“Phone Arwah Berdering, ‘My Sayang’ Call.” Suami Meninggal Kemalangan, Saksi Terkedu Nak Jawab Saat Isteri Arwah Call

Share

Akibat kecuaian orang lain, lelaki ini menjadi mangsa dan meninggal dunia dalam satu kemalangan. Menurut saksi kejadian, kemalangan tersebut telah mengorbankan seorang penunggang motorsikal manakala seorang lagi hanya mengalami kecederaan ringan.

Ia berpunca daripada sebuah kereta yang memasuki simpang tanpa melihat ke arah belakang. Mangsa tersebut terpaksa mengelak kereta yang masuk ke simpang itu secara tiba-tiba dan bergesel dengan seorang lagi penunggang motorsikal yang lain.

Akibat situasi itu, mangsa gagal mengawal kenderaanya lalu  terjatuh ke seberang jalan. Kereta yang datang dari arah bertentangan dikatakan telah melanggarnya secara tidak sengaja.

Kemalangan tersebut patut dijadikan pengajaran supaya kita lebih berhati-hati dan memandu dengan cermat ketika menggunakan jalan raya. Akibat kecuaian, orang lain yang menjadi mangsa. Isteri kehilangan suami, dan ibu bapa kehilangan anak buat selama-lamanya.

Kisah kemalangan ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dan juga saksi di tempat kejadian yang bernama Ajak Muezza.


alfatihah

eksiden pagi tadi, kereta masuk simpang tak tengok belakang, datang moto dari tepi bergesel jatuh ke seberang jalan.. da jatuh, datang pula kereta arah depan gilis arwah.. ngeri. orang lain punya silap, orang lain jadi mangsa. allahu.. kebetulan situ ade jiran setempat mengenali arwah terus bagitaw family beliau.

aku pun lepak dengan mat despatch lain, dengan polis, dok dok borak.. phone arwah berdering, tertera “my sayang” call.. semua terkedu nak jawab. sebab tak tahu nak cakap apa pada isteri, semua blur. kau jawab la, kau jawab la. sudah nya panggilan tu off. 15minit terus keluarga si arwah sampai.

tengok situasi situ da mula buat semua sedih. aku pun cabut, benda emosi gini takley buat main woo..

moga di pagi jumaat ni arwah ditempatkan dengan golongan yang beriman.

IKLAN