Sambutan Tahun Baru Cina ini tentu sahaja ramai antara kita ingin mengambil kesempatan untuk bercuti panjang sama ada pulang ke kampung atau melancong ke destinasi menarik bersama keluarga tercinta.
Selain keterujaan untuk bercuti, jangan pula kita abaikan keselamatan kenderaan yang bakal dipandu sepanjang meredah perjalanan panjang untuk ke destinasi dituju. Sebaiknya buatlah pemeriksaan kenderaan tersebut.
Jadi sebenarnya anda masih ada masa untuk berbuat demikian!
Apatah lagi bila PUSPAKOM ada menawarkan hadiah istimewa untuk pelanggannya. Jadi jangan tunggu lagi, jom ke sana!
Ads
PUSPAKOM melancarkan kempen Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma sempena Tahun Baru Cina sambil memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah lumayan sepanjang tempoh kempen bermula hari ini hingga 20 Januari 2023.
Dengan tanda pagar #drivesafenoregrets PUSPAKOM ingin mengingatkan orang ramai khususnya pemilik kenderaan persendirian yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut Tahun Baru Cina supaya memastikan kenderaan mereka berada di tahap kondisi yang terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Orang ramai boleh mendapatkan Pemeriksaan Kenderaan Secara Sukarela atau dengan nama singkatan VVI (Voluntary Vehicle Inspection) secara percuma ini di mana-mana cawangan PUSPAKOM seluruh negara (kecuali cawangan Taman Bukit Maluri, Shah Alam dan Pasir Gudang) dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang dengan membuat janji temu di www.mypuspakom.com.my atau aplikasi mudah alih MyPUSPAKOM.
Ads
Demi kemudahan orang ramai, PUSPAKOM turut mengerah Unit Pemeriksaan Bergerak bagi menawarkan pemeriksaan kenderaan percuma kepada orang ramai di beberapa lokasi terpilih seperti berikut:
NO
TEMPAT
TARIKH
MASA
1
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi
12 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
2
Lotus’s cawangan Kepong
14 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
3
Wisma DRB-HICOM
16 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
4
Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak
17 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
5
Lebuh Ayer Keroh, Melaka (Berdekatan pintu gerbang, Ayer Keroh)
19 Januari 2023
9.00 pagi – 4.00 petang
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mohammed Shukor Ismail, ”Kempen VVI percuma ini bertujuan membantu orang ramai mendapat maklumat tentang kondisi kenderaan mereka melalui pemeriksaan kenderaan menggunakan peralatan berkomputer supaya mereka dapat melakukan penyelenggaraan yang sewajarnya sebelum pulang ke kampung halaman sempena Tahun Baharu Cina”.
Ads
”PUSPAKOM amat menitikberatkan kepentingan keselamatan kenderaan dan menjadikan pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai tanggungjawab korporat kami sebagai badan pemeriksaan kenderaan yang dilantik kerajaan. PUSPAKOM juga berhasrat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan kenderaan melalui pemeriksaan terutamanya ketika musim perayaan yang kebanyakan pemilik kenderaan melakukan perjalanan jauh”, ujar Shukor.
”Berlainan dengan pemeriksaan kenderaan yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat. VVI PUSPAKOM melibatkan 25 item pemeriksaan yang menggunakan alatan berkomputer yang dikalibrasi setaraf dengan alatan yang digunakan oleh negara maju seperti Perancis, Belgium dan Sepanyol yang mengikut standard piawaian antarabangsa. Pemeriksaan ini lebih tertumpu kepada aspek keselamatan iaitu melibatkan pemeriksaan brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bawah dan atas kenderaan, cermin gelap dan lain-lain lagi”, kata Shukor lagi.
Untuk maklumat lanjut dengan Pemeriksaan Kenderaan Sukarela Secara Percuma ini dan cara memenangi hadiah, sila layari Facebook PUSPAKOM Sdn Bhd.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Teringin nak ada dapur yang cantik, kemas dan selesa untuk meletakkan barang serta memasak. Mungkin ini cara yang sesuai yang boleh direalisasikan oleh ibu-ibu sekalian.
Idea kreatif sang suami ini buat isterinya dengan membuat dapur open concept ternyata cukup menarik dan memberikan sesuatu yang wow buat dapur di kediaman mereka.
Tentunya dikalangan kita masih ada mengingati iklan merdeka yang yang bertajuk Tan Hong Ming Dilamun Cinta sekitar tahun 2007 yang dibintangi kanak-kanak kecil, seorang anak lelaki berbangsa Cina dan seorang anak perempuan berbangsa Melayu. Ianya bukan sekadar iklan malah terkandung makna yang tersirat hasil karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad.
Meskipun video berdurasi 33 saat, namun iklan ini nyata meninggalkan impak dan terkesan di dalam hati yang menonton. Apatah bila melihat senyuman dan kecomelan dua teraju utamanya, Tan Hong Ming dan juga Ummi Khazriena.
Apa yang jelas melalui iklan tersebut kita dapat lihat betapa Tan Hong Ming begitu ikhlas dan selamba menceritakan kisah cinta pertamanya dengan rakan sekelas Ummi Khazriena. Iklan ini dilihat berjaya menyampaikan mesej keharmonian rakyat Malaysia.
Ketika penggambaran, Hong Ming dan Ummi Khazriena ialah murid tahun satu di sebuah sekolah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan kini selepas 15 tahun siapa sangka mereka disatukan semula menerusi iklan Merdeka yang diterbitkan oleh pengeluar jersi sukan dan gaya hidup terkemuka yang berpengkalan di Pulau Pinang, Lokalteez dan Teamwear.
Menerusi satu video berdurasi lapan minit yang tular baru-baru ini memperlihatkan mereka terasa kekok tatkala bersua kembali memandangkan sudah lama tidak bertemu.
Rakaman itu sebenarnya adalah teaser di sebalik tabir iklan terbaru yang dibintangi Hong Ming dan Ummi Khazriena sebagai teraju utama yang diterbitkan Lokalteez (jenama jersi lifestyle berkualiti). Karya itu diarahkan penulis hiburan dan skrip berpengalaman, SlenFadzil.
Antara inti pati lain yang dipaparkan adalah bercerita tentang perkembangan terbaharu mereka, di samping meluahkan aspirasi masing-masing terhadap maksud kemerdekaan bagi rakyat Malaysia.
Hong Ming dan Ummi Khazriena juga sempat mengimbau kenangan ketika bekerja di bawah arahan pengarah tersohor, arwah Yasmin Ahmad.
Kata Ummi, arwah Yasmin berjaya menyerlahkan rasa muhibah dalam iklan yang dilakonnya dulu.
“Pada pandangan saya, itulah kualiti terbaik yang ada pada Yasmin Ahmad. Beliau seorang yang berbakat besar, malah Yasmin mampu keluarkan rasa dan jiwa dalam karyanya. Bagi Ummi, beliau adalah seorang dalam sejuta,” ungkapnya.
Untuk pengetahuan semua, Ummi Khazrien kini bertugas sebagai seorang eksekutif, sementara Hong Ming pula baru saja menamatkan pengajian dalam bidang psikologi di Sunway University, Kuala Lumpur.
Rumah adalah tempat untuk diri kita dan keluarga berteduh dari hujan panas, ia satu keperluan!
Pun begitu, ada segelintir wanita sama ada yang masih bujang atau telah berkahwin merasakan tiada kepentingannya memiliki rumah atas nama sendiri. Memadai ada sebuah rumah yang disediakan oleh suami.
Jadi, memahami apa kepentingan seorang wanita mempunyai rumah sebagai hartanya sendiri, elok kiranya baca dulu perkongsian daripada dr Azizul Azli ini.
MENGAPA WANITA PERLU BELI RUMAH AWAL?
Bila zaman telah berubah dan 48% wanita jelita hari ini telah bekerja.
Ini sebab mengapa wanita perlu ada rumah sendiri.
1. Pendapatan Tambahan Pelaburan.
Rumah boleh disewakan dan jadi pendapatan tambahan lepas kahwin, tak semua orang dapat suami kaya raya. Maka belilah sebuah rumah dan jadikan pendapatan keluarga.
2. Waktu Tak Terduga.
Kita tak tahu suami yang kacak macam Nepal itu sayang kita sampai bila. Jika ditinggalkan pergi, bila mereka terjumpa Gadis Tik Tok setidaknya ada rumah sendiri.
3. Bukan Harta Sepencarian?.
Rumah yang dibeli sebelum kahwin, bukannya harta sepencarian. Jika berpisah ia tetap hak isteri tersebut.
4. Bantu Suami.
Masalah kewangan selepas kahwin biasanya semakin sukar. Jika sesuatu berlaku boleh refinance atau pendapatan sewa bantu suami tercinta dan hidup bahagia selamanya.
Cari dan belilah sebuah rumah kecil agar bahagia dan sempurna sebelum bencana.
Lengkapkan rumah dengan dekorasi menarik dengan beli online di sini. Mudah dan jimat.
Seorang bayi lelaki yang tidak sempurna sifatnya terpaksa diuruskan jenazahnya dengan agak sukar selepas kerana dibekukan lebih dua minggu kerana gagal dituntut oleh bapanya.