“Percaya Jodoh Rahsia Allah, PercaturanNya Tak Pernah Salah.” Jawapan Datin Seri Shahida Kenapa Aliff Syukri Jadi Pilihannya.

Share

Jika sebelum ini Dato’ Aliff Syukri memuat naik gambar sanding dan throwback waktu akad nikah, kini giliran datin Seri Shahida pula berbuat demikian.

Dua hari lepas Datin seri Shahida memuat naik kisah perkenalan mereka sehingga membawa ke jenjang pelamin.

Mengimbas kenangan waktu suami tersayang mula berniaga, pelbagai cemuhan dan kata keji diterima. Namun tidak menjadi kudis buat mereka. Percaya jodoh itu rahsia Allah dan suaminya adalah pilihan terbaik buatnya, Datin Seri Shahida amat menghargai jerit perih suaminya itu dalam mencari rezeki demi kebahagian mereka sekeluarga.


Terasa cepat masa berlalu….anak2 pun makin bertambah….Syukur dikurniakan kehidupan yg lebih baik berbanding dahulu…dalam kehidupan kita ni banyak benda berlalu bagaikan mimpi….dulu saya nak ada rumah cantik saya selalu merungut dekat @aliffsyukriterlajaklaris saya kata tgk rumah orang lain semua cantik rumah kita x lawa….tapi dia cakap sabar lah kumpul duit dulu…Alhamdulillah rezeki Allah selalu ada utk orang sabar dan berusaha.

Perkenalan singkat yg membawa ke jinjang pelamin..dugaan perkahwinan terlalu kuat…dugaan menjadi terkenal juga satu dugaan…orang selalu tanya kenapa saya kahwin dgn @aliffsyukriterlajaklaris saya tiada jawapan…sbb Jodoh itu Rahsia Allah…cuma saya yakin suami saya adalah yg terbaik…tidak merokok,tidak keluar malam,bukan kaki perempuan,bukan kaki mabuk,rajin berusaha dan mencari nafkah buat keluarga.

“Zaman dia baru berniaga dia tak akan balik selagi dia tidak mendapat gaji sehari seperti beliau bekerja sebelum ni…dia juga pernah telefon saya menangis sedih bila barang jualannya ketika itu tidak ada seorang pun yg nak beli…….Isnya Allah akan jadi pembimbing yg baik juga.”

Dalam pada itu, Dtain Seri Shahida turut memuat naik gambar kenangan bersama suami dan anaknya ketika bercuti di Beijing. Ketika itu, dua anaknya masih kecil lagi. Memang nampak ketara perubahan Dato’ seri Aliff dulu dan sekarang kan. Dulu berisi sekarang kurus.

 

Dikeji dicaci dihina kadang dipuji tidak menjadi kudis buat mereka. Sebaliknya Allah lebih mengetahui. Menurut Dtain Seri Shahida, percaturan Allah tak  pernah salah sentiasa berbaik sangka.

“Mudahan anda semua mendoakan perkahwinan kami diberi kebahagiaan hingga ke akhir hayat,jadikan anak2 kami anak2 yg soleh dan solehah,jadikan keluarga kami keluarga yg sakinah mawaddah dan warahmah.”

Jujur mengatakan dirnya tidak romantis dan agak malu nak tulis kata2 romantis terutama untuk tatapan khalayak ramai, sebaliknya Datin Seri Shahida cukuplah suaminya tahu betapa  dia  sangat menghargai setiap jerih payah suaminya itu mencari rezeki buat keluarga mereka.

Sumber: IG shahidadherbs

IKLAN