Tidak dinafikan makanan sejuk beku seperti nugget bolehlah dianggap sebagai penyelamat bagi kita seisi keluarga bila tiba-tiba perut terasa lapar. Alangkah mudah sekiranya di dalam peti sejuk sentiasa tersedia stok nugget. Sekelip mata sahaja kita boleh menggoreng nugget tanpa perlu masa yang lama untuk memasaknya. Pendek kata, boleh dinikmati pada bila-bila masa dengan mudah dan yang penting mengenyangkan perut.
Nugget Pelbagai Rasa
Bercerita tentang pilihan nugget yang ada di pasaran, tentu ibu ayah di sini begitu biasa dengan produk jenama FIRST PRIDE. Selain terkenal dengan rasanya yang enak dan berkualiti, jaminan kebersihan dan ada logo halal menjadikan produk ini terus mendapat tempat di hati kita semua.
Jadi tidak hairanlah FIRST PRIDE Tempura Chicken Nugget menjadi produk ‘best seller’!
Istimewanya berkenaan nugget dengan citarasa original ini dibuat menggunakan daging ayam berkualiti tinggi pada bahagian dada, kurang berlemak sekali gus menjadikan keenakan rasa nugget apabila dimakan terasa begitu lembut dan ‘juicy’.
Malah jika ada yang perasan, produk nugget jenama FIRST PRIDE baru-baru ini ada memperkenalkan produk terbarunya yang didatangkan dengan logo dan pek baharu yang begitu menarik. Bukan itu sahaja produk terbaharu daripada FIRST PRIDE ini turut menjanjikan rasa yang enak dan tersendiri.
Dua produk tersebut adalah :-
FIRST PRIDE Salted Egg Tempura Chicken Nuggets
FIRST PRIDE Sour Cream & Onion Chicken Nuggets.
Ads
Rasa Salted Egg Atau Sour Cream & Onion, Dua-dua Sedap!
Menyebut tentang FIRST PRIDE Salted Egg Tempura Chicken Nuggets, mendengar nama produk sahaja ada yang teruja untuk mencubanya. Maklumlah lain daripada yang lain.
Ini keistimewaannya yang rugi kalau tidak dicuba:-
*Rasa baharu yang ramai menggemarinya
*Biasanya perisa salted egg ini terdapat pada kerepek dan makanan ringan,kini nugget. Memang sedap!
*Rasa lemak-lemak masin, pasti tidak jemu untuk dinikmati.
Ads
Malah banyak lagi keunikan dan keistimewaan rasa FIRST PRIDE Salted Egg Tempura Chicken Nuggets ini. Kalau nak tahu, kenala cuba sendiri!
Begitu juga dengan FIRST PRIDE Sour Cream & Onion Chicken Nuggets, tidak kurang hebatnya dan ini disenaraikan antara sebab kenapa FIRST PRIDE Sour Cream & Onion Chicken Nuggets menjadi kegemaran ramai!
*Nugget berperisa bawang dan rasa krim asam yang begitu menyelerakan.
*Diperbuat daripada daging ayam berkualiti tinggi
* Mempunyai rasa yang enak malah terasa begitu lembut dan ‘juicy’.
Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai isu beg sekolah berat di kalangan pelajar sekolah. Biarpun mendapat pelbagai pandangan daripada kalangan netizen.
Kebanyakkannya meluahkan rasa kesian melihat anak terpaksa menempuhi beban beg sekolah yang beerat.
Terbaru menerusi perkongsian puan Ailisa Azmi berkongsi mengenai loker di sebuah sekolah yang membantu meringkan beban beg sekolah.
Katanya loker berkenaan adalah inisiatif daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan sejumlah wang disumbangkan bagi kemudahan berkenaan.
Loker wakaf sekolah dapat perhatian
Kalau semua sekolah buat mcm ni, bagus kan?
Ni sekolah saya. Setiap kelas ada locker yg mencukupi untuk murid sesi pagi dan petang. Locker ni adalah ‘Projek Wakaf Locker PIBG’.
Bayaran yg dikenakan adalah sebanyak RM5 setahun bagi setiap murid (tahun ni je takde buat kutipan). Ni mcm lebih kpd nk mereka jaga kunci elok² tu je. Kalau hilangkan kunci, kena buat bayaran gantirugi
Murid akan dpt satu kunci dan guru kelas akan simpan kunci spare setiap loker (yg dilabelkan dgn nombor loker). Loker ni diperbuat dari besi tahan karat. So semua murid boleh simpan buku teks di dalam loker. Menjelang hujung tahun, murid akan pulangkan kunci loker dan kosongkan loker supaya boleh berikan kunci kepada murid yg akan guna kelas tersebut pada tahun seterusnya
Salinan buku teks digital pula dimasukkan ke website sekolah dan Google Classroom kelas masing². Dgn cara ini, beban beg dapat dikurangkan.
PIBG sekolah masing² mesti memainkan peranan. Sementara kita nk tunggu keajaiban pengurangan jumlah buku teks dan jumlah matapelaran berlaku, ni lah solution yg boleh dibuat oleh pihak sekolah dengan kerjasam PIBG.
Disclaimer:
Gambar 1 saya ambil gambar kelas Tahun 4 masa tengah jaga waktu rehat
Gambar 2 & 3 ambil masa cuci kelas sblm sekolah buka
[Update] Byk yg komen tentang saiz kelas. Utk pengetahuan, murid di sekolah saya berjumlah 1300 org. Ada 2 sesi. Setiap aliran ada 6-7 kelas. Setiap kelas ada anggaran 25-38 murid. Alhamdulillah masih muat letak sejumlah locker dan muat murid² duduk dgn selesa.
Jemput buat lawatan ke sekolah saya (SK Kampung Tunku, Petaling Jaya)
Sungguh cepat masa berlalu, terasa baru sahaja kita semua berpuasa dan melakukan ibadah sunat yang lain seperti solat tarawih bertadarus, bersedekah dan amalan-amalan lain untuk mendapatkan pahala berganda sepanjang bulan Ramadan, dan pejam celik pejam celik, kini bulan Ramadan telah pun berlalu meninggalkan kita.
Begitu pun Syawal menjelma dan diraikan dengan rasa kesyukuran, kita juga masih diberi peluang untuk menggandakan amalan dengan melakukan amalan Puasa Enam Syawal yang diketahui umum, barangsiapa berpuasa enam di bulan Syawal ibarat pahala berpuasa sepanjang tahun.
Berkongsi tentang hikmah Puasa Enam Syawal, Dr. Ahmad Sanusi Azmi bekongsi penulisannya di facebook.
Puasa Enam Menampung Kekurangan
1. Antara hikmah disyariatkan puasa enam ialah supaya amalan sunat ini membantu menampung kekurangan yang berlaku dalam ibadah fardu puasa ramadan. Mereka yang berpandangan sebegini merujuk kepada hadis yang menyebutkan tentang kekurangan solat fardu akan ditampung dengan amalan solat sunat. Rasulullah bersabda:
إن أول ما يحاسب الناس به يوم القيامة من أعمالهم الصلاة قال يقول ربنا جل وعز لملائكته وهو أعلم انظروا في صلاة عبدي أتمها أم نقصها فإن كانت تامة كتبت تامة وإن انتقص منها شيئا قال انظروا هل لعبدي من تطوع فإن كان له تطوع قال أتموا لعبدي فريضته من تطوعه ثم تؤخذ الأعمال على ذاكم
“Perkara pertama yang akan dihitung oleh Allah pada hari kiamat nanti adalah solat. Allah berkata kepada malaikat: Perhatikan solat hambaku, apakah ianya sempurna atau ada kekurangan. Sekiranya solatnya sempurna, maka tuliskan baginya pahala yang sempurna. Namun sekiranya ada kekurangan, maka lihatlah andai sekiranya hambaku ada menunaikan solat sunat. Sekiranya dia menunaikan solat sunat, maka sempurnakannya pahala solat fardunya itu tadi dengan pahala solat sunat kemudian ambillah pahala amalan tersebut dan berikanlah ganjaran. (HR Abu Daud).
2. Dalam menjelaskan mengenai perkara ini al-Imam Ibn Rajab menjelaskan:
أن صيام شوال وشعبان كصلاة السنن الرواتب قبل الصلاة المفروضة وبعدها فيكمل بذلك ما حصل في الفرض من خلل.
“Sesungguhnya puasa enam dan puasa syaaban adalah seperti amalan solat sunat rawatib sebelum dan sesudah solat fardu. Amalan sunat ini menampung kekurangan yang ada pada amalan fardu tersebut sekiranya berlaku kelompongan pada amalan fardu.” (Lataif Maarif)
3. Selain itu, puasa enam turut dikatakan menyempurnakan pahala amalan berpuasa selama setahun. Ini berdasarkan hadis Nabi yang menyebutkan:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ianya bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun.” (HR Muslim)
4. Para sarjana hadis menjelaskan bahawa setiap amalan manusia akan dilipatkali-gandakan menjadi 10 pahala. Ini berdasarkan hadis yang menyebutkan:
جعل الله الحسنة بعشر أمثالها فشهر بعشرة أشهر وصيام ستة أيام تمام السنة
“Allah menjadikan setiap kebaikan dengan sepuluh kaliganda ganjaran. Maka puasa sebulan itu (sekiranya digandakan dengan sepuluh akan) bersamaan puasa 10 bulan, dan puasa enam (pahala yang menjadi 60 hari bersamaan 2 bulan) akan melengkapkan bilangan puasa seperti puasa setahun.” (HR al-Nasa’i)
5. Lalu sementara kita duduk di rumah dan tidak ke mana-mana ini, marilah berusaha menunaikan ibadah puasa enam. Semoga Allah membimbing kita.
Selian itu meninjau pula perkongsian daripada Ustaz Mohd Zaki Bin Zulkifli ada menjelaskan tentang persoalan yang sering ramai terkeliru tentang puasa enam dan puasa ganti. Adakah boleh digabungkan niat puasa kedua-duanya dalam satu masa yang sama.
Ini perkongsiannya.
PUASA ENAM SYAWAL DAN PUASA FARDHU GANTI.
Di dalam mazhab syafie sendiri ada khilaf tentang keharusan menggabungkan niat antara puasa 6 Syawal dengan puasa qadha’.
Disini saya bawakan petikan dari kitab fathul Muin dan hasyiah Iánah at Tolibin:
(فرع) أفتى جمع متأخرون بحصول ثواب عرفة وما بعده بوقوع صوم فرض فيها، خلاف للمجموع.وتبعه الاسنوي فقال: إن نواهما لم يحصل له شئ منهما
Ertinta: Telah berfatwa satu kumpulan daripada ulama’ mutakhirun bahawa dapat pahala puasa sunat arafah dan lain-lain dengan wujud puasa fardhu pada hari tersebut. Perkara ini khilaf bagi Imam an Nawawi di dalam kitabnya al Majmuk dan mengikut oleh Imam al Isnawi pendapat al Majmu dengan katanya: Sekiranya diniatkan kedua-duanya (gabung niat fardhu dan sunat) maka tidak sah kedua-duanya.[ Fathu Muin dengan Iánah m/s: 1330 cetakan Darussalam]
Kemudian seperti biasa pengarang Iánah akan mempermudahkan lagi kenyataan kitab Fathul Muin dengan katanya:
(قوله: أفتى إلخ) حاصل الإفتاء المذكور أنه إذا كان عليه صوم فرض قضاء أو نذر وأوقعه في هذه الأيام المتأكد صومها: حصل له الفرض الذي عليه، وحصل له ثواب صوم الأيام المسنون، وظاهر إطلاقه أنه لا فرق في حصول الثواب بين أن ينويه مع الفرض أو لا، وهو مخالف لقول ابن حجر الآتي أنه لا يحصل له الثواب إلا إذا نواه، وإلا سقط عنه الطلب فقط.
Ertinya: Rumusan fatwa ulama’ mutakhirun tersebut ialah: Sekiranya ada puasa fardhu keatas seseorang samada qadha atau nazar, kemudian ia buat puasa itu pada hari-hari yang di sunatkan puasa, maka dapat baginya pahala puasa fardhu dan pahala puasa sunat. Mengikut zahirnya, mereka akan mendapat pahala sunat itu samada dia niat puasa sunat atau tidak bersama puasa fardhu tadi. Tetapi pendapat ini nampak bercanggah dengan pendapat Ibnu Hajar yang mengatakan hanya dapat pahala jika di niatkan bersamanya puasa sunat [ Iánah at Tolibin ms 1330 juz 2, Darussalam]
KESIMPULAN DARIPADA PETIKAN-PETIKAN INI:
1. Pendapat Imam an Nawawi dalam kitab al Majmuk tidak sah puasa sunat di gabungkan dengan puasa fardhu. Pendapat ini di ikuti oleh Imam al Isnawi.
2. Mengikut pendapat ulama’ mutaakhirin sah puasa sunat gabung dengan puasa fardhu. Dan inilah pendapat mu’tamad di sisi Syekh Khatib Syarbini, Imam ar Ramli dan Bapanya[Tarsyih al Mustafidin m/s 171]
3. Mengikut Imam Ibnu Hajar tidak dapat pahala puasa sunat jikalau tidak niat gabung. Contohnya dia niat pada bulan syawal ini: [Sahaja aku puasa qadha ramadhan esok hari] sahaja. Untuk dapat pahala sunat mesti niat gabung contohnya [Sahaja aku puasa qadha ramadhan serta sunat enam syawal esok hari].
4. Tetapi mengikut zahir fatwa ulama’ mutaakhirin, dapat pahala puasa sunat enam tadi walaupun tidak niat gabung. Contoh dia niat macam ni sahaja:[Sahaja aku puasa qadha ramadhan esok hari]. Inilah pendapat mu’tamad di sisi Syekh Khatib Syarbini, Imam ar Ramli dan Bapanya[Tarsyih al Mustafidin m/s 171]
Inilah keluasan ilmu feqah. Semuanya dalam lingkungan mazhab syafie lagi. Ini sekadar perbincangan pendapat. Namun yang lebih penting lagi ialah mengamalkan dan berpuasa enam tu. Jangan jadi seperti orang yang bergaduh solat terawih 8 atau 20..tetapi dia tak solat terawih pun
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.