Pentingkan Masa Depan Keluarga, Saharul Ridzwan Lebih Selesa Dengan Rutin Kerja Sekarang

Share

Jika dulu, kerap kelihatan wajah pelakon dan usahawan, Saharul Ridzwan di kaca televisyen berlakon dalam drama bersiri. Kini, bapa kepada tiga orang anak itu akui sudah lebih dua tahun tidak melibatkan diri dalam bidang tersebut.

Memetik Harian Metro, Saharul berkata ada sahaja tawaran berlakon namun dia mahu memberi fokus pada perniagaan Qaabila Skincare diusahakannya.

“Saya masih meneruskan karier lakonan dan jika ada tawaran berlakon drama atau naskhah menarik, saya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu.

“Buat masa ini, saya sibuk untuk mengembangkan bisnes yang juga jaminan untuk masa depan saya dan keluarga.

“Saya juga sudah berasa selesa dengan rutin kerja sekarang yang bermula jam 9 pagi dan selesai jam 5 petang terus pulang ke rumah untuk bersama keluarga,” katanya.

Semakin banyak wajah baru muncul di TV kini, Saharul berkata dia sudah tidak mengikuti perkembangan industri seni sejak dua tahun lalu.

“Pada pemerhatian saya, banyak yang sudah berubah dalam industri hiburan tanah air ketika ini. Apa yang saya nampak banyak garis panduan yang sudah dilanggar oleh pembikin filem ketika ini. Contohnya, penerbitan filem yang mempersendakan agama seperti Mentega Terbang yang mencetuskan kontroversi sebelum ini,” katanya.

Sumber : Harian Metro

IKLAN