“Pengalaman Cukup Traumatik.” Sheikh Muszaphar Kongsi Insiden Cemas Adam & Noah Terjatuh Atas Perut Dr Halina!

Share

Datuk Dr Sheikh Muszaphar semalam berkongsi satu kisah yang cukup mencemaskan bila mana kandungan isterinya tidak bergerak akibat satu insiden.

Dalam perkongsian tersebut, Angkasawan Negara ini memuat naik satu video isterinya Datin dr Halina yang sedang melakukan scan untuk mencari degupan jantung bayi kembar mereka
Menurut Dr Sheikh Muszaphar, malam tadi bayi kembar dalam kandungan tidak bergerak selepas berlaku satu kejadian yang tidak diingini di mana anak kembar mereka secara tidak sengaja terjatuh atas perut isterinya itu.
“Kami mengalami pengalaman yang cukup traumatik malam tadi. Ketika kembar Adam dan Noah sedang bermain, secara tidak sengaja mereka terjatuh di atas perut Dr Halina. Mereka jatuh dengan kuat.
“Dr Halina hanya mendiamkan diri sepanjang masa dan hanya memberitahu saya salah seorang kembar di dalam perutnya tidak bergerak atau menendang sudah lebih dua jam. Biasanya kembar di dalam perut sangat aktif pada waktu malam terutamanya kembar perempuan.


“Tidak mahu sesuatu yang buruk terjadi, kami terus ke Bahagian Kecemasan pada pukul 1:00 pagi. Perjalanan 20 minit ke hospital seperti terlalu lama. Saya lihat Dr Halina menangis.

“Did an urgent Ultrasound Scan and Alhamdulillah both heartbeats were detected. Syukur sangat kepada Allah. Saya tak dapat bayangkan jika sesuatu berlaku kepada kembar yang belum lahir atau mana-mana anak kami. Minta Tuhan jauhkan,” tulis Dr. Sheikh Muszaphar lagi.
Dalam pada itu, Datuk Dr Sheikh Muszaphar menasihati semua ibu yang sedang mengandung di luar sana supaya tidak mengambil mudah dalam apa jua keadaan yang berlaku.
“Ikut firasat dan rasa anda kerana seorang ibu lebih mengetahui. Pastikan anak dalam kandungan sentiasa menendang, sekurang-kurangnya 10 kali dalam sejam.

“Jangan tangguh untuk ke hospital. Setiap saat sangat getir. Setiap ibu mengandung perlu ada pengetahuan tentang anak yang dikandung dalam apa juga keadaan. Expect the unexpected. Pasangan juga perlu ada bersama setiap masa untuk menyokong. Ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja,” ujar Dr Sheikh Muszaphar lagi.



Dr Sheikh Muszaphar dalam pada itu turut memohon doa dari orang ramai semoga dipermudahkan buat Dr Halina sepanjang kehamilannya.

 

IKLAN