dugaan datang, termasuklah lokasi pernikahan. Masjid ini adalah lokasi kedua yang kami tukar,” katanya.

Lebih mengharukan Eyra adalah kehadiran abang kandungnya yang membuat kejutan dengan pulang dari Jepun semata-mata mahu meraikan hari bahagia adiknya yang tersayang.

sewaktu majlis pernikahan, abang Eyra dikatakan tidak dapat pulang untuk sama-sama meraikan detik bersejarah itu.

 

“Restu family yang paling penting. Terima kasih Ya Allah,kau hadiahkan aku keluarga yang terbaik dan memberi aku sebuah lagi keluarga yang sporting ! Walaupun from my side,abang eyra @haziqaqmalhazali dan dari side haziq,adik dia @nazufiqnad tak ada,tapi awak berdua sentiasa dalam hati ❤️ #HNxEH

Sumber: Berita Harian Online, IG eyra.hazali 

 

IKLAN