Pernah tak ketagih coklat ketika datang bulan. Nak tahu lebih lanjut, ikuti penjelasan doktor ini.

Ikuti soal jawab ini.

Patutlah Ketagih Coklat Ketika Datang Bulan.  Ini Sebab.

“Salam doctor. Saya berusia 22 tahun dan berlum berkahwin. Saya mengalami masalah senggugut dan cuba mengelakkan makan Panadol dan ponstan. Masalah saya ialah saya memakan coklat untuk mengelakkan rasa sakit dan kini sangat ketagihan terhadap coklat. Saya memakan sekurang-kurangnya 5 bar coklat sehari dan pada waktu haid saya mengambil 10-12 bar coklat sehari. Untuk mengetahuan doctor berat saya agak berlebihan. Mohon pencerahan doctor untuk mengurangkan ketagihan ini. Terima kasih”
.
WA ALAIKUM MUS SALAM.
.
PMS (Premenstrual Syndrome, PMS) adalah gejala-gejala yang menyebabkan seorang wanita merasa tidak selesa atau berkelakuan agak pelik beberapa hari sebelum kedatangan haid. Malah ada yang merasa perasaan ini 7-10 hari sebelum haid. Gejala-gejala ini berbeza-beza dari seorang wanita dengan seorang wanita yang lain.

.
Jadi tidak hairanlah jika saudari mengalami perasaan pelik untuk memakan coklat secara berlebihan. Ia mungkin disebabkan apabila seorang wanita mengalami haid, beliau memerlukan beberapa mineral dan zat yang boleh digunakan untuk meredakan tekanan dan perubahan hormon pada masa itu.

IKLAN

.
Coklat pula adalah makanan ringan yang mengandungi beberapa bahan semulajadi yang baik untuk kesihatan. Coklat dapat merangsangkan pengeluaran bahan biokimia semulajadi seperti serotonin dan dopamin di dalam otak. Ini dapat mengurangkan rasa sakit tanpa perlu memakan apa-apa ubat.

.
Wanita yang sedang haid juga mengalami kekurangan mineral magnesium atau zat besi (iron), makan coklat pula dapat menambahkan kandungan mineral-mineral ini dalam badan.
Selain itu coklat mempunyai rasa yang sedap, apabila ia cair dalam mulut, kerana kandungan lemak dan gula di dalamnya merangsangkan deria perasa pada lidah pada tahap maksima.

IKLAN

.
Oleh itu banyak saintis mengatakan bahawa seorang wanita yang sedang datang haid memakan coklat bukan disebabkan tubuh memberitahu otak bahawa ia kekurangan mineral, tetapi kerana ketagihan terhadap rasa coklat yang sungguh nikmat itu. Seorang wanita apabila mula mengambil coklat sebelum haid, berkemungkinan besar beliau akan mengambil coklat pada bulan-bulan berikutnya akibat ketagihan psychology ini.
Bagi yang telah menjadi pengambilan coklat sebagai amalan, berkemungkinan besar beliau akan menambah bilangan atau kuantiti coklat yang diambil.

.
Pengambilan coklat sebagai makanan ringan sangat baik. Namun mengambilnya dalam kuantiti yang banyak boleh memudaratkan kerana coklat mempunyai kandungan kalori dan lemak yang banyak. Seorang wanita boleh manambah berat badannya dalam masa sebulan dengan mengambil coklat secara berlebihan (lebih kurang 6 bar coklat sehari).

IKLAN

.
Jika saudari mengalami masalah berat badan dan tidak dapat meninggalkan coklat, saya mencadangkan :
.
1. Makan coklat dalam jumlah yang sedikit
.
2. Ambil coklat yang berkualiti tinggi. Coklat gelap lebih tinggi kualiti dan rendah kalorinya berbanding dengan coklat susu
.
3. Mengambil buah-buahan sebagai ganti mengurangkan pengambilan coklat
.
4. Apabila ada rasa keinginan untuk makan coklat, cuba tunggu 15-30 minit. Jika masih tidak dapat menahan keinginan, boleh makan potongan kecil coklat gelap.
.
5. Ambil suplemen multivitamin setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sebelum kedatangan haid.

.
Selain itu kurang garam, kafein dan gula dalam pemakanan dan melakukan senaman ringan. Ia membantu saudari mengurangkan rasa sakit senggugut dan gejala PMS yang lain.

Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad

#HealthDrZubaidi

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI