Peria Katak Biasanya Pahit. Tapi Bila Digoreng Rangup, Budak-budak Pun Suka Makan!

Share

Sebut sahaja makan berulamkan peria katak, tidak semua antara kita teruja mahu pun terasa kecur liur untuk menjamahnya seperti mana jika membayangkan menikmati enaknya rasa pucuk ubi dicicah sambal belacan atau pun ulam-ulaman lainnya. Maklumlah, peria katak sudah semua maklum akan rasanya yang begitu pahit. Atas sebab itu juga, terdapat  banyak petua digunakan untuk mengurangkan rasa pahit tersebut.

Pun begitu, uniknya peria katak ini bila digoreng rangup bersalut tepung berperisa, rasanya memang hebat hinggakan kanak-kanak pun gemar mengunyahnya. Jika tidak percaya, ini resipi dikongsikan oleh Nur Kartinie Shaffei dan siapa sangka pada awalnya hanya sediakan untuk kudap-kudapan sesisi keluarga, tetapi kini menu ini menjadi salah satu sumber pendapatan untuk keluarganya pula.

Jom semak perkongsian resipi daripadanya dan boleh dicuba.

Peria Krispi Kriuk Kriuk

Mula-mula buat suka-suka untuk kudap-kudapan sendiri. Alhamdulillah sekarang jadi sumber pendapatan. Sis kongsikan. Mana tau bermanfaat untuk semua.

Langkah 1 : Bersih peria katak. Belah dua dan buang biji. Potong nipis-nipis. Nak sagat pun boleh. Tapi sis lebih senang pakai pisau.

Langkah 2 : Rendam dengan air garam dalam satu jam.

Langkah 3 : Mix tepung bestari original*spicy* , tepung jagung. Sukatan sis agak-agak ja. Kalau nak pedas lebihkan spicy

Langkah 4 : Toskan peria. Kemudian lap dengan tisu dapur. Bg agak kering.

Langkah 5 : Gaul dengan tepung yg dah di mix kan td. Kemudian tapis.

Langkah 6 : Goreng dalam minyak yang betul-betul panas.

Langkah 7 : Bila sudah garing. Angkat dan toskan. Sementara itu tunggu sejuk dan tos minyak atas tisu dapur.

 

sumber : Nur Kartinie Syaffei via MAHN

IKLAN