Orang selalu cakap, kalau nak buat apa-apa pun biarlah kerana minat. Barulah apa yang dilakukan memberi kepuasan pada diri.
Ini jugalah yang dipegang oleh Puan Siti Hajar sehinggakan hobinya itu kini mampu menjana pendapatan untuk seisi keluarganya.
Ini perkongsiannya.
Bermula dengan hobi pada tahun 2017 (start dengan 5 bongkah sahaja, kemudian jadi 50..100..dan kini 1000 bongkah.. kemudian saya sertai beberapa kursus cendawan untuk belajar buat bongkah sendiri.
Cendawan ini di tanam di laman rumah (Ada Dua rumah cendawan) 1 untuk rumah penyediaan, 1 lagi untuk rumah hasil.
Ads
Jika ingin diimbas, macam mana boleh terfikir nak buat projek tanaman cendawan ni, sebenarnya saya memang sudah lama berminat dalam bidang pertanian ni…
Macam-macam saya suka tanam. Contohnya pokok kucai, sawi..tapi bila tanam cendawan, dapat banyak permintaan dari kawan-kawan dan jiran tetangga.. so saya mula belajar tentang tanaman cendawan dengan lebih serius.
Ads
Bercerita tentang hasil tuanian untuk 1000 bongkah ni saya dapat lebih kurang RM500-RM700 untuk sekali tuaian cendawan bergantung pada penjagaan kita (1 bongkah cendawan boleh hasilkan 4-5 kali pengeluaran cendawan)
Ibu saya Che Su binti Rejab (69tahun) dan suami saya fauzi bin muhamad (31 tahun) banyak membantu dalam projek tanaman ni.
Ads
Di sini saya juga ingin saya berkongsi tip untuk surirumah yang nak cuba menanam cendawan ni. Ianya tidaklah susah mana pun tapi apa yang penting perlu rajin & ada minat.. untuk penanaman cendawan.. perlu ada ilmu tentangnya..kerana cendawan sejenis tanaman yang sensitif.. Salah penjagaan…boleh rosak semua.. rugi nanti
Sumber : Siti Hajar Md Said via Kebun Sayur, Bunga Dan Buah-Buahan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dia telah diberikan segalanya oleh ALLAH, namun di saat kehilangan ayahnya barulah sedar dia tidak pandai mengaji.
Pelakon dan juga usahawan, Datuk Rosyam Nor memberitahu, selama berpuluh-puluh tahun dia meninggalkan Al-Quran sehinggalah pada usia 45 tahun hatinya terbuka untuk mendekati kitab suci umat Islam itu.
Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, berkata, pada usia berkenaan dia mengambil langkah belajar dari mula iaitu ‘iqra’ sehinggalah akhirnya dia pandai mengaji.
“Jauh di sudut hati saya ada satu perkatra yang menakutkan saya kerana tak pandai baca al-quran. Arwah bapa meninggal dunia di depan mata saya, tetapi saya rasa terhina sekali kerana tak boleh mengaji.
“Ketika ini saya rasa seorang Rosyam Nor tertunduk malu dan sedih sebab tidak tahu mengaji. Saya terduduk menangis. Saya teringin nak membacakan Al-Quran buat ayah saya. Saya sangat sayangkan ayah dan mak saya. Kami orang susah dahulu tinggal bersama dekat estet ladang dan kami tidak pandai.
Tambah Datuk Rosyam lagi, apabila menjadi imam di rumah, anak-anaknya tahu surah apa dia akan baca.
Terlalu lama memasang angan-angan untuk belajar mengaji, akhirnya hidayah buatnya hadir melalui seorang ustaz.
“Semasa penggambaran itu, ada seorang insan muncul dan pada awalnya saya anggap beliau hanya seorang peminat biasa. Ketika itu, saya mengaku tidak pandai mengaji dan meminta ustaz tersebut mengajarnya.
‘Saya jemput ustaz datang ajar saya. Hari-hari saya belajar. Umur 45 tahun saya khatam Al-Quran, sewaktu itu 10 hari akhir Ramadhan. Ya Allah indahnya ustaz. Saya usaha setiap tahun untuk khatam Al-Quran. Dulu-dulu kami sekeluarga agak jauh dari agama.”
“Tapi dengan satu syarat, jangan beritahu orang lain, sebab saya malu. Ini masalah paling besar bila dah tua.Tapi jangan kita malu. Alhamdulilah, saya mula belajar mengaji mula dengan alif, ba, ta,” katanya.
Tambahnya lagi, maknya sempat pergi mengerjakan haji. Boleh mengaji dan keluarga beliau semuanya berhijrah. Paling sebak kisah isterinya mula bertudung. Anak perempuannya 5 orang semuanya dia menasihati;
“Wahai anak ayah, ayah dulu banyak buat salah. Ayah minta anak ayah tolonglah ayah. Tolonglah ayah jadi anak baik.”
Dengan kasih sayang beliau memimpin isteri dan anak-anaknya semua. Subhanallah, katanya rahsia semua ini adalah doa daripada ibu ayah;
“Saya sudah hilang satu doa. Kini tinggal satu lagi doa daripada ibu saya. Saya beri dia duit sentiasa dan minta beliau sedekah banyak-banyak. Saya usaha sedekah dan niat Allah luaskan kubur dan hadiahkan syurga Firdaus buat ayah saya.”
Datuk Rosyam Nor yang juga merupakan Ikon Rumah Ngaji mengakui hanya menghafal tiga surah iaitu al-Fatihah, an-Nas dan al-Ikhlas. Walaupun usia sudah lanjut namun Dtauk Rosyam bangga, akhirnya berjaya khatam al-Quran di hadapan Kaabah.
Sumber: Sinar Harian & Ustaz Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kehidupan sebagai anak kampung tidak melunturkan semangat anak muda ini untuk berjaya. Daripada seorang pengembala kambing, dia kini mampu tersenyum bangga apabila bergelar graduan kelas pertama universiti di United Kingdom (UK).
Biarpun berasal dari keluarga yang sederhana, dia berjaya melanjutkan pengajian ke luar negara dan mencipta kejayaan manis. Itulah perjalanan hidup Muhammad Afiq Ismail, 23, sebelum menamatkan pengajian jurusan Perakaunan dan Kewangan, University of Essex, London.
Anak jati Kampung Batu Mengkebang, Kuala Krai, Kelantan itu bukan sahaja menyebabkan ibu bapanya menitiskan air mata kegembiraan, malah mengharumkan nama kampung kerana kejayaan meraih kelas pertama.
Muhammad Afiq yang merupakan anak kedua daripada dua beradik itu menceritakan bagaimana dia menghabiskan masa di kebun sebaik tamat persekolahan atau ketika cuti.
“Ayah kerja sendiri dan sewaktu kecil, saya membantu ayah berniaga di kedai runcit. Kami ke pasar membeli ikan, sayur dan sebagainya untuk dijual.
“Malah, saya membantu ayah mengangkat getah untuk dijual. Habis baju berbau getah, namun sedikit tidak risau kerana semangat untuk membantu keluarga.
“Hanya saya yang ada dan boleh membantu ayah kerana abang, Muhammad Isyraff, 26, pula orang kurang upaya (OKU). Dia lahir normal tapi selepas tiga tahun kakinya sakit.
“Doktor terpaksa bedah, namun ada kesan lain menyebabkan dia tidak boleh berjalan lama. Kakinya menjadi tidak kuat,”jelas Muhammad Afiq lagi yang mula tular apabila rakan universitinya, Khairul Aiman Hamdan memuat naik kisahnya di facebook.
Antara status dimuat naik dalam FB ialah: “Dan seperti biasa, aku suka untuk tahu latar belakang serta kisah anak Malaysia yang belajar di luar negara. Semua orang ada kisah sendiri. Tambahan kisah-kisah inilah, yang buatkan hidup ini menarik. Ini mungkin cerita biasa bagi kalian, tapi bagi aku, kisah ini istimewa. Perlu aku kongsikan kisah anak muda ini dengan kalian.
“Afiq, budak Kuala Krai dari Kampung Batu Mengkebang adalah legenda hidup yang aku bertuah dapat kenali. Umum, mungkin kerana aku asal bandar, bila dimomok cerita anak kampung berjaya ke menara gading atau berjaya dalam hidup adalah satu cerita klise. Mungkin selama ini aku sendiri tak pernah jumpa, maka penyebab aku tak pandang sebelah mata.
“Dari tarik kelapa sawit, jaga kambing, hingga bawak lori, hari ini, anak itu pegang Ijazah paling berharga. Graduan kelas pertama, kursus Perakaunan dan Kewangan, University of Essex. Balasan buat ayah ibu. Aku tumpang bangga.”
Menurutnya, dia sentiasa berpegang teguh nasihat diberikan kedua ibu bapanya setiap kali melangkah ke universiti.
“Ayah pernah cakap, biar kita orang kampung asalkan berjaya. Tapi jangan lupa asal usul kita. Jangan lupa pengorbanan ibu ayah, orang kampung. Yang paling penting, jangan lupa Allah, solat jangan tinggal.
“Saya sentiasa percaya pada diri sendiri serta ibu bapa. Emak selalu puasa bila tahu saya hendak menduduki peperiksaan,” katanya.
Katanya, dia pernah bersekolah pondok sebelum memasuki sekolah swasta ketika di tingkatan 1.
“Selepas PMR (Penilaian Menengah Rendah), saya kena keluar sekolah itu, sebab keputusan saya tidak mencapai tahap minimum.
“Dari situlah saya mula belajar bersungguh-sungguh. Alhamdulillah saya berjaya menamatkan pengajian,” katanya.
Difahamkan, kebanyakan ternakan dijaganya sebelum ini sudah dijual kerana tidak sesiapa untuk menjaganya.
Hafiz Suip kembali bergelar suami dalam satu majlis selepas solat Jumaat. Penyanyi terkenal itu meluahkan rasa syukur dan teruja memulakan fasa baharu dalam kehidupannya.