“Penuh Sopan & Beradab” Gigit Jari Habib Ali Masa Tahnik, Gelagat Wira Minta Maaf Bikin Netizen ‘Cair’!

Share

Sepanjang hidup kita ini, pasti ada momen yang tidak boleh dilupai sama ada kenangan yang baik, atau yang melucukan.

Baru-baru, pelakon Betty Rahmad atau Nursha Rahmad ada berkongsi di TikTok miliknya yang memaparkan gelagat anak lelakinya iaitu Ardy Wira yang meminta maaf kepada pendakwah Habib Ali menghiburkan warganet.

Difahamkan, Wira memohon maaf kerana dia secara tidak sengaja menggigit jari Habib semasa proses tahnik dibuat ketika masih bayi.

Wira yang kini berusia empat tahun dilihat hadir bersama Betty dan suaminya, Ardy Damis, di sebuah majlis agama pada Khamis lalu sanggup menunggu hingga penghujung majlis untuk berjumpa dengan Habib.

“Sebelum ni kami pernah tunjuk video lama dia tahnik dengan Habib Ali, dia gigit jari Habib. Kebetulan masa kita pergi Tawfiq Khamis lepas, Habib ada dan Wira cakap dia nak jumpa Habib untuk minta maaf.” tulisnya.

Sebaik sahaja Wira bertentang mata dengan Habib, jelas riak teruja di wajahnya sehinggakan terkedu untuk berkata-kata sebelum bertanya jika pendakwah itu faham sekiranya dia bertutur dalam Bahasa Inggeris.

“Maafkan saya ustaz. Sekarang saya dah lupa apa yang saya perlu cakap. Ustaz boleh faham ke kalau saya bercakap dalam Bahasa Inggeris?” kata Wira dalam video yang dikongsikan.

Pun begitu, dia tetap menyapa Habib dengan memberi salam dan meminta maaf mengenai insiden gigit jari semasa proses tahnik dibuat.

@bettyrahmadali MasyaAllah Tabarakallah Kalau tak kelakar tu bukan Wira la kan😂 Ceritanya macamni, sebelum ni kitorang pernah tunjuk video lama dia tahnik dengan Habib Ali, dia gigit jari habib. Kebetulan masa kita pergi Tawfiq khamis lepas, habib ada dan Wira cakap dia nak jumpa habib cakap sorry. Sampai habis majlis dia tetap tunggu taknak balik selagi tak jumpa habib. Dia ingat senang kot nak jumpa 😂 Kitorang pun layankan dan Daddy bawa dia tunggu. Alhamdulillah rezeki Wira Allah izinkan dia jumpa Habib. Bila jumpa terus jam nak cakap Melayu 😂 Dah kenapa kamu tanya Habib faham english ke tak?! MasyaAllah #ardywira
#4yearsold #fyp #tiktokmalaysia #foryoupage ♬ Deen Assalam – Instrumental Piano – erfansukri

Meninjau di bahagian komen pula, rata-rata warganet ‘cair’ dengan kesopanan Wira dalam bertutur, malah ada juga yang memuji Betty dan suami dalam mendidik anak menjadi insan yang soleh. Tidak kurang juga yang mendoakan agar Wira akan terus menjadi anak yang baik dari segi akhlak apabila meningkat dewasa nanti.

Sumber: Betty Rahmad

IKLAN