“Pedih Sikit Tapi Berbaloi. Tak Sampai 10 minit Siap.” Ummi Nazeera Kongsi Prosedur Buat Ujian Saringan COVID-19 Drive Thru!

Share

Pelakon Ummi Nazeera memuat naik satu video sedang menjalani ujian saringan COVID-19 dari dalam kenderaan (drive thru). Ummi dalam masa sama turut mendedahkan keputusan yang diperoleh selepas melakukan saringan itu.

Menurut Ummi, dia mengambil inisiatif sendiri mengikut saranan kerajaan supaya menjalani ujian saringan covid- 19 bagi mereka yang baru pulang dari luar negara.  Dia juga turut mengkuarantin selama 14 hari

Hasil sample yang diambil pada bahagian tekak dan hidung menunjukkan beliau negatif daripada virus berkenaan.

“Syukur Alhamdulillah … The result is NEGATIVE… Kepada yang pernah ke luar negara baru baru ni .. Saya sarankan untuk buat Covid19 test ni… Walaupun KKM suruh quarantine sahaja..

“Kalau ada duit nak travel, apa salahnya keluar sikit duit lagi utk buat confirmation test ni .. Tak susah pun.. Ummi pergi yang Drive Thru punya . Memang pedih sikit.. Tapi berbaloi.. Jangan takut. Kejap je buat! Tak sampai 10 minit siap !

Pada masa yg sama tolong KKM juga .. Sebab result test ni akan di update ke KKM. Kepada travellers yg tak nak buat. Saya mohon sangat sangat untuk Quarantine 14 Hari di rumah … dan JUJUR bila berjumpa staff kesihatan. Stay safe everyone !! #StayAtHome

#HelpThemToHelpUs PS: Ummi buat di MSU… Kos RM550 . Pencerahan buat yg bertanya .

 

Sumber: umminazeera

IKLAN