Tiada yang lebih membahagiakan seorang suami bila mana mendapat tahu isteri sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata. Lebih-lebih lagi, cahaya mata itu cukup dinantikan.
Demikian juga dengan penyampai radio Issey yang berkongsi kegembiraan pertama kali berpeluang melihat bayi mereka ketika membawa isterinya membuat imbasan untuk mengetahui tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
“Semalam masa buat review untuk satu produk ni. Aku termenung lama dekat kabinet ni. Mengenangkan kuasa Allah swt. Subhanallah. Sesungguhnya kau maha agung Ya Allah.
Ads
“Mungkin ni pengalaman pertama issey. Alhamdulillah. Semalam pergi scan. Dapat tengok sendiri baby sihat, bergerak.
“Baru aku tahu excited dia macam mana bila nak menjadi seorang ayah ni. Doakan yang terbaik untuk kami semua.
Sebelum ini, pemilik nama Fazlisham Mat Hussin itu meluahkan bahawa dia sengaja menyembunyikan perkhabaran gembira tersebut kepada umum sehingga tiba waktu yang sesuai..
“Alhamdulillah, empat bulan sudah. Cuma kami mengambil keputusan tak nak beritahu awal-awal, apabila kandungan dah betul kuat, baharu kami sedia nak umumkan.
“Apabila dapat tahu isteri mengandung, sudah pasti saya paling teruja. Walaupun ini merupakan anak keempat bagi isteri saya, dia pun turut teruja sama sebab ini merupakan anak pertama kami.
Adat dalam rumahtangga. Ada pasangan punya pantang larang yang kena dihormati oleh pasanganya.
Walaupun berkahwin, masing-masing sudah biasa cara hidup yang dijalani sekian lama. Agak susah untuk ubanya.
Sebagaimana kisah yang dipaparkan ini. Semoga ia menjadi penanda aras untuk pasangan saling melengkapi antara satu sama lain.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Setiap orang ada ‘kepantangan’ masing-masing. Termasuklah pasangan kita. Apabila meniti lebih lama usia perkahwinan, akan semakin banyak kita kenali apa kegemaran dan apa yang tidak disukai (kepantangan) pasangan kita.
Saya teringat, lama dah dulu saya ada menonton 1 filem Inggeris. Ada satu pasangan suami isteri ni yang merupakan kawan baik sejak belajar dan akhirnya berkahwin. Bestfriend jadi life partner lah orang kata.
Kepantangan si isteri adalah suami yang menipu dan merokok kerana tak silap, bapanya meninggal kerana kanser paru-paru disebabkan tabiat merokok. Jadi dia sangat pantang jika suaminya merokok.
Sampaikan waktu itu rumah mereka sedang direnovasi, si isteri tadi terjumpa satu kotak rokok di satu sudut rumah, habis disoalnya penyelia pekerja yang sedang renovate rumah. Waktu tu penyelia kata memang takde pekerjanya yang merokok.
Entah macam mana, si suami terjebak dengan orang ketiga. Awalnya mampu jugalah dia mengelak namun, akhirnya suami tadi gagal mempertahankan kesetiaannya kerana curang dengan wanita lain hingga membawa ke katil.
Satu hari, si suami isteri ini pergi ke mall peralatan rumah untuk memilih jubin lantai. Si suami bertanya pilihan si isteri. Nak pilih jenis yang laminate ala-ala rupa kayu atau pilih betul-betul kayu. Yang ori kayu tu tentulah mahal kosnya. So apakata pilih yang kayu ‘tiruan’ tu. Jimat banyak.
Jawapan si isteri, “aku tak suka benda ‘fake’. Kalau kau bukan kayu, tak perlulah nak berpura macam kau kayu,” dengan mimik muka serius. Si suami rasa lain macam. Seolah si isteri memerlinya. Lalu….
“I slept with someone,” si suami berterus terang. Isteri berpaling pada muka suami. Mata dia bergenang.
Waktu tu saya ingatkan si isteri ni hendak mengamuk. Sebaliknya dia bertanya, “kau merokok ke?” rupanya kepalanya terus teringat insiden dia terjumpa kotak rokok haritu. Suaminya terus menafikan dan ingin keluar dari rumah. Yelah, tipikal isteri mestilah marah bila suami curang hingga ke katil dengan wanita lain. Tapi isteri dia boleh accept hal tu.
Kemudian, rumah mereka siap direnovasi. Si isteri mengemas-ngemas rumah dan terjumpa kotak rokok. Alamak, kali ni jelaslah memang ia milik si suami. Nak tuduh siapa lagi sebab dah tak ada orang lain dalam rumah tu.
Isterinya mengamuk, memecahkan cermin, dihumbannya semua barang suami ke luar. Dia memang pantang sangat-sangat kalau suami menipu dan merokok. Nah, berbeza sangat impaknya apabila diusik ‘kepantangannya’ kan?
Dia boleh accept suami curang dengan wanita lain hingga berzina, namun tak boleh tolerate dengan suami yang menipu dan merokok di belakangnya.
Akhirnya di penghujung cerita, si isteri meninggalkan nota, ‘I want divorce’ sambil menyusun banyak kotak rokok di tepi nota itu sebagai ‘hint’ bahawa dia dah tahu hakikat suami menipunya.
JANGAN BUAT MAIN HAL REMEH
Apa yang saya belajar dari kisah ini ialah, jangan sesekali buat apa yang pasangan kita tak suka, walau hal itu remeh bagi kita.
Kalau tahu isteri tak suka kita bergurau senda tentang bab poligami, janganlah buat.
Kalau tahu isteri tak suka kita cuci mata, ‘like’ gambar perempuan dekat media sosial, jangan buat.
Kalau tahu suami tak suka kita bermekap dan berwangian berlebihan, tak jaga ikhtilat dengan rakan sekerja, jangan buat. Of course hal ni dilarang agama juga.
Kalau tahu suami jenis pantang tak ada kicap jalen atas meja setiap kali makan, haa isteri kenalah pastikan ada kicap atas meja siap-siap. Ni contoh sahajalah kan.
Main point dia, sebab kita tak tahu betapa kepantangannya itu boleh menyebabkan mereka hilang percaya, hormat dan sayang pada kita.
Sanggup ke ambil risiko?
Belajar hormati pendirian pasangan kita. Nama pun pasangan, maknanya kita sudah bersedia untuk menerima kekurangan dan kelebihannya. Makin lama usia perkahwinan, tentu semakin kita kenal pasangan kita.
_
Kadang bila baca statistik penceraian di Malaysia dan lihat sebab musababnya, ada yang rasa macam tak logik bercerai sebab pasangan suka picit ubat gigi sebelah atas, sedangkan dia suka picit sebelah bawah.
Namun, kadang kita lupa. Hal yang dianggap kecil tetapi jika seringkali dilakukan, lama-lama dari merajuk boleh bertukar jadi marah, meluat dan lama-lama jadi benci. Lama-lama dari sayang, sudahnya nak tengok muka pun tak sudi.
Kata kuncinya, hormatlah pasangan kita. Termasuklah segala ‘kepantangannya’ tadi. Walau hal itu macam remeh bagi kita, tetapi mungkin bagi pasangan kita, ia sesuatu yang boleh menyebabkannya rasa tersentuh dan melukakan hati.
Kredit: Intan Dzulkefli
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Amalan gaya hidup sihat merupakan cara hidup yang boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit pada masa hadapan. Ia termasuk persekitaran dalam rumah.
Menurut Dr Hafiz Sulaiman melalui facebooknya, membuka pintu ketika tidur dapat mengalirkan udara keluar yang dapat memberi kesan kepada kesihatan.
IKUTI LANJUT PENJELASANNYA.
Lama dah saya duk hairan dulu-dulu..Kenapa bila bangun tidur waktu pagi. Sakit kepala..badan lemah, kulit dan tekak jadi kering. Moody dan blurr je sokmo.
Ramai orang buat macam ni..tutup pintu dan tingkap rapat..biasanya bila kita tido dalam aircond. Memang syok tido tapi awas kesannya ya..
Kondisi ni dikaitkan dengan “Sick Building Syndrome”. Orang kerja pejabat pun boleh dapat masalah sama. Sebenarnya split aircond yang biasa kita guna kat rumah tu memang tak circulate udara masuk keluar dalam bilik tertutup. Air purifier pun cuma bersihkan udara, paras udara masih sama..
Ujikaji oleh syarikat Smart Air Filter ke atas bilik office dijalankan untuk uji paras oksigen dan karbon dioksida. Bilik ditutup rapat diisi padat 7 orang. Keputusannya, oksigen kurang hanya 0.3% saja daripada 21% oksigen di udara… Tapi yang mengejutkan ialah paras karbon dioksida meningkat 0.08% kepada 0.35%. Hampir 3 kali ganda! Perlu kita sedar, karbon dioksida di udara hanya 4% saja..Jadi kesan kepada kesihatan mungkin signifikan.
Karbon dioksida ni boleh rendahkan kognitif dan kesedaran. Tu yang jadi blurr dan moody lama-lama duk berakar dalam office tertutup. Jadi saya nak share beberapa SOLUSI.
# Bila tidur dalam bilik aircond, memang tak logik buka tingkap dan pintu luas-luas. Buka aircond untuk sejukkan bilik. Kemudian bila nak tido, buka tingkap dan guna kipas saja. Lepas tengah malam, udara luar biasanya sejukkk.
# Jika kena tido dalam aircond juga sampai pagi.. Bukan sikit celahan pintu atau tingkap sudah mencukupi. At least ada lah pengedaran udara.
# Duk office tertutup dalam sejam sekali pergilah ke tingkap ambik udara. Tarik nafas dalam-dalam, hembus pelan-pelan. Teknik ni mengurangkan stres dan tambahkan oksigen supaya kita jadi segar dan sihat.
Tidur kualiti ni penting. Badan perlu rehat untuk pulih dari stres bekerja seharian. Badan kita juga nak repair mana rosak. Bukak celahan tingkap sikit mungkin cegah daripada penyakit
SHARE supaya family kita AWARE. Penting untuk kualiti tidur anak-anak kita. Insha Allah meningkatkan prestasi kerja kita dan rakan di office kita juga.
Follow saya SEE FIRST untuk tips kesihatan saintifik dan luar biasa..Kesihatan secara semulajadi dan fitrah.
Hafiz Sulaiman, -Pejuang Kesihatan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Petang semalam kita dikejutkan dengan insiden pesawat tambang murah Lion Air yang terhempas di perairan Karawang, Jakarta Utara.
Sejak semalam, ramai yang berkongsi kisah saat-saat terakhir mereka bersama mangsa sehingga mengundang sebak orang ramai yang membacanya.
Antara banyak kisah tersebut, seorang anak bernama Samanthadww menerusi instagramnya meluahkan rasa sebak apabila casing telefon serta beg tangan hitam milik ayahnya ditemui oleh pasukan mencari dan penyelamat Indonesia.
Menurut Samantha, foto keluarga itu diambil 12 hari sebelum kemalangan pesawat iaitu pada 16 Oktober 2018. Menurutnya lagi, kali terakhir dia berkomunikasi dengan ayahnya adalah pada pagi hari kejadian sebelum pesawat berlepas.
Di dalam beg hitam itu, ada telefon yang dalam keadaan rosak akibat terbakar bersama barang yang lain. Difahamkan, foto yang terselit di belakang casing telefon itu merupakan foto bersama isterinya.
Menurut Samantha lagi, sehingga kini dia tidak mendapat maklumat terkini mengenai keadaan ayahnya.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.