Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai isu baju kurung selepas pengasas jenama warga Belanda yang mengeluarkan kenyataan kononnya busana tradisional baju kurung kian dilupakan. Justeru, beliau meminta orang melayu kembali berbaju kurung, berpakaian cantik serta berbangga dengan warisan negara ini.
Kenyataan tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak. Rata-rata tidak bersetuju dan menempelak keterlanjuran kata wanita berkenaan yang disiarkan menerusi portal South China Morning Post baru-baru ini. Malah, ramai yang meminta supaya wanita berkenaan tampil meminta maaf dan menarik kembali kenyataan tersebut.
Ads
Antara yang memberi reaksi berkenaan isu ini adalah Raja permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Tidak dinafikan, Tuanku Permaisuri antara yang sering menggayakan busana tradisional ini.
“Sayamemang pakai baju kurung setiap hari ….. baju kurung johor… and i m proud of my baju kurung jahit tangan ….baju kurung teluk belanga …. yes i totally agree , be traditional n proud of it! ujar Tuanku dikapsyen instagramnya.
Perkongsian dari Tunku Azizah disokong oleh warganet, rata-rata mereka turut mengakui tetap memakai baju kurung dan menganggap kenyataan tersebut sebagai tidak berasas.
sechaaa_ Sy pun suka pakai baju kurung ke office. Lagi selasa dan ayu hiks!
super_ainaticsHarap Tuanku dapat isytiharkan hari baju kurung/melayu/ tradisional sehari dalam seminggu. Ampun Tuanku 😍♥️♥️♥️♥️
hefnysahadsiapa bilang gadis melayu tak menawan, tak menarik hati, tiada memikattt 🎵
Baju kurung banyak style
this.7_artgalleryPakai baju kurung auto selesa. And lagi senang, tak payah pening-pening kalau orang mintak kita pakai dress code formal. Baju kurung pun dah banyak style skang. Banyak pilihan cantik2. Heheh
Pakai baju kurung setiap hari
sharifah_meenampun tuanku , betul titah tuanku tu . kita tak perlu mat saleh nak bagitahu pakai apa semua . mmg kita pakai baju kurung tiap hari . ampun tuanku 🙏🏻
rohanamarzukiSaya suka kurung pesak dan kurung Pahang😘
Terbaru, wanita berkenaan memohon maaf atas kenyaataan yang dibuatnya sebelum ini. Sebaiknya sebelum mengeluarkan kenyataan , buatlah kajian terlebih dahulu. Bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata terimalah padahnya.
Untuk ketahui ikan yang anda nak beli segar atau tidak, lihat pada warna kulit ikan. Ikan segar mempunyai kulit yang berkilat dan berwarna cerah berbanding ikan tidak segar yang kelihatan lebih pucat.
2. BAU
Cium bau ikan. Ikan segar hanya ada bau hanyir dan berbau laut berbanding ikan lama yang berbau busuk dan sedikit masam.
3. TEKSTUR
Tekan sedikit badan ikan menggunakan hujung jari bagi merasa tekstur isinya. Ikan segar isi lebih keras dan pejal bila ditekan. Jika terlalu lembik, bermakna ikan tersebut tidak segar lagi. Elakkan beli ikan sebegitu.
4. MATA IKAN
Ikan segar matanya kelihatan jernih menonjol, masih berkilat, bersinar dan cembung. Berbanding ikan yang lama, matakan kelihatan merah, suram dan termasuk ke dalam.
5. WARNA INSANG
Jangan takut-takut untuk pegang ikan untuk melihat warna insangnya. Itu hak anda untuk dapatkan kualiti yang terbaik. Insang ikan yang segar berwarna merah dan boleh diregangkan berbanding insang ikan yang sudah lama berwarna kelabu dan berlendir tebal.
6. PILIH IKAN BERLENDIR
Ikan yang masih segar biasanya ada sedikit lendir jernih pada sisik dan kulitnya. Bila disentuh, terasa licin. Jika ikan yang anda pilih terlalu berlendir serta warna kulitnya tidak seperti dalam ciri-ciri diatas, pilih ikan jenis lain yang lebih segar.
7. SISIK & SIRIP KUAT
Sisik yang kuat melekat, berkilat serta sirip yang kuat menunjukkan ikan tersebut masih segar dan baru ditangkap. Berbanding ikan lama, sisiknya kelihatan suram dan mudah tertanggal.
8. PERUT TIDAK PECAH
Elakkan mengambil ikan yang telah pecah perutnya. Dinding perut ikan yang lembik menunjukkan iakn tersebut kurang segar. Sebaliknya pilihkan ikan yang kulit dan isinya tidak robek terutamanya pada bahagian perut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Banyak perubahan antara wanita zaman dahulu dan sekarang. Jika dulu, wanita lebih banyak duduk di rumah dan menjalankan tugas sebagai suri rumah. Namun kini, ramai yang keluar bekerja membantu suami menambahkan pendapatan keluarga.
Tidak salah sebenarnya jika wanita atau isteri mahu bekerja. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, yang mana kos sara hidupnya semakin tinggi. Namun, sebagai suami tidak boleh bergantung pada duit isteri semata-mata. Sebagai ketua keluarga mereka harus melaksanakan tanggung jawab dengan baik.
“Jangan bergantung harap dengan duit isteri”
Hari ini, ramai isteri yang keluar bekerja atau berniaga untuk membantu suami menambahkan rezeki keluarga…islam tidak pernah melarang isteri untuk keluar bekerja, berniaga, cari pendapatan tapi mereka terlebih dahulu perlulah meminta izin dari suaminya, menjaga pergaulannya dan tidak melanggar syariat yang ditetapkan agama…
Gaji atau pendapatan isteri 100% miliknya…
Jika isteri hulur RM200 atau RM300 kpd suami, maka itu atas keizanannya dan keredhaannya dengan niat untuk mengurangkan beban suaminya…dan bantuan ini tidak seharusnya dinilai oleh suami sebagai bantuan tetap, akan dapat sampai bila-bila. Bantuan ini bila-bila masa boleh hilang…sebagai contoh, jika ditakdirkan tiba2 isteri berhenti kerja atas asbab keluarga, anak-anak, maka sebagai suami, kita akan kehilangan nilai RM200 @ RM300 yang dibantu isteri tersebut…
Kalau sebelum ini kita bergantung sepenuhnya kepada nilai tersebut, maka kita akan rasa terbeban dengan kehilangan nilai itu…sebagai suami, seharusnya kita sendiri yang perlu menyesuaikan perbelanjaan keluarga berdasarkan pendapatan kita seorang sahaja…ini yang patut kita buat sejak kita berkahwin…bekerja atau tidak isteri kita tu nanti, bukanlah menjadi masalah yang besar sekiranya cara hidup, komitmen kita hanya berdasarkan pendapatan kita sahaja…
Kewajipan suami tetaplah menjadi kewajipan suami walaupun isteri ada pendapatan…itu bukan alasan utk kita mengambil kesempatan…
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Seorang ayah, selalu berselindung mengenai keraguaan, selalu merahsiakan penderitaan, selalu sentiasa ingin membahagiakan dan memenuhi keinginan isteri dan anak-anaknya.
Penderitaan seorang insan bergelar ayah ini, sukar dimengertikan namun hanya seorang isteri yang dapat mengetahui segala yang terbuku dihatinya. Hanya isteri yang dapat mentafsirkan kemurungan dan keresahan wajahnya.
Itulah yang dinamakan kasih sehingga hujung nyawa.
Artikel Berkaitan
Tip / Petua
Menerusi satu perkongsian video di Tiktok oleh Isyahcake yang memaparkan kisah ibunya yang setia di samping suami sewaktu ayahnya menderita kanser.
Eratan tangan dan pelukkan yang ditunjukkan benar-benar meruntun hati pada netizen apabila ibunya dilihat membelai ayahnya yang terlantar di atas katil.
Menurut wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Isyah, video tersebut dirakam untuk dijadikan sebagai kenangan ketika arwah bapanya, Ali Limat, 79, terlantar sakit akibat menderita kanser paru-paru tahap 5.
“Arwah abah jatuh sakit tiga bulan sebelum dia meninggal dunia pada 3 November lalu. Kanser paru-paru stage 5. Bermula dari sakit kaki saja.
“Selepas buat check-up di hospital besar, lambat dapat result, kami bercadang bawa abah ke swasta, sebab masa tu kakinya dah terlalu sakit.
“Selepas dibawa ke hospital swasta, doktor bagitahu yang abah ada kanser paru-paru dan dah merebak ke prostat sehingga menghempap saraf kaki.
“Tak ada rawatan yang boleh dilakukan sebab faktor umur… waktu tu 79 tahun. Setiap hari abah meraung sakit, makan ubat pun tak boleh membantu, cuma minta mak peluk saja macam dalam gambar. Dah tak mampu nak bantu apa-apa,” ceritanya.
Cerita wanita berusia 36 tahun ini, sepanjang terlantar sakit, dia dan tujuh adik-beradik yang lain bergilir-gilir dengan ibu, Zabedah Bujang, 67, untuk menjaga arwah bapa mereka di hospital dan di rumah.
“Abah memang nak mak ada selalu. Mak dan abah dah hidup bersama 51 tahun. Mereka tak biasa tidur asing. Bila abah dah tidur dekat katil mudah alih tu, dua-dua tak boleh tidur.
“Kadang-kadang waktu malam bila terjaga, boleh tengok mereka tidur sambil pegang tangan sebab mak akan bentang tilam tidur sebelah katil abah,” cerita ibu kepada dua cahaya mata ini.
Berkongsi kisah keakraban hubungan ibu dan bapanya, Isyah mendedahkan arwah merupakan seorang ‘family man’ dan sering membawa ibunya ke mana sahaja.
“Kalau pergi minum dekat kedai, mesti ingat anak-anak dan isteri dekat rumah, mesti bawa balik untuk kami. Setiap kali ada rezeki lebih, abah akan ajak semua anak-anak pergi makan. “Walau anak-anak dah kahwin, beranak, bercucu, dia tetap nak belanja dengan hasil titik peluh dia,” ujarnya yang mengusahakan kedai kek di Jasin, Melaka.
Sehari sebelum abah meninggal lagi keadaan emosi mak tak stabil, tak nak makan dan tak nak minum tengok keadaan abah yang kritikal. Isyah menambah, ibunya adalah insan yang paling terkesan dengan pemergian bapanya, memandangkan mereka tidak pernah berpisah sepanjang 51 tahun hidup bersama.
“Sehari sebelum abah meninggal lagi keadaan emosi mak tak stabil, tak nak makan dan tak nak minum tengok keadaan abah yang kritikal.
“Sehingga ke hari ini, mak masih tengok video-video yang kami simpan waktu abah sakit sebab sepanjang umur abah, abah tak penah jatuh sakit dan tak pernah masuk hospital,” ujarnya lagi.
Tidak menyangka perkongsian videonya meraih sehingga melebihi 289,000 jumlah tontonan di aplikasi TikTok, Isyah melahirkan rasa terharu dengan komen netizen yang mendoakan arwah bapanya.
“Alhamdulillah, rupanya ramai yang dah lalui saat ni, sedangkan kami kali pertama melalui saat kehilangan orang terdekat kami. “Hargailah ibu bapa kita, pasangan kita selagi ada hayat, sebab kita tak tahu bila Allah akan ambil mereka,” ujarnya lagi.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.