Dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) ramai menghadapi masalah kewangan akibat pemotongan gaji, diberhentikan kerja setelah syarikat terpaksa ditutup dan sebagainya.

Bencana virus covid 19 ini telah memberi kesan kepada ekonomi sesebuah keluarga. Malah ada segelintir keluarga terpaksa berjimat cermat ketika berbelanja. Semua ini turut memberi kesan kepada peniaga-peniaga kecil.

Situasi ini digambarkan menerusi Facebook Taufiq Razif bahawa peniaga kecil di kampung menerima nasib yang sama apabila jualan kurang mendapat sambutan. Untuk membantu golongan ini boleh pelbagai cara salah satu katanya, dengan membeli dalam jumlah yang banyak jika kita diberikan rezeki yang lebih. Sikap tidak berkira ini akan memberikan kebahagian kepada golongan peniaga kecil ini.

Ikuti perkongsiannya.

PKP Didik Kita Bersedekah, Bantu Yang Susah. Itulah Bahagia Sebenar.
Gambar hiasan

Tadi sorang pakcik penjual ikan ni lalu depan rumah saya. Kebetulan isteri nak makan udang jadi saya pun pergi lah keluar.

IKLAN

Saya tengok dalam bekas yang ada di motor pakcik ni. Ada sekor ikan tenggiri, sebekas ikan selar, selonggok sotong dan udang.

Dalam hati saya je tengok pakcik ni. Perlahan sangat pergerakan tangan dia. Diambilnya udang satu persatu, timbang. Eh belum cukup ni. Dia ambil lagi dan timbang. Semuanya cukup perlahan. Yelah, kudrat orang tua yang masih terpaksa bekerja kan.

Bayangkan umur dah berusia tapi terpaksa keras lagi. Nak ambil stok ikan bukannya dekat. Kena ambil di jeti yang terletak berpuluh kilometer dari situ. Dah la motor pun uzur sangat dah tu. Seat terkoyak sana sini. Karat pun penuh satu body.

IKLAN

Aduh.Macam la saya nak bantu pakcik ni. Tiba tiba dapat ilham ” Pakcik. Saya borong semua ikan tenggiri yang 2.5 kilo ni dan bagi saya udang dan ikan ni banyak banyak ya “

” Ada tempat air paip tak? Saya nak potong ikan tenggiri ni kat sini “

Punyalah suka pakcik ni bila saya beli ikan tenggiri dia sampai dia nak potongkan ikan tu disitu juga!

IKLAN

Inilah kebahagiaan teman teman. Kebahagiaan sebenar adalah bila kita boleh tengok kebahagiaan orang yang kita tolong.

Kebahagiaan sebenar adalah bila orang lain boleh bahagia disebabkan oleh bantuan kita. Tak semestinya bantuan tu kena banyak dan besar.

Kadangkala benda semudah senyuman di awal pagi, halalkan baki ketika membeli dan bantu peniaga kecil dengan memborong lebih sedikit ketika kita diberikan lebihan rezeki pun dah cukup membuatkan hati manusia lain berbunga bunga dah.

Dan percayalah, ketika kita membuatkan hati manusia lain berbunga dan bahagia. Disitulah mulanya pintu rezeki kita sendiri pun akan mula terbuka.

Sumber: Taufiq Razif

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI