Menu babat atau perut lembu, sedap memang sedap rasanya bagi yang menggemarinya. Tapi bila mengetahui proses dan cara untuk penyediaannya bukanlah semudah yang disangka, maka sebab itu juga tidak ramai yang mahir untuk menyediakan menu tradisi ini.
Pun begitu, andai ada yang ingin mencuba menyediakan hidangan babat dengan melakukan sendiri proses membersihkan perut lembu bermula dari dicuci hingga selesai dimasak, dirasakan info yang dikongsikan ini dapat membantu.
Jom semak.
Ada yang tanya saya,macam mana saya cuci perut lembu a.k.a Babat, Yang saya masak Lemak Cili Padi tadi….Macam ni lah keadaan perot yang belum di kikis,memang hitam…
Ada orang suka makan perot hitam,ada orang suka perot putih..macam saya memang tak reti makan perot hitam, citarasa masing-masing kan.
Caranya, saya rendam dengan air kapur makan(kapur yang orang makan sirih tu sahaja),lepas tu kikis sampai bersih…Nak kikis tu memang kena sabarlah ye, sabar tahap Musang berjanggut..Benda sedap memang susah nak keje kan…hihi…
Ads
Cara-cara pembersihan/merebus
Rendam dalam air kapur makan(kapur yang orang makan sirih tu) dalam 30min-1jam
Lepastu bersihkan buang yang hitam-hitam.
Lepastu cuci dengan air limau untuk hilang bau…Dah bersih siap.
Lepas tu rebus sekejap, untuk memudahkan proses pemotongan…
Dah siap potong,rebus semula sampai empuk, letak sikit hirisan halia…macam ni cara saya buat,insyallah bau pon tak ada ya…..
Resepi Masak Lemak Cili Padi Perot lembu dan Rebung
Ads
Bahan-bahan:
Perut lembu (dibersihkan,direbus dan dipotong)
1 biji kelapa (perah santannya~asingkan yang pekat dan cair)
1 inci Kunyit hidup~kalau rajin boleh tumbuk dengan lesung batu,kalu malas kau blend jek🤣🤣
1 inchi asam gelugor
1 batang serai (dititik)
20-25 biji cili padi
Garam secukup rasa
Cara-cara memasak:
Ads
1. Perut lembu direbus hingga lembut/empuk dan dipotong mengikut citarasa masing-masing.
2. Masukkan perut lembu yang dah dipotong…Masukkan bahan ² yg dah ditumbuk/blend
3. Masukkan santan cair ke dalam periuk dan. Kemudian masukkan serai yang dah dititik, dan asam gelugor. Rebuskan lagi hingga mendidih.
4. Akhir sekali, masukkan santan pekat. Biarkan atas api yang perlahan ,kacau ye,supaya tidak pecah minyak. Tunggu beberapa minit dan sudah siap untuk dihidang!
TIPS: Semasa merebus perut lembu, masukkan halia sekali untuk hilangkan bau.
sumber : CikPuan Julie Raja Iskandar via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila dah duduk rumah ni, macam-macam benda teringin nak makan, cuma rajin ke malas je nak buat!
Haaa yang mana tengah rajin tu, jom cuba buat takoyaki sendiri kat rumah! Senang je uolss, tak payah guna acuan bulat-bulat tu pun! Buat bulat sendiri je. Haaa tunggu apa lagi, jom cuba buat makan petang ni guna resipi dari Wan Muhammad Hafiz Satar ni!
Bekal anak pagi ni baba buatkan TAKOYAKI versi MELAYU 😂😂😂. Memandangkan baba takde acuan utk masak tako ni.. jadi kenalah kreatif. So baba buat ikut resepi CUCUR VIRAL. Alhamdulillah menjadi jugak. bleh makan sepuas²nya.
RESIPI TAKOYAKI VERSI MELAYU
Bahan-bahan adunan :-
1 cawan air panas didih
1 cawan tepung gandum
1 sudu gula
Secubit garam
Bahan-bahan sos :-
Kicap
Gula
Air
Tepung jagung
*Panaskan Kicap manis + gula & air.. pastu tambah tempung jagung utk pekatkan sos. sos kena manis baru sedap.
Bahan-bahan tambahan :-
Kobis (cincang halus)
Daun sup (cincang halus)
Cili merah (cincang halus)
Sosej (potong kecil)
Sotong (potong kecil)
Isi ketam (potong kecil)
Cara-caranya :-
1. Campurkan semua bahan adunan ke dalam bekas, gaul sebati.
2. Kemudian, masukkan sekali bersama bahan tambahan kobis, daun sup dan cili. Gaul sebati bahan tersebut.
3. Ambil adunan tadi dalam portion yang kita inginkan, letakkan isi sotong, sosej atau ketam yang telah kita potong kecil di bahagian tengah. Bulatkan.
4. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Sedia untuk dihidang!
Untuk hiasan:
saya tabur daun sup dgn bawang goreng.. bonito xde kat rumah. hehehe
Orang kita kalau makan tidak bersambal rasa tidak sempurna juadah yang terhidang. Lebih-lebih lagi yang sememangnya memang kuat makan pedas. Tak ada sambal terasa tidak berselera makan jadinya.
Menyentuh tentang sambal, diakui memang terdapat begitu banyak jenis sambal yang boleh kita sediakan untuk keluarga tercinta. Bukan sekadar sambal belacan atau sambal kicap semata-mata, tetapi jika ingin dikumpulkan berpuluh-puluh jenis sambal ada untuk dinikmati.
Tinggal lagi hanya pilih sambal yang mana satu menjadi kesukaan anda seisi keluarga.
Memudahkan anda untuk menyediakan pelbagai variasi sambal, di sini ada dikongsikan 10 jenis sambal daripada cikgu masakan Afy AL Habibi untuk dicuba.
RESEPI IBU SAMBAL KICAP AWESOME
1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih
* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.
2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.
3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.
4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.
5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu.
6. Kisar sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.
7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*
*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*
RESEPI IBU SAMBAL BILIS
1. Bahan kisar :
– 1/2 biji bawang besar Holland
– 4 biji bawang merah Bombay saiz bola pingpong
– 1 ulas bawang putih
– segenggam ikan bilis goreng
– secubit belacan
Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air.
2 . Panaskan minyak gorengan ikan bilis.
Masukkan bahan kisar tadi. Goreng sehingga wangi dan sedikit garing. Guna api perlahan.
3. Masukkan 4 1/2 senduk cili kering kisar.
Cikgu guna cili kerinting + cili kering besar.
Jadilah sambal pedas-pedas manja.
4. Tumis sehingga cili masak dan pecah minyak.
Kena betul-betul masak kalau nak cili tahan lama.
5. Untuk petua sambal nasi lemak yang lebih sedap, tumbukkan 1/2 genggam ikan bilis sehingga lumat.
*Rendam terlebih dahulu dalam air.*
Wajib letak. Rasa sambal lain dari biasa. Pengganti ajino juga.
6. Petua kedua, cikgu lebihkan nisse Kelantan atau gula melaka untuk warna sambal merah maroon. Tambahkan juga gula putih dan garam.
* Untuk rasa sambal yang sedap, rasa manis perlu lebih menyerlah dari rasa masin yang tipis sahaja*
7. Petua ketiga, cikgu masukkan 1 sudu besar cuka untuk sambal lebih tahan lama. Pengganti asam keping. Tambahkan juga 1/2 gelas air asam jawa. ( 1/2 gelas air + secubit asam jawa)
8. Teruskan masak sehingga sambal betul-betul sebati. Guna api perlahan sahaja dari awal menumis lagi kira-kira satu jam lebih. Masukkan segenggam lagi ikan bilis yang telah digoreng sebelum ditutup api.
9. Kalau terlampau banyak lapisan pecah minyak diatasnya, boleh dibuang sedikit. Sebenarnya untuk sambal tahan lama, lapisan minyak itu juga yang membantu.
Cara simpan dan guna:
1. Selepas sambal sejuk, masukkan dalam bekas kedap udara. Asingkan ikut kuantiti yang hendak diguna. Simpan dalam peti suhu biasa jika untuk kegunaan dalam tempoh seminggu dua. Simpan frozen untuk masa yang lama.
2. Sendukkan sedikit dengan sudu kering. Panaskan tanpa minyak.
3. Masukkan lauk (sotong/ udang ). Biarkan ia mesra dan keluar airnya.
4. Kalau sambal terlalu pekat untuk kegunaan lain, boleh tambahkan sedikit air serta penambahan garam gula ikut kesesuaian.
5. Tunggu lauk masak sekejap, terus tutup api.
Mudah bukan?
RESEPI SAMBAL PENCICAH THAI DAGING BAKAR MERAUNG
1. Sediakan bahan di bawah:
– 3 tangkai cili merah
– 4 tangkai cili padi hijau
– sehiris nipis halia
– 1 relung kecil nisse / gula melaka
– 4 sudu besar sos ikan
2. Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air kosong.
3. Masukkan dalam mangkuk.
Tambahkan perahan sebiji asam limau nipis dan sehiris lemon. Juga 2 ulas bawang putih yang diracik halus.
4. Perasakan dengan sedikit perencah secukup
rasa. Kacau.
5. Akhir sekali taburkan hirisan daun ketumbar dan bijan yang sudah disangai.
Resepi Air Asam Pusaka
1. Bakar semua bahan di bawah.
Guna pan/ boleh bakar atas bara api.
– 4 ulas bawang putih
– 1 1/2 inci belacan
– 6 biji bawang merah saiz bola ping pong
2. Sediakan lesung untuk menumbuk.
– Kupas bawang bakar.
– Sediakan beberapa tangkai cili padi
– 2 biji asam limau nipis saiz besar.
* kalau asam kecil guna 3 biji
3. Tumbuk bahan bakar tadi bersama cili sehingga lumat.
4. Perasakan dengan
– 3/4 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam
– 3/4 sudu besar perencah Hilal
* segala kuantiti terpulang kepada citarasa masing-masing.
5. Kemudian perahkan 2 biji asam limau nipis tanpa biji untuk dapatkan airnya.
6. Tambahkan 1/2 cawan air kosong. Kacau sebati.
Siap!
Sesuai untuk dicicah bersama ikan tuka bakar
RESEPI SAMBAL HIJAU BERLADO
Bahan kisar
A:
– 4 ulas bawang merah (saiz syiling 20sen)
– 3 ulas bawang putih
– 7 ekor ikan bilis
– secubit belacan
B:
– 5 tangkai cili hijau
– dua genggam cili padi hijau
( untuk sambal rasa lebih kick)
Cara-cara:
1. Panaskan satu senduk minyak gorengan ikan tadi. (minyak sekali guna)
2. Tumis bahan kisar A sehingga wangi.
Kemudian masukkan pula bahan kisar B.
3. Biarkan cili masak sempurna. Masukkan sekeping asam. Barulah ditambahkan separuh kecil nisse atau gula melaka.
4. Masukkan sedikit air jika perlu. Perasakan dengan garam gula atau perasa mengikut citarasa sendiri.
5. Tutup api selepas semua rasa sebati dan sambal masak.
RESEPI AIR ASAM KETAGIH
1. Sediakan bahan-bahan berikut.
– 2 biji bawang merah
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 2 inci belacan
Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.
2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;
– 1 biji lemon dan sebiji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji. Ambil sekali sari buah.
– 3 tangkai cili padi hijau
– 3 tangkai cili padi merah
3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.
Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)
* Ikut kepekatan yang diingini*
4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.
5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.
6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.
– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.
* Untuk kelainan rasa air asam versi Thai, boleh juga masukkan hirisan daun ketumbar dan bunga kantan.
Jika ingin tambahkan sekali hirisan lemon, kawan perlu terus menikmati air asam. Tak boleh biar lama. Sebab pahit kulit lemon akan merosakkan rasa air asam.
RESEPI SAMBAL CILI KERING LAKSO LEMOK KELATE
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 8 tangkai lada kering besar ( direbus dan dibuang biji terlebih dahulu) cili kering ni tak pedas.
– 4 tangkai cili padi merah + 2 tangkai cili padi hijau
– 1 1/2 sudu besar gula
– 3/4 sudu besar garam ( atau masukkan sikit-sikit)
– 2 sudu besar cuka
– 1/2 cawan kecil air suam
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan sedia untuk dimakan.
RESEPI SAMBAL NASI KAK VOUGE
– segenggam kecil cili padi merah
– 5 tangkai cili kering ( dibuang biji dan direbus terlebih dahulu)
1. Kisar dua jenis cili di atas dengan :
– dua sudu cuka
– sedikit air kosong
– 1 sudu besar gula
– 1/2 sudu kecil garam
– 1/2 biji bawang merah, 1 ulas bawang putih, 1/4 bawang Holland (dibakar seketika)
2. Masukkan dalam mangkuk. Tambahkan hirisan bawang Holland dan bawang merah. Kacau sekata.
3. Tambahkan garam gula dan garam jika perlu disesuaikan.
4. Perah sebiji limau kasturi. Campurkan sekali kulit limau kasturi yang dihiris.
5. Sedia untuk dihidangkan.
RESEPI SAMBAL JANTAN
Sediakan bahan-bahan di bawah:
– segenggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 1/2 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
– 2 sudu besar cuka
– 1/2 cawan kecil air suam
Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan sedia untuk dimakan.
Betul-betul sedap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di