“Perkahwinan Ini Akan Jadi Memori Terindah.” Baru Dua Bulan Kecapi Bahagia, Suami Meninggal Dunia, Rebah Lepas Main Futsal

Share

Daripada Dia Kita Datang dan Kepada-Nya Kita Kembali. Peritnya menerima kenyataan, kehilangan orang tersayang.  Perginya takkan kembali, tiada lagi gelak tawa dan senda gurau tatkala bersama.

Hanya Tuhan yang tahu akan perasaan itu. Namun, siapa kita mampu menolak andai itu takdirNya. Luahan wanita ini yang baru dua bulan berkesempatan mengecap bahagia, kini sang suami tersayang pergi buat selama-lamanya.

Arwah Muhammad Amirul Ashraf Bin Salki dikatakan meninggal dunia selepas bermain futsal. Dia yang rebah kemudiannya dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia.

Menerusi Instagram Airina Roslan, wanita kuat ini berkongsi momen terakhir bersama arwah suaminya.


Assalamualaikum you.. you tak sempat nak siapkan vd ni.. tapi takpe.. i tk kesah.. you pergi dulu tinggalkan i, family & kawan2 you kat sini. You saje tak kasi i balik jb sbb taknak i tgk u pergi depan i kan? I faham….. maafkan semua kesalahan i kat you ye.. halalkan semua makan minum i yg you selama ni dah bagi.

Hari ini genap 2 bulan kita nikah (7th Sept 2019). Tapi perkahwinan ini akan menjadi memori i yang paling terindah. Mak i cakap “kakak dah tunaikan kewajipan dia untuk berkahwin” kata2 yang buat i kuat terima semua ni.

Jangan pernah berhenti sayang i ok? I sayang you Mirul.. you lelaki yang sempurna. mintak semua sedekahkan alfatihah ye untuk arwah suami saya.. terima kasih you 💓

 

Dalam pada itu, ibu arwah yang juga blogger masakan terkenal turut memuat naik luahan hati selepas pemergian anaknya itu.

Alfatihah buat arwah Muhammad Amirul Ashraf Bin Salki. Semoga ditempatkan bersama golongan yang beriman. Aamiin

Sumber: Azrul SalkiAirina Roslan

IKLAN