Penuhi Aktiviti Hujung Minggu Dengan Belajar Cara Buat Roti Viral Yang Lembut & Sedap Semudah ABC

Share

Satu program E-Keluargagader dianjurkan oleh Page Keluarga bagi memberi ruang dan peluang kepada kaum ibu belajar buat roti untuk keluarga bersama Puan Suzana Ahmed Shukri.

Menerusi kelas ini, yang diadakan secara atas talian, para peserta seramai 60 orang dapat belajar cara buat roti yang viral iaitu Roti Kpop & Roti Paung.

Sesi pembelajaran di buat dengan menggunakan  medium Teams serta dipancarkan secara live menerusi Facebook Keluarga.Bagi memeriahkan lagi suasana, selain mendapat ilmu membuat roti, para peserta juga berpeluang memenangi hadiah menerusi sesi menjawab kuiz serta cabutan bertuah.

Tahniah diucapkan kepada peserta yang terpantas menjawab soalan kuiz iaitu Puan Norfazliana, Puan Aliza, Puan Khairunnisa dan juga Puan Nor Aziah.

Manakala pemenang untuk cabutan bertuah pula adalah menjadi milik Puan Khairunnisa, Puan Suriani, Puan Maisarah, Puan Izzura dan Puan Radziah.

IKLAN