Paling Dibenci Dengan Watak Penjajah British, Tapi Sebenarnya Bapa & Suami Penyayang!

Share

Sejak ditayangkan, filem berkisarkan Sejarah Tanah Melayu Mat Kilau menjadi bualan ramai sehingga ke hari ini. Selain dari perjalanan ceritanya yang menjadi tumpuan, pemilihan watak juga menjadi perhatian orang ramai.

Siapa yang dah menonton, mesti akan rasa geram dengan watak antagonis Kapten Syers kan? Berbekalkan wajah mirip penjajah British suatu ketika dahulu, hakikatnya watak jahat Kapten Syers yang ditonjolkan oleh aktor Geoff Andre Feyaerts aka Fuad turut berupaya memberi kesedaran serta mesej berguna kepada penonton.

Tetapi, lakonan sekadar lakonan, aktor berasal dari Belgium ini sebenarnya sangat disenangi rakan-rakan dalam industri hiburan dek sikap peramah dan keletah lucunya. Dia juga pernah tampil dalam pelbagai jenis drama tempatan termasuklah drama yang hangat juga sekarang ini diperkatakan iaitu ‘Bisik-Bisik Gelora’ sebagai Wilson.

Geoff Andre juga sudah berkahwin dengan seorang wanita tempatan dan dikurniakan 4 orang cahaya mata yang comel-comel belaka. Malah menerusi perkongsian di TikToknya sebelum ini, dia merupakan seorang bapa penyayang dan sangat soft spoken dengan anak kecilnya.

@geofffey_official #walktheforest #chickenstory #chickensoftiktok #babygirl #babiesoftiktok #discovery #chickensound #babyleah #princessleah #maytheforcebewithyou ♬ Raya Raya Raya – DOLLA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen akui terkesima selepas mendapat tahu bahawa watak penjajah British berambut blonde itu rupa-rupanya dijayakan oleh Geoff Andre. Selain itu, mereka juga berseloroh awalnya menyangka watak tersebut dipegang oleh hos UK yang menetap di Malaysia iaitu Rhys William.

Sumber : Tiktok Geoff Andre

IKLAN