Kecoh di media sosial mengenai kejadian guruan yang tidak senonoh dan menjadi bualan orang ramai.
Budaya begini seakan menjadi suatu perkara biasa dipaparkan di media sosial.
Tidak mahu ia menjadi budaya dalam masyarakat, penceramah Akhi Fairuz meluahkan rasa terkilan dengan situasi begini.
Ikuti perkongsian beliau.
Saya tak tahu nak mula tulis dari mana, tapi ketahuilah budaya melucah ni dah menyerap masuk dalam pemikiran masyarakat dengan dahsyat sekali!
Semuanya bermula dengan apa yang mereka anggap sebagai gurauan. Ya, walau ia lucah tapi ramai je kata jangan terasa hati sangat, aku buat kawak je, tak boleh gurau duduk surau.
Lama-kelamaan ia dinormalisasikan. Bermula sembang sesama kawan-kawan di kedai kopi dan pejabat, kemudian menjengah ke pentas lawak di televisyen dan kini berebut-rebut manusia hasilkan konten sebegini di media sosial.
Ads
Demi secebis konten! Malu ditolak tepi.
Yang menampar punggung tu bukan tak pernah buat kontroversi. Dah banyak kali! Yang ditampar punggung pun sama. Bukan muda lagi, dah tua pun masing-masing. Macam tak ada akal dok layan ‘jenaka’ bodoh begini.
Dah ramai yang tegur, bagi nasihat, tapi tak jalan. Ustazah Asma Harun yang tegur pun kena sound semula. Dia bo layan setiap teguran yang diberi. Bila kena panggil dengan SKMM, baru berubah nada.
Bila marketing seperti itu dilihat mampu menaikkan jualan produk, maka individu ini akan terus melakukan aksi sedemikian rupa.
Kebodohan sebegini seolah-olah tidak ada penghujung hingga muncul pula video beberapa orang lelaki meraikan majlis perkahwinan kawannya dengan menghadiahkan kondom serta item berkaitan kepada pasangan di jinjang pelamin.
Ads
Siap rakam video dan sebarkan lagi. Biadap! Tidak ada akhlak!
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika engkau tidak malu maka lakukan apa saja sesuai kehendakmu.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Setiap umatku diberikan kemaafan melainkan golongan al-Mujahirin.
Sesungguhnya di antara perbuatan mendedahkan dosa itu adalah, seorang lelaki itu melakukan perbuatan dosa pada satu malam. Kemudian dia bangun pagi dalam keadaan Allah telah menutup keaiban dirinya.
Lalu dia menceritakan kepada orang lain dengan katanya: ‘Wahai si fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan dosa itu dan ini’. Sedangkan dia telah tidur dalam keadaan Allah menutup keaiban dirinya, lalu dia bangun dan mendedahkan apa yang Allah tutupkan dari dirinya.'” (Riwayat Al-Bukhari. No 6069)
Ads
Ini zaman bukan sahaja manusia semakin hilang rasa malu, bahkan mendedahkan aib mereka sendiri di media sosial dengan penuh rasa bangga.
Jauhi video lucah!
Berhentilah menonton pornografi!
Ia barah serta dadah yang akan merosakkan otak!
Sikit-sikit ia masuk dalam pemikiran manusia hingga mengubah cara bercakap, bersembang, melihat wanita, melihat lelaki lain dan akhirnya lahir perilaku tak bermoral.
Semoga Allah selamatkan kita serta zuriat keturunan kita dari kebodohan sebegini. Amin.
Sumber: Akhi Fairuz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lumrah seorang manusia sentiasa menginginkan sesuatu yang baik dan bahagia dalam kehidupannya.
Kebahagiaan adalah pilihan kita sendiri, kita yang mencorakkan lukisan kebahagiaan dalam hidup kita bukan dengan membanding kebahagiaan orang lain yang Allah kurniakan.
Imam al-Ghazali berkata: Bahagia adalah ketika di mana manusia berada dalam satu puncak ketaqwaan. Ia merupakan kenikmatan daripada Allah SWT. (Ihya’ Ulum al-Din, 3/8).
Nyata, bahagia itu tidak bersandar pada kebendaan semata-mata, apa guna semua kemewahan sekiranya hati tidak tenang?
Sebagaimana perkongsian Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria ini. Moga kita terus muhasabah diri.
Bahagia Orang Berbeza-beza
1.Ada orang rasa bahagia boleh bagi makan dekat kucing2 tepi jalan. Tak cukup dgn tu, kucing2 yg sakit dirawatnya & dijaga penuh kasih sayang.
2.Ada orang bahagia bila siap masak pada suami @ anak2 je hidang cantik2 pastu tangkap gambar utk kenangan. Satu kepuasan yg tak dpt diungkap dgn kata2.
3.Ada orang bahagia saat boleh bagi makan dekat anak2 yatim, rasa puas boleh lihat anak2 syurga gembira. Kasih & sayang tu tak semua orang boleh merasa.
4.Ada orang bahagia dapat belikan anak2 pakaian baru, walaupun hanya beli di pasar malam. Rasa nak membahagiakan orang tersayang tu terlalu kuat. Dapat gaji terus belanja anak tanpa fikir keperluan diri yg lama tak berganti. Nikmatnya tengok anak tersenyum bahagia.
5.Ada orang bahagia setiap hari bersedekah, walaupun sedikit tangannya laju memberi. Bahagia melihat orang yg susah dapat merasa & memiliki. Tanda syukur dgn rezeki yg Allah bagi.
6.Ada orang bahagia dapat solat berjemaah & mengaji Quran setiap hari, diperbaiki solatnya & bacaan. Tak kira usia @ waktu lapangnya. Dikejarnya akhirat seperti esoknya dia mahu pulang ke negeri abadi.
7.Ada orang bahagia setiap langkah dipenuhi doa & zikir. Selalu berzikir mengingati Allah. Halang diri bercakap benda2 tak baik, bercakap keburukan orang @ pun nk mencari salah orang jauh sekali. Bahagianya bila lidah tak terpisah dgn zikir.
Tak kira siapa pun kita, kaya ke miskin, apa pun pangkat kita, kita tetap manusia biasa & sentiasa perlu perbaiki diri.
Setiap orang akan melalui saat sukar, saat diuji dgn ujian kecil @ berat, tapi Allah maha baik. DigantiNya dengan perkara yg baik2 tanpa kita sedar.
Laluilah hidup dengan tenang, bahagiakan diri sendiri & orang sekeliling, maafkan semua orang, bersangka baik dgn semua orang & sayangi semua orang. Moga Allah sayang & kebaikan yg bahagiakn kita tu asbab utk kita ke syurga paling tinggi. Aminn..
Penyampai radio Suria FM, DJ Lin mengakui sebelum ini dia kurang meluangkan masa untuk bersama dua anak dek kerana komitmen kerja.
Pemilik nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid ini memberitahu, dia juga sudah terbiasa dengan situasi berkenaan usai menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal.
“Paling menduga bila sama tak banyak isi masa banyak dengan mereka. Anak saya yang sulung sudah berumur 20 tahun dan yang bongsu, 18 tahun. Dari mereka usia enam dan empat tahun, masa saya luangkan dengan mereka sangat sikit.
“Mereka banyak membesar secara sendiri sebab masa saya banyak habis di pejabat. Dari dahulu sampailah sekarang, sudah terbiasa. Bukan nak kata kita abaikan tanggungjawab yang ada di rumah, tidak. Tapi anak-anak saya melihat sendiri ibunya susah payah cari rezeki,” katanya.
DJ Lin turut meluahkan rasa syukur dan terharu kerana anak-anak memahami keadaan dan kini mulai optimis untuk meluangkan masa bersama mereka.
“Sampai mereka sudah faham dan mereka membesar berdua. Sebab itulah keduanya rapat. Malah mereka faham, ibunya bukan suka-suka nak tinggalkan rumah. Rasanya daripada diaorang kecil sampai sekarang, tak pernah sekali saya abaikan mereka.
“Cuma dua tiga tahun kebelakangan ini saya monolog dengan diri. Kena juga cari waktu untuk isi masa dengan anak-anak. Saya mula belajar untuk berbuat demikian,” katanya lagi.
Perkongsian tersebut dimuatnaik menerusi #MHThrowBack sebelum ini.
Menerusi program itu juga, bintang radio berusia 46 tahun ini turut berkongsi cerita mengenai rutin hidupnya sebagai ibu tunggal kepada dua cahaya mata.
Untuk rekod, DJ Lin bercerai pada 2006 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nureen Aresya dan Nazren Asyran.
Masuk dunia perkahwinan, kebanyakan pasangan sering abaikan emosi dan perasaan isteri. Mungkin masing-masing penat mencari rezeki dan menguruskan hal anak-anak, tetapi dari sudut ambil hati anda tetap tidak boleh letak tepi.
Namun masalah ini boleh dibaiki, cuba ambil tahu beberapa perkara mudah ini.
1. Pegang Tangan
Sentuhan fizikal paling mudah bagi simbol cinta suami isteri adalah dengan pegang tangan tanpa diminta. Tetapi apa yang pelik kalau sudah halal, anak pula akan dijadikan satu alasan untuk pegang tangan pasangan. Perlu pasangan tahu, pegang tangan juga mampu kurangkan tekanan emosi isteri.
Cuba buat waktu isteri merajuk, lagi cepat aura positif itu muncul. Mahu lagi istimewa, sesekali paut jari jemari waktu sama-sama menonton televisyen. Atau lebih manis curi pegang tangan waktu keluar membeli belah, walau payah dengan dukung anak. Jangan pula satu pasangan di depan, satu di belakang.
2. Beli Hadiah
Isteri selalunya tidak meminta. Ada yang menghulur dia menerima. Kalau pun pasangan sama-sama mencari rezeki di luar, apa salahnya jika anda selalu ada hadiah kecil buat tambat hati. Tidak perlu yang mahal, mencukupi walau sekeping coklat. Lebih puas hati jika anda belikan makanan atau barang kesukaannya.
Waktu memberi mungkin boleh selit gurauan, semata untuk cungkil rasa cinta yang tersembunyi. Kadang penat kerja di rumah atau pejabat boleh hilang apabila mata melihat pemberian kecil dari orang tersayang. Tanda mengingati…
3. Buat Sesuatu Tanpa Disuruh
Ya, mungkin masing-masing penat tetapi jangan saling mengarah. Jika nampak sesuatu yang kurang enak depan mata, anda boleh memahami hati pasangan. Letak diri anda di tempat pasangan. Mungkin tidak sempat untuk kemas kerana anak-anak meragam. Jika mahu menjaga hati, anda sendiri boleh terus tolong pasangan.
Bertindak lebih baik daripada mengarah. Isteri, kalau nampak suami bertindak dia akan terus rasa bersalah. Jadi automatik, esok-esok hari kerja harian anda lebih dijaga kerana tidak mahu apa yang suami buat sendiri, terulang seperti hari sebelumnya.
4. Pujian tanda menghargai
Wanita lebih bertindak dan rasa dihargai jika suami selalu memuji. Mungkin hidangan tidaklah begitu istimewa, tetapi jika anda pandai ambil hati, isteri pasti lebih rajin masuk dapur walau penat seharian bekerja. Andai tidak begitu memuaskan, anda boleh sampaikan dengan cara lebih positif. Awas, jangan kritik kalau bab makanan yang dimasak. Nak menegur bab masak, suami kena sama-sama masuk dapur.
Mahu lagi romantis, saling berebut saat menyuap depan anak-anak. Anak-anak tengok pun, pasti mereka dapat baca isi hati kedua ibu bapa yang sedang bahagia.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di