Pikat Selera Anak Dengan Donut Gebu. Wow Cukup Mudah, Ibu-Ibu Tak Perlu Uli

Share

Sebut sahaja namanya, mula terbayang akan kelembutannya, gebunya adunan dan rasa tak puas makan sebiji. Itulah penangan Donut. Namun, apabila ibu-ibu  cuba buat sendiri dengan resepi yang dikongsi adakalanya tidak menjadi.  Lama menguli tepung tapi hasilnya donut tidak selembut yang diingini.

Jadi macam mana nak buat donat yang gemuk gebu, lembut tapi tanpa uli.  Sangat mudah, boleh lihat resepi yang dikongsikan menerusi daridapuraida.blogspot. Jom cuba!

Bahan A
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat
1 cawan air suam
2 sudu gula
♥ Campurkan bahan A dan biarkan kembang.
Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 sudu marjerin
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
♥ Ramaskan bahan B ni hingga jadi macam serbuk roti.
♥ Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.
♥ Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup.
♥ Adunan memang lembik tau tapi jangan risau. Jangan  tambah tepung .
♥ Lepas satu jam tumbuk-tumbuk  doh tadi untuk keluarkan angin.
♥ Kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap. Masa ni ambil sikit tepung untuk terap acuan
-Biarkan selama 30 minit. Lepas tu boleh goreng.
Sumber: daridapuraida.blogspot
IKLAN