Puding Roti Yummy Yang Simple Caranya Tapi Memikat Selera. Sedap Dimakan Panas-Panas. Memang Padu!

Share

Menyediakan hidangan buat keluarga adakalanya memeningkan kepala ibu-ibu kan. terutama sekali waktu sekarang bila mana anak-anak tak sekolah.

Jadi admin cadangkan untuk ibu-ibu cuba resipi yang satu ni. Simple cara buatnya dan bahan pun tak susah. Yang penting enak untuk seisi keluarga. Jom cuba.

Yummy & Gooey Bread Pudding – by emmathyque you all

Bahan-bahan
4kpg – Roti Sandwich di dadu kecik2
2cup – Susu Segar rendah lemak
3tbs – Gula Perang
1tsp – Vanilla
2bjk – Telor (Eggs)
Optional:-
1kpg – Cheese di potong kecik2
2tbs – Chocolate Chip
3 cawan atau mangkok tahan panas
Cara membuat-
1- Susun kan 1/2 saja dulu Roti yang di dadu kedalam cawan dan taburkan dengan sedikit Chocolate chips dan ketepikan dahulu.
2- Whiskkan Telor dan gula perang sehingga sebati.
3- Masukkan Vanila + Susu Segar dan whisk kan lagi sehingga sebati.
4- Tuangkan campuran Susu kedalam Cawan Roti dan masukkan 1/2 lagi roti dan tuangkan sehingga penuh Susu Mixture (macam dalam pic.)
5- Taburkan dengan Chocolate Chips dan Cheese parut/potong.

6- Susun kan Cawan kedalam dulang dan tuangkan sedikit air panas kedalam dulang (method waterbath).
7- Bake kan selama 20-25 minutes pada suhu 180-190’C atau ikut panas Oven.

NOTE:- Gooey Bread Pudding ni sedap dimakan PANAS2. Manis ikut masing2 Gula Perang bolih ditukarkan kepada Gula Halus. Gunakan Cawan dan Sudu sukatan Metrik.
Selamat mencuba ….

Sumber resipi: Sarri Maria

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN