Popia Carbonara, Makan Satu Tak Akan Pernah Cukup. Ni Resipinya!

Share
Tercari-cari menu minum petang yang mudah disediakan dan enak dimakan, mungkin boleh mencuba untuk menyediakan Popia Carbonara ini. Ranggup di luar dan bila digigit di dalamnya begitu terasa.
Untuk itu, dikongsikan resipi untuk dicuba.

1 biji bawang besar potong dadu
Isi ayam dalam 200-300g atau ikut suka nak banyak mana (cincangkan)
Sosej 4-5 batang
1 tin Carbonara cendawan prego (tengok gambar)
Butter 3 sudu besar
Lada hitam 1 sudu besar (tumbuk bagi halus)
Gula 1 sudu besar
Cheese 1 keping

Cara:
1. Cairkan dan panaskan butter
2. Tumis bawang besar
3. Masukkan isi ayam. Tumis sampai masak lepas tu masukkan sosej. Masukkan carbonara prego dan 1 sudu besar gula (bagi balance rasa masin). Takyah letak garam sebab sos & cheese tu dah masin.

4.Masukkan lada hitam tumbuk. Last masukkan cheese. Masak bagi pekat. Takyah letak air atau susu. Just nice sedap & lemaknya.


5. Siap inti, sejukkan dulu baru gulung dalam kulit popia. Nak letak cheese pun boleh. Lekatkan elok-elok popia, boleh guna tepung gandum yg dah dilarutkan dgn air

Tips menggoreng : Popia kena sejuk bekukan dulu, baru goreng. Masukkan dalam tempat beku tu sekejap. Ni untuk elakkan inti meletus/meleleh time goreng.

Resepi ni dapat dalam 22-25 batang popia. Ikut banyak mana sukatan inti masa nak gulung tu ya..

Kredit : AJ Rahayu via MAHN

IKLAN