Sebelum ini timbul tanda tanya di kalangan netizen apabila melihat penampilan anak sulung Azhar Sulaiman, Kasih Leia Ixora gara-gara tubuhnya yang begitu kurus dan cengkung.

Pengsan Di PPUM, Anak Sulung Azhar Sulaiman Rupanya Hidap Hipertiroid!

Berkongsi video di platform Tiktok Azhar Sulaiman turut menyatakan kerisauannya apabila  mengenangkan keadaan anak gadisnya yang menghidapi penyakit hipertiroid.

 

 

Apatah lagi baru-baru ini anak perempuannya itu pengsan setelah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

@azharbsulaimanKasih pitam kat parking lot PPUM just now….Nasib baik orang lalu lalang kenal saya…kalau tak sure dorang suspect saya cuba kidnap Kasih papah bawak masuk kereta….Phewww♬ original sound – Azhar Sulaiman

“Kasih pitam di tempat parking kereta PPUM. Nasib baik orang lalu lalang kenal saya. Kalau tak mesti diorang syak saya cuba culik awak papah masuk kereta,” itulah kata pelakon Azhar Sulaiman yang sempat berseloroh menerusi video di TikTok miliknya.

Dalam hantaran tersebut, Azhar berkongsi detik cemas ketika anak sulungnya, Kasih Leia Ixora jatuh pengsan setelah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

IKLAN

Azhar turut meluahkan rasa risau dan bimbang mengenangkan keadaan anaknya yang menghidapi penyakit hipertiroid.

Pengsan Di PPUM, Anak Sulung Azhar Sulaiman Rupanya Hidap Hipertiroid!

Dalam pada itu, anak perempuan Azhar itu juga dilihat menunjukkan  bahagian lehernya yang menerima rawatan.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

 

IKLAN

Sekadar info, penyakit hipertiroid berpunca daripada penghasilan hormon tiroid yang berlebihan sehingga mengganggu metabolisme badan. Antara kesan sampingan pesakit adalah seperti penurunan berat badan yang mendadak, keguguran rambut, degupan jantung tidak teratur, pening serta muntah.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut mendoakan yang baik-baik untuk  Kasih Leia Ixora malah tidak kurang juga respect dengan tindakan Azhar sebagai bapa yang dilihat begitu tenang berhadapan dengan situasi tersebut.

get well soon kasih. better jgn pegi mana2 sorang2. get someone teman yea. takut u pengsan sorang2. take care kasih 💖💖💖💖

Bapak dia cool je😂 btw get well soon kasih

Muga diberikan syifa kesembuhan & dipermudahkan segala urusan

IKLAN

Sumber : Azhar Sulaiman 

 

 

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Pengsan Di PPUM, Anak Sulung Azhar Sulaiman Rupanya Hidap Hipertiroid!

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI