Patutlah Sedap Resipi Kambing Varuval Rempah Ratus Buat Sendiri. Mesti Cuba!

Share

Sebagaimana yang kita tahu cara masakan kambing yang sangat popular adalah dibakar atau dibuat gulai. Bagaimanapun, hidangan itu kelihatan enak untuk dinikmati tetapi bau hamis kambing sering kali membantutkan selera.

Oleh itu, sudah tentu bahan perapan atau rempah ratus untuk menumis perlulah bersesuaian supaya dapat mengurangkan bau hamis kambing itu.

Jika memilih untuk membuat hidangan gulai atau berkuah pula, bolehlah cuba resipi ini, Kambing Varuval menggunakan rempah yang dibuat sendiri.
Jom kita cuba buat.

______________________________________________________________________

Hai Semua !! Lama tak bersidang ya.Harini saya nak share dekat Kawan Kawan Menu kegemaran keluarga saya iaitu

Kambing Varuval…kalau Musim perayaan ini juadah kegemaran semua Warga India..
Semua:!
Bahan bahan: 2 kg kambing tempatan ya

Saya sebelum prepare barang 2 masak saya potong daging kambing dadu dan rebus dulu dengan 5 biji ubi kentang supaya empuk daging kita ya…air rebusan daging jagan buang .biar rebus sampai airnya kering baru sedap.

Boleh jugak di gantikan dgn Daging Lembu…ikut sellers masing masing….

A..Rempah Garam Masala buat sendiri ya.

2 kayu Manis
5 biji Buah pelaga
2 sudu biji ketumbar
3 bunga lawang
5 bunga cengkih
2 sudu jintan manis
2 sudu jintan kecil
5 cili kering
Kesemua bahan tadi di panaskan di atas api yg kecil dan di giling sampai halus..
Saya sertakan gambar.. ya dibawah

Bahaan B.

Bahan basah giling: Di giling lumat ya..
2 labu bawang
10 biji b.putih
Halia sedikit

Bahan C .
1 biji Tomato
Segengam daun Kari
Sedikit cili kering
1 sudu jintan Putih
1 bunga lawang
5 buah pelaga
1 batang kayu manis
( bahan bahan ini kena Tumis ya lepas tu masuk bahan bahan B..

Bahan D

2 sudu serbuk cili ( klu nak pedas boleh tambah lagi)


1 sudu serbuk kunyit
2 sudu serbuk daging
1 sudu serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan Putih
Sudu serbuk jintan manis
Saya Guna Brand Babas…

Ok Jom kita lihat macam mana nak masak varuaval

1.panas kan Minyak ,masukkan bahan (B )biar masak sikit diikuti dengan bahan A…tumis sampai hilang bau ,halia n bawang Putih…diikuti dgn bahan (C) biar serbuk Kari kita naik bau..lepas tu masukkan daging yg di rebus tadi di ikuti dgn Rempah garam masala kita..kacau sampai rempah ratus kita sebati dgn daging.. masukkan garam sebagai perasa ….dan kacau sampai kita punya VARUVAL kering .

Rujuk gambar

Bahan bahan Garam Masala boleh jugak di dapat kan di kedai India ya…kalau malas beli jelah…saya tak suka beli sebab bau rempahnya kuat dan ada rasa pahit pahit pedas ya..
Roast di api yg kecil supaya tak hangus…tujuan kits nak keluarkan bau rempah ratus…
Bahan bahan Tumis
Bahan basah giling
Daging direbus dgn ubi kentang …apa macam nampak sedap tak…kalau plan plan nak ganti kan dgn daging lemon boleh jugak maklumlah kita kan dlm mood Raya…
Tomato 1 biji
Tumis ya..
Masukkan Bahan giling
Saya masukkan garam masa Tumis…sebabnya baru tomato kita lenyek

6 jenis rempah ada di atas ya

Nampak sedap tak

Cuba ya jagan tak cuba…nanti menyesal pulak.

Selamat mencuba!

Kredit: Vanistry Kavitha

IKLAN