Pening Kepala Tengok Barang Bersepah Dalam Beg, Beg Serbaguna Ni Memang Power!

Share

Aidilfitri bakal  menjelma tiba. Sudah tentu ada yang mula merancang untuk mengemas barang. Maklumlah tak lama lagi akan ramai akan mula bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Biasanya wajib ada check-list seperti toto, bantal, selimut, ubat-ubatan, ‘extension plug’, power bank, seterika, laundry beg, penyangkut baju, tuala dan barang mandian. Semua ini perlu dibawa bersama agar suasana hari raya berjalan sempurna untuk anda sekeluarga.

Namun, bagi yang mempunyai anak kecil, kelengkapan penyusuan, lampin pakai buang dan pakaian bayi antara wajib dibawa bersama. Bahkan jika pergi beraya sudah tentu memerlukan beg untuk mengisi semua keperluan anak.

Salah pilih beg memang pening dibuatnya! Barang bersepah dalam beg, nak cari memang susah. Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma ini, pasti ramai  ibu ayah mencari beg serba guna tapi bergaya dan modern sebagai pelengkap kepada busana.

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

 SIMPLE DIMPLE CARBON SHIELD BAG

Maklumlah bila ada anak kecil, beg tangan agak kurang praktikal. Jadi, apa kata tahun ini rayakan bersama sebuah ‘beg tangan’ baharu dalam meraikan lebaran bersama seisi keluarga.

Sesuai buat ibu ayah modern, ‘beg tangan’ baharu iaitu beg serba guna Simple Dimple Carbon Shield Bag didatangkan dengan rekabentuk moden, bergaya dan mesra pengguna. Memang berbaloi!

Apabila memilih beg serba guna, pastinya semua ibu ayah akan mendapatkan pilihan terbaik supaya beg yang dipilih praktikal digunakan apa jua keadaan.

Jenama Simple Dimple Carbon Shield Bag ini adalah pilihan yang tepat buat ibu ayah yang mementingkan kepuasan penggunaan, bak kata perpatah, alah membeli menang memakai.

Dengan pilihan warna hitam dan biru, beg ini mempunyai banyak bahagian yang disertakan dengan poket pada bahagian dalam untuk mengisi lampin, pakaian, tuala, botol susu, permainan, pam susu dan bekas makanan. Ibu pastinya suka dengan beg ini apabila tiga botol susu bayi boleh diisi secara serentak. Juga disediakan penyambung untuk kereta sorong bayi.

Lebih teruja, beg ini bukan sahaja sesuai untuk mengisi kelengkapan bayi tetapi menjadi beg  ibu ayah mennyimpan barang keperluan lain seperti laptop dan gajet, kunci dan kad. Juga sesuai untuk bekerja dan melancong serta sukan. Nyata beg ini yang dihasilkan dengan material yang tahan lasak, bagaikan beg 2 in 1. Boleh digunakan dimana-mana untuk sebarang tujuan.

 

CIRI-CIRI BEG

  1. Saiz besar XL, (46x22x32)
  2. Kalis air
  3. Ringan
  4. Fabrik tahan lasak
  5. Banyak bahagian penyimpanan barang
  6. Tali penyambung stroller
  7. Pelapik tukar lampin

8.Penyangkut stroller

9.Anti calar

  1. Anti gegaran

Apa yang pasti, beg ini memang berbaloi bagi mereka yang mementingkan kekemasan dan kebersihan.

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

 

 

IKLAN