Rahsia Air Asam Sedap Menyengat, Semua Bahan Kena Cukup & Gaul Seperti Ni. Boleh Cuba!

Share

Tidak lengkap kiranya menu ikan, daging atay ayam yang  dibakar jika tidak disekalikan bersama air asam yang dapat membangkitkan rasa yang enak pada hidangan. Walau pun menyediakan air asam begitu mudah, namun ada rahsia untuk jadikan air asam yang disediakan menyengat rasanya.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ameera dan bolehlah dicuba untuk melengkapkan lagi menu juadah petang ini bersama ikan bakar dan sebagainya.

Menurut Ameera, air asam menyengat ini mudah dan sedap sampai ke titisan pinggan kali ke 4. Selalu buat cicah dengan ikan sahaja, ikan tu ibu kukus je. Berpinggan weh!
Cubalah.

Ikut suka nak kukus ikan apa, ini ikan bawal tambak. Manis isi nya. Kukus ikan 20 minit sahaja. Nampak tua juga ikan ni. Tengok bibir pun tahu

Bahan-bahannya:

Bahannya 10 biji cili padi, 2 biji besar cili merah, 1 biji tomato, nak letak lebih ikut sukati kau oranglah. Bawang besar 1 biji. Potong nipis senipis hatimu.

Asam jawa biji. Ambil separuh begini. Pakai asam jawa biji ni bila buat air asam dia punya kick takboleh masuk berbincang langsung sedapnya.


Belacan besar ni ye. Kalau nak kurangkan pun boleh, kang ada pula yang kata “weh ronggak hidung aku weh”. Gitulah bunyinya. Beritahu sesiap

Air 1 cawan ye. Air suam tau, jangan guna air paip. Sakit perut mencirit kau weh. Bahaya. Air suam, air suam, air suam. Harap masuklah dalam kepala ibu suruh guna air suam. Tq

Campurkan semua dalam mangkuk, nak pakai pinggang ke periuk ke ikut lah mood korang. Mood ibu ke mangkuk, mood korang ntah la!

Garam sikit. Jangan banyak, nanti masin, kelat muka laki dan anak kau makan nanti, deorang tahu komplen je. Ishhhh

 

Gula 2 sudu makan. Ada rasa manis, masam, pedas, sedap. Perghhh! Tak mampu nak teruskan, kena cubalah.

Belacan tadi tenyeh je dekat tangan, pakai tangan la, kamon. Baru la air tangan. Jangan pakai bulu mata ok! Bedosa

Sos tomato 1 sudu makan. Masukkan terus, jangan berhenti, traffic light hijau tu.
Kemudian sos cili 1 sudu makan juga. Jaga jaga traffic light lampu kuning dah tu. Berjaga jaga.


Air asam jawa tadi tapiskan, biji dia buangkan, mau tercekek laki aku makan kang. Ini contoh, bukan marah.


Ha apa lagi, gaullah semua bahan tadi.
Sambil gaul sambil selawat. Insyaallah anak dan suami mu makan dengan penuh kasih sayang.

Tolonglah jangan tanya boleh ke gaul pakai tangan

Inilah rahsia yang buat sedapnya. Selamat mencuba korang.
Siap dihidang. Makan ramai ramai best, berebut. Hastag anak ibu ramai.

Sumber : Ameera

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN