Mencari cara untuk mastikan pokok mulberry yang ditanam di laman rumah agar tidak meninggi dan rendang berbuah, ada trik yang perlu dilakukan.
Ini dikongsikan oleh Puan Siti Saja, dan bolehlah dipraktikkan bagi anda yang ada menanam pokok mulberry. Jom semak.
Lagi… lagi… mulbery. Jangan pernah jemu dengan post mengenai mulbery ya. Kali ini akak nak bagi tips jika tanam mulbery di atas tanah.
Untuk pengetahuan pokok mulbery akak ni baru berusia 4 tahun. Pangkal batang pun baru sebesar tangan akak ni.
Begini caranya.
Ads
Mula-mula tanamkan tiang-tiang kayu di sekeliling pokok. Akak tanam 10 batang tiang kayu. Ukuran garis pusat bulatan tiang yang dah ditanam lebih kurang 10 kaki.
Kaedah ini memerlukan ruang yang agak luas untuk membentuk kanopi pokok supaya cantik bulatnya.
Kemudian lenturkan dahan-dahan yang agak besar dan panjang… ikat pada tiang. Ketinggian boleh dilaraskan mengikut keselesaan. Akak ikat dalam kedudukan lebih kurang 4 kaki tinggi dari tanah.
Ads
Seterusnya dahan-dahan yang lebih kecil selit-selit dan anyam sesama sendiri. Ikat pada dahan utama jika perlu.
Setelah selesai kita akan dapat kanopi pokok berbentuk bulat dan tidaklah terlalu tinggi… masih di dalam jangkauan tangan.
Ads
Ketinggian itu perlu ya supaya kita tak memanjat tangga untuk proses meluruhkan dedaun atau ketika memetik buah kelak. Kanopi pokok akak berketinggian antara 4 ke 6 kaki.
Akhir sekali bolehlah lakukan proses mencantas pucuk dan meluruhkan daun seperti dalam post akak yang terdahulu.
Semoga memberi manafaat pada semua.
sumber : Siti Saja via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kasihnya pada ibu cukup terserlah baik dari perbuatan mahupun pertuturan. Biar sudah mendirikan rumah tangga, namun Hero Malaya ini tetap anak mak. Sepanjang menjalankan sesi penggambaran untuk penghias muka depan majalah, tampak suami kesayangan Nur Fazura ini sangat lembut dan ikhlas melayan ibunya.
Sesekali wajah disandarkan pada riba ‘syurga’ kecilnya itu buat melepaskan penat sambil mengusik sehingga ketawa sang ibu. Tampak bahagia dan penuh kasih sayang ibu dan anak ini. Sejuk perut ibu mengandungkan lelaki bernama Fattah Amin ini.
Gandingan ibu dan anak ini pertama kali diadakan oleh Majalah Keluarga. Biar sibuk dengan penggambaran Filem Mat Kilau dan terpaksa bergegas pulang dari Perak, namun Fattah memberikan kerjasama yang cukup baik.
Ibu Sumber Inspirasi
Wanita terindah bernama Azizah Binti Abdul Ghani inilah yang menjadi tulang belakang dan pembakar semangat kepada Fattah Amin. Biar dicerca dan dikutuk dengan kata-kata kesat, namun ibu tetap berada teguh di belakangnya dan itulah yang menjadi sumber inspirasi buat Fattah yang memiliki senyuman manis persis ibunya.
“Ibu sangat istimewa di hati saya. Walaupun saban tahun ada sambutan Hari Ibu, namun pada saya segala penghargaan dan hadiah tidak mampu membalas segala pengorbanan seorang ibu. Dia adalah syurga saya, tanpa doa dan kasih sayang ibu, saya takkan sampai ke tahap ini.
“Pengorbanan seorang ibu semua orang akan nampak, melahirkan mengandungkan dan membesarkan dari kecil sampai besar, Ibu seorang wanita yang tak pernah rasa beban terhadap anak, takkan pernah rasa susah dan kami adik- beradik takkan mampu balas.
“Cuma kami adik-beradik akan tetap meraikan ibu, baik keluar makan atau membeli hadiah setiap kali tibanya Hari Ibu. Walaupun saya sudah berkahwin tapi bakti ibu bapa masih saya mahu balas. Tidak sekadar dengan wang ringgit semata-mata. Tetapi perhatian dan kasih sayang seorang anak itu yang lebih ditagihkan oleh semua ibu bapa.
Penyayang Tapi Tegas
Dari kaca mata seorang ibu, Abdul Fattah Bin Mohd Amin anak sulung dari lima beradik ini sangat penyayang tetapi tegas orangnya.
“Nampak sahaja dia lembut tetapi dengan adik –beradik dia sangat ambil berat dan tegas. Ke mana sahaja adik-adiknya nak pergi atau buat dia akan ambil tahu. Walaupun sekarang sudah berkahwin, namun tidak melupakan tanggungjawab sebagai abang sulung. Boleh dikatakan tiada perubahan baik sebelum mahupun selepas kahwin.
“Malah, sehingga kini walaupun dia sudah terkenal dalam bidang seni, namun sikap Fattah tetap sama. Itu yang saya dan suami terapkan kepada anak-anak sejak dahulu lagi. Kena selalu humble dan jangan lupa diri. Jujur saya akui, saya dan suami sejak dahulu lagi sangat menitik beratkan akan soal agama yang lebih. Jaga solat, kelakuan dan sebagainya. Bab agama memang ayah yang akan tekankan manakala sebagai ibu saya lebih kepada bab akademik.
“Sebagai ibu, apabila anak-anak berkongsi impian dan kerjaya yang ingin mereka ceburi, sebagai ibu bapa kita hanya mampu mendoakan dan berharap kejayaan sentiasa mengiringi mereka. Walaupun Fattah memilih bidang seni, tetapi saya dan suami tidak membangkang kerana dari awal lagi kami sudah nampak minatnya ke arah bidang tersebut.
“Sebagai ibu bohonglah andai kata tak terasa dengan apa jua cercaan yang diterima Fattah, lebih-lebih lagi hanya dia seorang yang terjebak dengan bidang ini. Tetapi saya tidak kisah dan faham akan kedudukan kerjayanya.
“Lagipun dari awal saya memang tidak campur tangan dan tidak meletakkan sebarang syarat. Terpulang bagaimana dia membawa diri asalkan bijak menjaga diri,”ujar Azizah lagi yang tidak suka masuk campur akan kehidupan anak-anak sebaliknya sekadar memberi nasihat.
Fazura Menantu ‘humble’
Diminta pandangan dari mata seorang ibu, akui Azizah sifat humble dan kelembutan yang ada pada diri menantunya sulungnya, Fazura yang cukup memikat hatinya.
“Kalau diikutkan saya tak pernah mengenali Fazura sebelum ini kerana tidak mengikuti perjalanan seninya. Walaupun Fazura datang dari kehidupan yang glamor tetapi itu pada saya kerjaya dia. Di luar dia berbeza namun sifatnya tetap sama. Humble, hormat orang tua dan mudah mesra. Fazura ‘boleh masuk’ dengan keluarga kami, boleh makan sama dan bertepuk tampar. Itu yang membuatkan keluarga mudah serasi dengannya.
“Sebagai ibu, saya merestui apa pilihan anak-anak. Bab cucu pada saya mereka masih baru lagi berkahwin. Terpulang kepada mereka bagaimana untuk mencorakkan rumah tangga sendiri. Cuma sebagai ibu, saya berharap mereka boleh mendidik anak-anak kelak dengan baik. Lebihkan soal agama, mengaji dan belajar apa yang orang biasa lakukan,”ujar Azizah lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas perkenalan selama 10 tahun, akhirnya pada tanggal 21 Februari 2016, pasangan sama cantik sama padan ini, Anzalna Nasir dan Hanif Zaki mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
Karakter keibuan Anzalna terserlah terutamanya ketika melayani anak-anak saudara kembarnya, Anggun Darleesa dan Anggun Darleena yang juga anak kepada kakaknya, Diana Nasir.
Melihat caranya melayani kaletah kedua-dua puteri comel ini menunjukkan yang dia tidak sabar untuk memiliki zuriat sendiri. Akhirnya tiga tahun menanti, pasangan yang baru menyambut ulang tahun perkahwinan yang ketiga pada Februari lalu bersyukur, penantian menimang cahaya mata sendiri akhirnya dimakbulkan oleh Yang Maha Esa.
Dalam pada itu, menerusi laman instagram milik anak sulungnya, Mohamad Eidrees turut berkongsi perjalanan ibu dan ayahnya sebelum memiliki zuriat pertama.
Memiliki anak istimewa bukanlah semudah yang disangkakan. Bagi ibu kepada 3 anak autisme ini, layanan diberikan tetap sama dan dia tidak mahu memanjakan anak-anaknya itu.
Sebaliknya mereka diberi tugas dan tanggung jawab untuk melakukan kerja rumah bagi membolehkan mereka berdikari kelak tanpa mengharapkan bantuan orang lain.
Namun, ada yang menganggap cara ibu ini agak kejam dan mempergunakan anak-anaknya untuk melakukan kerja rumah. Ibu bernama Karinda Warsito baru-baru ini adalah memuat naik luahan hatinya atas kecaman orang terhadapnya. Rupanya ada sebab kenapa ibu tabah ini mengajar anak-anaknya berdikari.
Ade orang kata saya ni emak kejam. Sebab saya suruh 3 orang anak autisme sayarutin buat keje rumah.. Ade vacum rumah.. Ade mop dan basuh pinggan, cawan, mangkuk.. Ade basuh baju, kasut, stocking.. Kadang tu ajar dia orang masak. Habis tu emak dia seronoklah ye tak buat kerja apa. Cukup kerah anak.
Saye ni bukan CEO.. Jauh sekali dari ada ASB ribu-ribu ringgit.. Saye ni sedar diri hanya marhaen sahaja. Kelak bila tuhan panggil, saya tak dapat wariskan harta dan duit ringgit untuk bayar orang tolong jaga 3 anak autisme saya.
Sebab tu saya tak push mereka dengan akademik. Saya push dan disiplinkan dia orang dengan kemahiran hidup dan urus diri. At least depa ni boleh mandiri.. Boleh uruskan diri sendiri. Boleh bekerja sara diri. Walau kerja cleaner ke. Store keeper ke. Meniaga ke paling tak mereka boleh sara diri sendiri tak menyusahkan orang lain tak tergantung pada sapa-sapa.
Tak menggunakan OKU depa untuk belas kasihan. Tak di gunakan orang lain sebab depa OKU. Kalau boleh berjaya jadi hebat itu bonus. At least kelak bila Allah panggil saya cabut nyawa saya boleh tenang sebab tau depa ni elok dan baik sebab boleh jaga diri. #sayabukanibusempurna