“Pernah Tak Menyesal Kahwin Dengan Daddy Maream?- Ini Pesanan Farah Lee Yang Mendoakannya Kembali Bersatu Dengan Ally Iskandar. Deep!

Share

Tidak semua perkahwinan manisnya berpanjangan, Andai sudah ditakdirkan jodoh terhenti separuh jalan, tiada siapa yang mampu menolaknya.

Demikian juga dengan pasangan Ally Iskandar dan bekas isterinya Farah Lee. Mereka mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 namun berpisah pada 17 Ogos 2016. Hasil perkongsian hidup mereka sebelum ini dikurniakan seorang anak perempuan. Namun, tiada jodoh mereka berpisah namun tetap baik atas dasar anak.

Farah Lee yang kini berada di United Kingdom meneruskan pengajian dalam jurusan Pengajian Kanak-Kanak sambil ditemani anak tersayang sering berkongsi tip keibubapaan selain memuat naik cerita anaknya.

Terbaru, Farah dalam satu perkongsian memberitahu Ally adalah seorang bapa yang baik dan bertangung jawab kepada anak mereka, Maream Esabell, 4. Bahkan hubungan antara mereka juga baik walaupun sudah berpisah.

“Q: Pernah tak menyesal kahwin dengan daddy Maream.?


A: Gila menyesal.? Sampai la ni daddy belanja omma kasut. Omma doakan daddy kawen dengan #ommabaru yang tak kesah daddy belanja omma AJ sampai ke tua.. Kalau dia kesah, omma doakan daddy tak kawen2. Hahahahahaha

“Gurau je okay daddy.? Hehe.. Maream untung ada daddy yang was and still very responsible towards omma and Maream.. Daddy velanja omma AJ Concord upah jaga Maream katanya. Semoga selalulah dapat upah. Paling kurang sampai Maream umur 18 okay @allyiskandarrasmi.?

“Anyway, tak perlulah doakan omma dan daddy berbaik balik. Guess we’re better friends like this. Macam korang, takkan korang kawen dengan semua kawan lelaki yang korang ada khennn.? Mentang2 baik Muahahaha.. Begitulah. Harap fahamlah. Kalau nak doa jugak, doalah dalam hati, bukan dalam komen di bawah ini kbai ,” tulisnya.

IKLAN