Pikat Selera Anak Dengan Resipi Roti Pattaya. Guna Tiga Bahan Je, Mudah Tapi Sedap. Patutlah Viral!

Share

Nak sediakan hidangan buat keluarga tak susah mana pun. Tak perlu menu berat atau yang mahal. Kena kreatif dan pelbagaikan resipi barulah anak-anak dan suami teruja kan. Apa kata cuba resipi Roti Pattaya ni.Mudah, cepat dan sedap.

ROTI PATTAYA 3 bahan.

Senang sangat nak buat! Inti tak kisah nak pakai inti apa,sy buat inti sardin senang.

Bahan-bahan
-roti gardenia
-telur
-inti sardin (sy tumis dulu sardin ni,terpulang pada korang nak tumis atau nk letak mentah je)


Cara masak:
Panaskan pan dan tuang sebiji telur dan ratakan (ala ala nak buat pattaya)
Letakkan sekeping roti
Letakkan inti di atas roti
tup dengan sekeping lagi roti
Bungkus roti tadi. Jangan nipis sangat ok,nanti dia pecah tak cantik.
Kredit: Jnida Nyda 

IKLAN