Patutlah Viral, Resepi Gulai Kerutuk Kelantan Memang Sedap. Superb!

Share

Masakan kelantan antara masakan yang digemari oleh orang ramai walaupun bukan dari negara asal. Salah satunya masakan gulai kerutuk. Rasa enak masakan ini membuatkan ramai yang mengemari menu masakan pantai timur ini.

Melalui perkongsian seorang wanita melalu grup resepi , Masak Apa Hari Ini, Puan Afy AL Habibi

telah berkongsi resepi ini sehingga mendapat share yang ramai. Ikuti resepi ini.

Resepi Gulai Kerutuk Kelantan

Dulu, saya pernah kongsi gulai kerutuk daging di grup MAHN ni. Terus saya terima ramai kawan baru. Semua teringin nak buat sebab gulai kerutuk ni popular kat belah pantai Timur.

Kali ni saya kongsi lengkap dengan langkah bergambar satu-satu. Jarang sebenarnya orang masak kombo daging dan hati sekaligus macam saya buat ni. Cara nak hiris daging untuk masakan ini pun saya tunjuk sekali. Siap bagitahu bahan tambahan rahsia nak sedapkan gulai lagi.

Sekarang ni saya dah bangga bila tengok makin ramai kawan berkongsi gambar masakan kerutuk kat fb. Bukan hanya orang Kelantan je boleh rasa masak kerutuk ni sedap. Rasanya sangat jauh beza dengan gulai lain.

Yang suka bolehlah panjangkan resepi ini ye. Nak follow fb saya untuk resepi gulai lain pun silakan.

CARA PENYEDIANYA

Bahan kisar – 4 biji bawang merah saiz syiling 50sen lama – 1 ulas kecil bawang putih – 3 hiris bulat serai – sehiris nipis halia – sehiris nipis lengkuas – 1/2 sudu kecil jintan putih – 1/2 sudu kecil rempah ketumbar

Panaskan minyak secukupnya. Masukkan bahan kisar tadi. Tumis sehingga bahan garing. Kemudian, masukkan 1/2 sudu kecil cili kering kisar.
Masukkan 3 sudu besar rempah kerutuk. Gunakan api paling perlahan. Kacau sehingga rempah sedikit garing.

 

Kemudian, masukkan air asam jawa. ( Secubit asam jawa + segelas air kosong ) Tutup seketika periuk. Biarkan bahan tumis pecah minyak.

 

Seterusnya masukkan perasa peringkat pertama. – 1/2 nise kecil / 1 sudu gula melaka – 1/2 sudu serbuk perasa – secubit garam
Hiris lebar daging dan hati. Untuk kuantiti bahan, cikgu guna: – 400 gram daging – 400 gram hati
Masukkan kepingan daging terlebih dahulu. Tutup periuk. Biarkan daging empuk dalam api perlahan.

 

Selepas itu, barulah dimasukkan kepingan hati. Biarkan hati masak. Tambahkan perasa peringkat kedua. Masukkan garam gula secukupnya. * Rasa masin manis perlu seimbang untuk menghasilkan kuah yang sedap *

 

Masukkan 1 sudip santan pekat. * Sekiranya air daging mengering, boleh tambahkan air untuk mengelakkan kuah menjadi terlalu pekat*

 

Masukkan pula 1/2 sudu kecil kerisik sebagai penyedap rasa.

 

Tutup api selepas kuah mendidih beberapa kali untuk mengelakkan gulai cepat basi.

 

Gulai kerutuk semakin hitam cantik selepas dibiarkan masak lama. Betul-betul sedap. Selamat mencuba!

 

IKLAN