Menjadi seorang suri rumah dan dalam masa yang sama ingin ada pendapatan sampingan hasil daripada makanan yang dimasak di dapur sendiri tentu itu perkara yang menyeronokkan.

Tercari-cara menu apa yang ingin diniagakan, apa kata anda sediakan resipi tauhu berlauk yang dikongsikan oleh peniaga ini. Menurutnya, tujuan dia berkongsi resipi untuk lebih ramai wanita dapat mencari side income di rumah. Hebat juga hasratnya itu.

Jadi apa kata resipi ini dicuba terlebih dahulu dan semoga ia juga menjadi satu langkah untuk anda memulakan perniagaan. Jom semak ramuan yabg digunakan.

Ini perkongsiannya.

Mama nak share resipi yang mama buat niaga..moga dapat bantu ibu-ibu yang nak cari side income dari rumah

Peniaga Ni Kongsi Resipi Tauhu Berlauk Untuk Yang Nak Buat  Income Dari Rumah!

IKLAN

Tauhu berlauk.

Bahan kisar.
– tauhu biasa (4keping)
– tauhu telur/egg tofu (2batang)
– telur (2biji)
– sedikit air (mama selalu sukat tadah air pakai tangan macam nak amik wudhuk tu 3kali tangan mama kecik)

Bahan A.
– daging kisar/isi ayam kisar (goreng tanpa minyak)
– bawang merah (hiris)
– carrot (hiris)
– daun bawang (hiris)
– daun sup (hiris)
– cili besar merah (hiris) *mama xletak sesuai untuk anak kecil nak makan
– lada hitam (kisar)
– lada putih (kisar)
– garlic powder
– bahan perasa
– gula (sedikit sahaja)

Bahan celup.
– telur (pecahkan)

IKLAN

Cara.
– campurkan kesemua bahan A bersama bahan kisar dan gaul rata.
– masukkan bahan yang telah digaul ke dalam bekas tuppeware kecik-kecik (tengok contoh pada gambar)
Peniaga Ni Kongsi Resipi Tauhu Berlauk Untuk Yang Nak Buat  Income Dari Rumah!
– sila isi penuh-penuh sebab dah kukus nanti dia akan menurun
Peniaga Ni Kongsi Resipi Tauhu Berlauk Untuk Yang Nak Buat  Income Dari Rumah!

– dah siap boleh kukus selama 20min
– angkat dari kukusan dan tunggu sejuk kemudian keluarkan dari bekas
Peniaga Ni Kongsi Resipi Tauhu Berlauk Untuk Yang Nak Buat  Income Dari Rumah!

– boleh frozen kan atau terus goreng

IKLAN

– celup dengan telur kemudian goreng sehingga garing bertukar warna

*makan bersama sambal kicap memang power
Peniaga Ni Kongsi Resipi Tauhu Berlauk Untuk Yang Nak Buat  Income Dari Rumah!
.

– cili padi
– bawang putih seulas (bakar sehingga hitam)
– gula
– kicap manis
(Tumbuk)

resipi sambal kicap sedap dan mudah

sumber : Lynn Riduan Khoo via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI