Patutlah Lebih 60k ‘Share’, Resipi Kuah Laksa Ni Mudah Jer Nak Buat. 25 Minit Dah Siap, Tak Hanyir & Bau Wangi Semerbak!

Share

Buat anda yang ‘hantu’ laksa terutama sekali laksa utara, admin kongsikan resipi kuah laksa yang tidak hanyir dan bau semerbak sampai rumah jiran pun boleh bau! Dalam masa 25 minit sahaja dah boleh siap.

Bagaimana hendak sedapkan rasa kuah laksa? Nah ibu-ibu boleh cuba tip ini untuk jadikan kuahnya sedap.

Penyediaan kuah laksa ini dikongsikan oleh Ameera. Selamat mencuba!
Laksa by ibu

Tips ibu share ni laksa kita masak tak hanyir , bau wangi semerbak 2 kilometer.

Penyediaan 25 minit siap semua!

Kenapa masak laksa sampai 1 jam ha?

Jom follow step ibu.

Ambil resipi ni buat niaga
Insyaallah ramai yang suka.

Ibu halalkan

Tengok gambar last pelis

BAHAN-BAHAN
-ikan kembung atau ikan sardin
-bawang besar, belacan
-cili kering, cili merah dan cili padi
-asam keping homeade
-daun kesum dan bunga kantan
Cara membuat:
1. Ikan kembung lemak. Semua sedara mara dia dalam tu. Nanti air rebus ikan ni buang tau.
2. Gigi besi owh gigi besi, blend je semua kepala dan tulang semua. Jangan takot. Kang kita tapis. Pakai air paip je.
3. Macam biasa lah, blender serba boleh hat ni.
4. Raga ikan ibu yang paling ku sayang. Banyak bakti nya. Tapis di sini, tulang segala selamat di raga, tak masok dalam kuah laksa kita.
5. Cantik kejadiannya. Pekat kan. Nanti tambah air sikit.
6. Ini part sambal dia. Korang nak pedas boleh letak cili padi tu lebih. Ini sukatan yang anak anak pon boleh makan.
7. Hah? Blender ni lagi. Kan dah kata blender serba boleh. Korang takde jangan jelous.

8. Campak dalam periuk. Haishh senang je kejenya korang.

9. Helok hitam asam keping ibu. Buat sendiri asam keping ni. Bukan beli.  Udah siap ha! Apa lagi, bau wangi yamat.
11. Tonggeng terus masuk ke sambal tadi. Bekilat kan dapo ibu, tips nya, lepas masak sila kemas terus.
12. Terus masuk kan daum daun ni ye.  Yeaaahhhh siap dah! Biar ngelegak dah masak la tu weh. Boleh makan bersama anak anak.
*Terliurnya tengok laksa!

IKLAN