Hujung minggu begini andai tidak ke mana-mana, apa kata habiskan masa bersama keluarga di rumah. Untuk minum petang hari ini, jika belum ada menu sesuai, apa kata cuba resipi ini.
Pancake ini bukan sahaja sedap malah mudah dibuat. Pasti akan menjadi kegemaran anak-anak anda.
Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati.Pastikan tiada tepung yang berketul.
Panaskan non-stick pan. Tuangkan satu senduk kecil bancuhan tepung tadi ke dalam kuali. Biarkan seketika.
Bila pancake nampak berbuih-buih sikit, terbalikkan.
Pancake akan bertukar warna kepada coklat. Biarkan seketika dalam 1 minit kemudian boleh angkat.
Ulang langkah 2-4 sehingga bancuhan tepung habis..
Sapu nuttela pada permukaan pancake anda, lapik satu persatu dengan buah pilihan anda, sama ada pisang, strawberi atau apa sahaja yang anda sekeluarga gemari.
Selepas siap semua lapisan curah madu lalu hidangkan untuk makan ketika masih panas.
Sumber : MyResepi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Personaliti ini agak ‘sempoi’ tapi ciri-ciri orang ‘istana’ masih dikekalkan terutama bab protokol namun tetap terbuka dalam pergaulan. YM Tengku Loreta Tengku Dato Setia Ramli Alhaj juga sangat akrab dan rapat dengan anak tunggalnya. Sekali pandang dua beranak ini seolah-olah BFF yang ‘satu kepala’ dan sehati sejiwa.
“Aniq memang rapat dengan saya kerana sejak kecil lagi ke mana sahaja saya pergi pasti akan ada dia menemani. Usai mendirikan rumah tangga, saya ambil keputusan untuk duduk di rumah dan menjaganya. Kebetulan waktu itu berlaku krisis ekonomi dan saya antara yang dibuang kerja. Disebabkan tiada tawaran kerja, lebih baik saya fokus pada anak dan keluarga.”
“Waktu itu, saya sudah dedahkan Megat Aniq dengan aktiviti lasak seperti paintball, menembak (senjata 9mm), snorkelling, go kart, golf (single handicap) dan sebagainya. Dari kecil sehingga sekarang, minat tersebut bercambah dalam dirinya dan kini dia bakal mengambil lesen penerbangan di Melaka tak lama lagi.”
“Boleh dikatakan kami banyak berkongsi minat dan hobi yang sama. Kalau wanita lain ada ‘me time’ tetapi saya pula waktu ini mesti bersama dengan anak. Kalau ada masalah atau mahukan sesuatu pandangan, Megat Aniq akan terus tanya pada saya. Saya cuba beri yang terbaik untuk dia. Bukan bermakna saya mahu ‘spoilkan’ dia dengan kemewahan, tapi kalau ada duit banyak pun tak dibelanjakan tak guna juga kan,”ujar Tengku Loreta yang berpada-pada dan ada kouta dalam berbelanja.
Sejak kecil beliau sudah terapkan pada anak, kalau nakkan sesuatu dia kena hantar surat ‘permohonan’ terlebih dahulu.
“Tak kisahlah apa jua aktiviti mesti dapatkan persetujuan saya terlebih dahulu. Masih simpan lagi semua surat itu dengan typing error. Tapi yang saya ingin tekankan waktu itu adalah supaya dia berdisiplin.
“Malah, selepas habis bermain, Megat Aniq akan kemaskan kembali barangannya ke kotak asal tanpa perlu disuruh termasuklah saya ajar dia ada batas-batas dalam berkongsi barangan dengan orang luar. “
“Saya pernah tinggalkan dia 4 bulan kerana terpaksa bekerja di FUTURE ENERGY ASTANA EXPO 2017, Kazakhstan sebagai Ketua Protokol & PR Malaysia Pavillion dan waktu itu dia tengah belajar di sini, jadi tak boleh ikut sekali. Tetapi Aniq ada datang melawat saya bersama mengiring DYTM Raja Muda Selangor waktu itu ,” cerita Tengku Loreta lagi mengenai anak tunggalnya itu.
Pengerusi Pertubuhan Generasi Malaysia Berjaya (GENMAS) ini bagaimana pun tetap menerapkan elemen-elemen protokol dan juga pengetahuan mengenai susur galur keluarga mereka kepada anak tunggalnya itu.
“Anak saya turut diterapkan segala adat istiadat dalam istana. Dia juga tiada masalah dan mengikuti segala apa yang diajar. Jadi, mudah untuk dia bawa diri dalam istana selain dapat bergaul mesra dengan kerabat dari negeri lain,” jelas Tengku Loreta yang mengamalkan cara terbuka dan belajar bersama selain berkongsi minat yang sama dengan anak.
Dalam memastikan hubungan ibu-anak baik, ujar Tengku Loreta perlu jujur dan berfikiran terbuka. Belajar bersama dan boleh dengar dan terima pandangan anak muda.
“Selain itu, kami berkongsi minat yang sama termasuklah dalam sukan air, melancong, berkuda, main golf, bowling dan membantu kaum kurang upaya serta underprivileged kids.
“Ini memudahkan untuk saya rapat dan membina hubungan yang baik dengan anak. Walaupun Megat Aniq kini sudah masuk 19 tahun, namun usia itu tidak membataskan hobi dan minat kami. Bahkan, ada masa terluang kami akan buat sama-sama,” ulas Tengku Loreta lagi.
Aktif NGO dan CSR
Mengulas lanjut mengenai kerjayanya, Tengku Loreta yang kini sibuk dengan majlis pengiktirafan anugerah “Selangor Tremendous Achievement Recognition Awards (STAR Awards) 2018 untuk para usahawan di dalam pelbagai bidang di negeri Selangor. Selain itu, beliau juga aktif dalam NGO dan program CSR,
“Sejak dahulu lagi saya memang suka lakukan kerja amal. Terbaru saya baru selesai larian amal sempena bola sepak piala dunia Russia 2018 di mana DYMM Tengku Pemaisuri Selangor telah berkenan berlari sejauh 3km.
“Saya juga mengikuti program melawat setiap Raya, Deepavali, Krismas mahupun bila ada aktiviti khas untuk memberi sumbangan di hospital terutama Hospital Kuala Lumpur.
“Selain itu, saya turut membantu kanak-kanak kanser di KK3 ward kanser HKL, ibu tunggal, remaja bermasalah (School drop-out), melawat ke penjara Kajang dan sebagainya.
“Malah, kami juga ada buat charity bazar dan pelbagai lagi program lain dalam mengutip dana untuk mereka yang memerlukan,” selain sangat minat dengan benda-benda yang membabitkan alam sekitar.
Artikel selanjutnya boleh dapatkan di dalam Majalah Keluarga Edisi Sept-Oct 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dekat Sleep Foundation bagitahu ibu adalah orang yang paling banyak sekali ‘Sleep Debt’
Terutama buat yang ada bayi, 0-3 bulan pertama adalah waktu paling banyak sleep debt.
Sebab tu la para ibu ni wajib dapat tidur yang cukup & berkualiti,
– otak ibu ibu ni selagi tak tidur selagi tu tak dapat berehat. Ada sahaja benda yang berlegar di fikiran mereka.
– masa sedar otak stuck kat dalam mod ‘bekerja’ je, masa tidur la baru dapat tukar pada mod ‘berehat’
– mata ibu ibu ni kalau celik, sudah betul nak rasa aman. Ada sahaja yang rasa semak. Rumah sepah la, berhabuk la, comot la, kotor la. Macam-macam.
– lagipun otak ibu ni memang tak boleh nak relaks dan santai selagi dia nampak rumah tak ikut expectation dia.
– tidur juga penting untuk reset tenaga. Bila ibu cemerkap, kurang fokus atau lemau je itu tanda bateri dah kong la tu.
– bukan ibu sahaja tapi semua wanita memang akan cepat penat sebab fitrah mereka banyak multitasking.
– selain itu tidur pun penting untuk refresh emosi & mental state ibu ibu ni. Baru la dia tak cepat trigger emosi melayan kerenah anak-anak.
Sleep debt ni bahaya.
Makin lama di biar, makin merosot nilai-nilai murni seorang ibu.
Risau, ibu yang baik dan ceria boleh bertukar jadi perengus dan mencuka. Kasihan.
Oleh itu buat ketua keluarga sekalian, ambil maklum perkara ini dan bantulah pasangan anda dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti 6-8 jam sehari ini.
Ringan sama di pikul, berat sama di jinjing. Itu la erti mujahadah rumahtangga sebenar.
Wallahu A’lam,
Sumber: Mohd Fhais Salim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Norlia Ghani buat ‘live’ TikTok kali pertama dapat sejuta tontonan. Pelakon veteran, Norlia Ghani yang kini berusia 77 tahun, semakin aktif di platform TikTok dan berjaya meraih lebih 129,000 pengikut. Beliau juga kerap membuat siaran langsung sebagai satu cara untuk berinteraksi dengan peminat.
Menariknya, siaran langsung pertama yang dilakukan oleh Norlia di TikTok mencatat tontonan yang luar biasa, iaitu sebanyak satu juta tontonan.
“Anak dan cucu saya yang ajar cara nak buat siaran langsung. Saya perhatikan bagaimana mereka lakukan dan dari situ saya belajar. Saya cuma berbual santai saja dengan peminat supaya hubungan lebih rapat. Generasi muda pun kenal saya sekarang,” katanya.
Tambah beliau, tujuan asal beliau bersiaran langsung bukanlah untuk meraih hadiah atau ‘gift’ daripada penonton kerana beliau sendiri tidak begitu arif tentang hal tersebut.
“SAYA CUMA BUAT SEBAB RAMAI YANG KATA LAMA TAK NAMPAK SAYA. BILA SAYA CUBA BUAT SIARAN LANGSUNG KALI PERTAMA, TAK SANGKA PULA DAPAT SEJUTA TONTONAN,” KATANYA.
Norlia turut mengakui ada menerima ‘gift’ daripada penonton ketika bersiaran langsung, namun perkara itu bukan keutamaannya.
“Kalau orang nak bagi, saya terima dengan terbuka. Kalau tak ada pun tak mengapa. Saya pun tak ada jadual tetap, cuma kalau ada masa lapang, terutama ketika menunggu di lokasi penggambaran, saya akan buat siaran langsung sekejap. Bukan setiap hari pun,” ujarnya.
Selain itu, beliau juga menerima tawaran untuk membuat ulasan produk dan kini menjadi duta kepada jenama susu.
“Sekarang saya buat review produk untuk satu jenama susu sebab saya dilantik sebagai duta. Banyak juga produk lain yang ajak saya buat ulasan,” katanya lagi.
Ibu kepada pelakon Rusdi Ramli itu turut mengakui dia tidak dapat lari daripada komen-komen nista daripada netizen yang mengaitkan usia emasnya dengan aplikasi yang dimonopoli oleh Gen Z itu.
“Biarpun ada komen-komen sinis yang mengatakan dah tua-tua pun nak main Tik Tok. Pada mama tak ada masalah.
“Kalau mama nampak komen-komen toksik sebegitu lalu depan mata, mama buat-buat tak nampak sahaja. Tak perlu balas komen mereka.
“Lagipun mama main Tik Tok bukan untuk kejar glamor. Semua orang dah kenal siapa. Norlia Ghani sejak tahun 1969 lagi,” kata yang belajar menggunakan Tik Tok daripada cucunya.
Muhammad Raiyan Nufael meninggal dunia selepas rebah ketika latihan ragbi di Melaka. Kisah kenangan terakhir bersama ayah menyentuh hati ramai dan mengundang rasa sebak.