Patut Dapat 21K Perkongsian, Mudah Betul Nak Buat Mee Sup KB Ni. Siap Ada Yang Buat Berniaga, Tak Menyesal Cuba!

Share

Kebelakangan ni, bila petang je hujan. Kadang tak tunggu petang, tengahari pun dah gelap awannya tinggal nak tunggu titisan hujan je jatuh. Gitu ayat!

Bila dah hujan, cuaca sejuk mula lah berangan nak makan benda yang berkuah lah, bubur lah, itu lah ini lah. Yang jadi masalah, waktu tu boleh pula perut pun bekerjasama dengan berangan terus rasa lapar dan meraung minta di isi.

Dah alang-alang berangan tu, apa salahnya kita jadikan kenyataan. Meh la kita ketung ketang kat dapur buat Mee Sup Kota Belud mudah dan lazat dari Alin Rjd ni. Esok cuti kan? Buat terus banyak untuk makan tengahari bawa ke makan malam, tak payah nak susah-susah masuk dapur banyak kali. Jom cuba!

Mee Sup Kota Beludย 

Bahan-bahannya :-
Ayam
bawang putih
halia
serai
daun sup
kiub ayam
lada putih
garam
air
lobak putih (optional)
labu putih (optional)

Sambal
bawang merah
brown sugar
cili
limau kastura
garam cuka

Cara-caranya:-

Ok mula2 rebus ayam. Bole pakai mana2 bahagian yg uoals suka ya. Anggaran 1 kg dgn 1 L air. Campur dgn bawang putih, halia,serai,daun sup tu nak letak bole,tak letak pon takpa.. jika suka bole letak sekali lobak putih atau labu putih ๐Ÿฅฐ
Eh bawang tu napa dak d kupas. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ Jwpn dia malas. Hahhaa cuci ja bersih2 rendam kejap dgn air panas.

Rebus ayam jgn letak apa2 perasa dlu. Agak2 da msk bole angkat ayam dan biarkan sejuk. Tips, jgn rebus lama sgt. Kalu sis, sis suka ayam yg masih juice.. sedap! ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Ok da angkat ayam tadi bolelah tambah bahan2 seterusnya. Cuma perlu guna kiub ayam, lada putih dan garam je.. garam tak msk plk dlm pic ๐Ÿ˜…. Nak letak maggi secukup rasa pon bole.sukati u oals la. Tpi sez lbh suka guna kiub ni

Begituโ€ฆsis guna dlm 3kiub. Lada putih u oals agak jela.lps tu buh garam agak2 juga. Air rebusan ni u oals bole topup ya.

Ok than biarkan mendidih

Next step kita nak buat staring resepi!! Ini sila fokus ya ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ no shortcut!!! Amaran jgn guna bawang goreng dikedai ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ rajin2 kupas bawang.

Ok resepi asal pki bawang merah ja. Tpi sis suka mau pki bawang merah n putih sdp ba tu 2-2 di guring ๐Ÿ˜‚
Brapa byk mau kupas?? Na terpulang kamu. Mau sedap kupas n hiris la byk2

My secret resepi ๐Ÿ˜…
Tumis bawang bersama gula.. tipsss!! Pakai brown sugar. Kenapa.. selain rasa bawang goreng tu lbh sdp, dia akan lbh crunchy gais!! Sila goreng dgn api yg perlahan. Jgn sampai hangit ya. Agak2 dia perang da trs kasi mati api
Ok no more secret pat ni

Ok.. masi jln cerita staring.. ini la paling dap2.. bawang goreng campur dgn minyak goreng td. Wajib ya yg ini. Hehee kalu teda buat gni kureng sedap nanti mee sup kb kamu heheh. Kasi hancur sikit jgnla hncur btl plk ๐Ÿ˜‚

Ayam yg suda sejuk tu potong ya lawa2 ๐Ÿ˜‚ dak brapa lawa putungan sis

Ok part lada.. wajib fokus juga ๐Ÿคฃ

Lada + limau..kalu mau sedap pki la limau kapas (limau kasturi) . Sez suka bau limau kapas n rasa dia. Tpi mana2 pon ok ja

Lada + limau + garam + cuka

Ok lada td campur sikit dgn bawang goreng td. Buat mcm ni ya. Ya ampun sedap nii ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Siap, sedia untuk dihidang!

IKLAN