Sebagai ibu bapa pastinya ingin memberikan yang terbaik buat cahayamata. Lantaran itu, sejak anak masih kecil lagi ibu ayah akan membuat pelbagai perancangan untuk anak-anak.
Ia termasuk menyediakan ruang persekitaran yang selamat dan kondusif. Bahkan permainan yang digunakan mempunyai unsur-unsur pendidikan.
Hakikatnya membeli barang permainan anak-anak bukan suatu yang mudah. Tersalah beli boleh menjejaskan potensi pembelajaran dan perkembangan anak-anak.
Salah satu permainan yang menjadi perhatian ibu ayah semasa anak masih kecil adalah play gym. Ia merupakan permulaan aktiviti yang baik untuk merangsang minda anak yang masih kecil.
Apa itu Play Gym
Play gym merupakan ruang permainan yang menyediakan pelapik kain yang berwarna terang dan lembut dengan beberapa mainan yang menjuntai di atas kepala bayi. Mainan yang ada di play gym bervariasi. Ia dilengkapi lampu plastik, cermin, piano kecil, kerincingan, dan sebagainya.
Bila waktu yang sesuai untuk bayi
Play gym sesuai untuk bayi yang berusia tiga bulan ke atas. Ia adalah waktu paling sesuai untuk bayi menggunakan play gym kerana ketika ini bayi semakin aktif menggerakan tangan dan mata. Bahkan bayi akan berusaha meraih dan menggenggam mainan yang menjuntai atas kepalanya.
Ads
Ciri-Ciri Play Gym Mesti Tahu
1.Merangsang penglihatan bayi
Bayi yang baru berusia beberapa hari hanya boleh melihat dari jarak dekat. Seterusnya ketika berusia sekitar dua hingga tiga bulan, bayi mampu mengalihkan pandangan atau fokus dari satu objek ke objek lain yang berjarak sekitar 20 cm dari mereka.
Mereka juga tertarik pada warna kontras yang cerah. Mainan dan gambar berwarna cerah dan kontras di play gym akan membantu meningkatkan dan merangsang deria penglihatan bayi.
2.Meningkatkan perkembangan kognitif
Mainan yang digantung pada play gym sengaja dirancang untuk merangsang imaginasi bayi. Sementara, bunyi, bentuk, warna dan tekstur juga bantu merangsang perkembangan mental dan kognitif pada bayi.
Lebih menarik susunan permainan yang teratur play gym membantu bayi mengenali warna dan tekstur yang berbeza. Beberapa play gym turut dilengkapi cermin sehingga bayi dapat melihat wajahnya sendiri dan mengenali dirinya sendiri. Semua ini dapat membantu bayi mempercepat mengenali diri dan perkembangan mentalnya.
Ads
3.Rangsangan minda
Permainan yang berkaitan dengan deria seperti ply gym dapat membantu dalam merangsang otak bayi anda. Permukaan dan tekstur yang pelbagai dapat merangsang deria bayi anda di samping mengasah kemahiran mereka dalam mengenal pasti dan berfikir.
Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh Slamet Suyanto (2019), walaupun sel saraf otak bayi tidak bertambah seperti perkembangan fizikal mereka, tetapi pembentukan mielin dan hubungan antara sel saraf masih berterusan.
Oleh itu, kajian ini mencadangkan ibu bapa untuk melakukan aktiviti ataupun bermain dengan bayi anda supaya hubungan antara sel saraf akan makin bertambah kerana ia dapat membantu dalam meningkatkan kecerdasan otak anak anda.
4.Meningkatkan kemahirang motor halus
Ads
Bermain dengan play gym dapat membantu bayi mengembangkan kemahiran motor halus. . Mainan yang menjuntai dari play gym mendorong bayi untuk meraih dan menggenggamnya.
Bahkan, aktiviti kepada permainan cermin plastik yang memantulkan wajah bayi atau bunyi permainan, akan membuatkan bayi mula menendang-nendang kakinya. Gerakan seperti meraih, menendang, dan menggenggam membantu perkembangan otot di sekitar kaki, lengan, leher, dan perut.
Jadi, buat ibu ayah yang risau bimbang tersalah pilih
Permainan Simple Dimple Activity Playgym adalah alat bantu yang dapat membantu merangsang bayi anda.
Berikut ciri-ciri yang ada pada Simple Dimple Activity Playgym untuk perkembangan bayi anda
Sejak lahir dan ke atas.
Bantal kecil yang ‘cute’
Permainan interaktif & aktiviti seperti mainan squeaker toy, soft rattle, rattle keys dan cermin kecil.
Permainan asas yang mesti ada untuk bayi yang sedang membesar. Aktiviti playgym akan membuatkan bayi sibuk selama berjam-jam.
Sangat sesuai untuk merangsang koordinasi tangan mata bayi, perkembangan deria, imaginasi, penerokaan, tumpuan dan kemahiran menyelesaikan masalah.
Merangsang perkembangan otak bayi melalui permainan yang menyeronokkan
Tiada bahan toksik & memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa.
Anggaran Saiz : 90D cm
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramai yang terkesan akibat pandemik hingga menjejaskan sumber kewangan. Jalan terakhir adalah menggunakan simpanan yang ada untuk kesinambungan hidup.
Menyedari akan kesukaran ini, urusan pengeluaran wang dipermudahkan secara online bagi penyimpanan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
Sebenarnya ia sudah tersedia di Aplikasi Mudah Alih myASNB bermula 27 April 2020. Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.
Jadi kita tidak perlu lagi beratur di kaunter atau pejabat pos untuk keluarkan duit. Hanya buat secara online sahaja. Tidak perlu dah bersesak dengan orang ramai di bank.
Merujuk kepada website MyASNB jumlah pengeluaran telah dinaikan kepada RM1000 sebulan (sebelum ini had sebulan RM500).
Seterusnya ikuti perkongsian Nabilah Fairuz tentang cara keluarkan duit ASB online melalui Portal ASNB.
Lihat langkah-langkah keluarkan duit asb online di bawah:
Daftar sebagai pengguna jika anda pertama kali menggunakan Portal myASNB ini.
Tekan DAFTAR & isikan maklumat pengguna
Login seperti biasa bila dah daftar. Masukkan ID & KATA LALUAN.
Klik pada menu PORTFOLIO
Klik pada butang TRANSAKSI (rujuk gambar di bawah)
Pilih pada JUALAN BALIK
Baca & fahamkan notis PENGISYTIHARAN.
Masukkan jumlah berapa RM yang anda ingin keluarkan duit ASB.
Tandakan ✓ pada kotak Pengesahan.
Tekan pada butang TERUSKAN
Klik PERMINTAAN TAC & anda akan menerima SMS dengan nombor TAC.
Masukkan nombor TAC yang anda terima itu.
Pengesahan transaksi yang berjaya akan dipaparkan di skrin.
Jumlah wang yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 2-3 hari bekerja.
selesai!
NOTA: Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri anda.
*Rujuk langkah bergambar di bawah:
Maklumat Tambahan Tentang Pengeluaran ASB Online Had Pengeluaran ASB Online
Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM100 sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.
Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.
*Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB.
Waktu Urusniaga
Sama seperti waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:
Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang, waktu tempatan
Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang, waktu tempatan
Baca juga : Cara Buat Permohonan Pindaan Amaun i-Sinar KWSP
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang pengeluaran ASB online atau cara keluarkan duit ASB di bank dan kaunter, sila rujuk laman web rasmi myASNB dan baca Soalan Lazim (FAQ) di SINI.
Keluarga: Bagaimana dengan adanya kemudahan ini, orang ramai dingatkan supaya kekal menabung untuk masa hadapan. Pengeluaran ini adalah untuk keperluan waktu terdesak.
Sumber: Fairuz Nabilah & www.asnb.com.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asyik melihat HP tanpa hiraukan anak yang meminta perhatian? Malah ada yang sanggup memarahi apabila diganggu. Tidak hanya di rumah, bahkan di luar ketika makan bersama keluarga atau teman, tangan galak memicit-micit mahu menumpukan perhatian pada Hp.
Situasi ini bukan perkara baru malah ia adalah gambaran masyarakat sekarang yang hidup bertuankan Hp. Sehinggakan ada yang mengabaikan anak keluarga.
Di dalam satu perkongsian, Ebit Lew bercerita mengenai kisah yang pernah berlaku ketika dalam satu seminar yang beliau kendalikan sebelum ini. Semoga kisah ini menjadi teladan buat kita semua.
Semasa keluarga sunnah soalan paling banyak dari wanita dan ramai mereka menangis bertanya bagaimana nak tarik perhatian suami supaya suami tidak sibuk tengok whassap dan hp jer? 7pagi keluar rumah balik 7 petang. Tengok hp 8mlm sampai 2 pagi. Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam.
Sampai rumah pegang phone
Sampai rumah sibuk pegang hp. Lepas tu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. Asyik mengadap phone jer. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur. Suami main gadget
Takde langusung bantu kerja rumah. Takde langsung nak gurau-gurau dengan anak. Isteri macam orang gaji. Tidak dibelai,disayangi dan diberi perhatian..
Betapa hebat wanita seperti ini. Wanita bila diambil diakad nikah mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati..ya Allah bantulah wanita yang diuji begini.
Buat suami dan diri saya sendiri. Fikirkanlah isteri berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka. Beli buku hadis di kedai dan baca bersama isteri dan anak-anak. Al-Quran dan Hadis membuat hidup keluarga kita tenang..rumah kita menjadi seperti Bintang yang bercahaya disisi pe ghuni langit.
Suapkan isteri dan anak
Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali. Suapkan isteri dan anak-anak.. Berkasih sayang semasa makan. Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi saw ajar makan berjemaah. Hati jadi rapat. Makan dan rasa air tangan satu sama lain. Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga.
Beli beg, masa bersama keluarga ambil semua hp simpan dalam beg manggakan. Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga..Allah merahmati keluarga berkasih sayang. Allah beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur.
Masa berharga bersama keluarga
Waktu Maghrib beli kain kapan balut tv sampai 9.30mlm. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Itu masa berharga bersama keluarga. Prime time bukan untuk tv tapi untuk kenal Allah dan Nabi saw kepada ahli keluarga melalui Ta’lim dan Majlis ilmu.
Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong. Semua orang soleh rajin dan suka memasak. Suka cuci tandas. Suka khidmat. Suka khidmat anak-anak. Suka mudahkan urusan isteri. Suka dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan pula isteri kita..sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak.
Malam-malam tidurkan anak-anak dengan cerita-cerita Nabi saw sahabat rhum dan kisah teladan.
Menangis depan Allah
Setelah itu belai isteri. Picit dan peluk mereka dan ucap i love u sayang. Terima kasih jadi isteri tercinta. Yang setiap hari berkorban. Seorang ketua tidak akan tidur sehingga memastikan semua ahli keluarganya dengan lena..
Pastikan semua selamat. Baru tidur dan bangun awal berdoa bersyukur atas nikmat keluarga ini. Menangis depan Allah. Adukan kegembiraan, kesedihan, kesusahan kepada Allah. Kemudian kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kuramg 2 rakaat dan Solat subuh awal waktu-ebit lew & Airis HayFarayqal di Matrade KeluargaSunnah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mak ayah dah bawa anak-anak pergi periksa gigi? Kalau belum cepat-cepatlah bawa. Tak perlu tunggu gigi banyak tumbuh baru bawa. Dah boleh bawa check gigi seawal gigi pertama tumbuh lagi.
Gigi yang sihat warna putih susu. Permukaannya licin. Ruang antara gigi itu normal untuk tumbesaran gigi kekal nanti.
Tompok putih itu tanda awal gigi susu nak rosak. Lapisan enamel menipis. Biasanya terdapat di kawasan berdekatan gusi. Dalam keadaan tertentu, tompok putih ini boleh hilang dengan penggunaan flourida. Kalau tompok putih ini dibiarkan, akan menjadi kuning dan coklat.
Tompok kuning atau coklat tanda gigi sudah berlubang. Kawasan sekeliling tompok kuning/coklat akan menjadi semakin rapuh. Wajib jumpa doktor gigi dah!! Jangan biarkan.
Peringkat karies teruk boleh membahayakan anak-anak. Gusi bengkak. Muka bengkak kalau dibiarkan. Boleh juga menyebabkan gigi dicabut awal.
Sumber: Iqbal Rosali
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di