Peminat Tegar Hello Kitty. Hias Rumah Pun Konsep Pink. Memang Unik!

Share

Inilah dinamakan kalau sudah suka. Setiap inci ruang kediaman keluarga ini dihiasi dengan barangan Hello Kitty.

Ingin Tahu kisah unik ini jom baca perkongsian penuh bersama pemilik kediaman ini iaitu Puan Lieyza.


Di sini saya ada sedikit perkongsian tentang minat saya dengan warna merah jambu /koleksi Helo Kitty .

Minat Sejak 2016 bermula dri hiasan kereta saja, selepas itu bermula awal 2018 barulah saya betul-betul serius  kumpul barangan rumah.

Perabot Handmade

kebanyakkan perabot dan rak hiasan semuanya barangan handmade hasil dari tangan suami saya sendiri. Rumah pun kecil sahaja.

Sebenarnya suami saya kerja pun tukang kayu buat rumah. Pada awal itu suami pun  tidak minat sangat warna pink ni.  Apatah lagi dengan Hello Kitty.

Kebetulan suami minat sangat kerja kayu ni, itu yang minta tolong dia buatkan perabot dan rak hiasan ni. Nasib baik suami  layankan.

Kongsi bersama

Anak saya 3 orang  yang sulung dan nombor 2 perempuan dah besar. Umur 19 dan 14 tahun. Manakala anak nombor 3 lelaki umur 7 tahun.

Diorang takdela tunjuk minat sangat dengan Hello Kitty tapi apa je barang Hello Kitty semua sama-sama  guna.

Sumber : Lieyza Deq Mat Yussof

 

IKLAN