Patutlah Viral Resepi Chicken Mango Ni Sehingga Cecah Lebih 65 Ribu Share, Cara Nak Buat Pun Mudah. Resepi Untuk Sesisi Keluarga!

Share

Kepadanya pengemar resepi masakan ayam, boleh mencuba cara masakan puan Zuraini Mat Arshad yang memaparkan resepi ayam campuran buah mangga. Memang sedap sehingga mendapat share lebih 65 ribu perkongsian. Jom kita cuba buat. Memang mudah dan cepat.

CHICKEN MANGO IN THE HOUSE

Bahan-bahan:

Ayam
Isi ayam bahagian peha/dada
Tepung goreng bestari
Minyak utk menggoreng

Cara membuatnya:
Panaskan minyak
Celup isi ayam dalam tepung bestari yg dibancuh dgn air…pastu golekkan atas tepung bestari sekali lg dan goreng hingga kekuningan(deep fry). Parut mangga muda, carrot dan sedikit bawang besar

Bahan membuat sos:
Plum sos
Sos tomato
Sos thai
Gula
Cili api potong
Air sikit

Campurkan semua bahan dan didihkan atas api kecuali cili api (buh last sekali). Sukatan agak-agak aje. Potong ayam gaul dgn mangga parut tadi.tuang sos atas ayam. Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Zuraini Mat Arshad‎ via Koleksi Resepi Masakan Ayam

IKLAN