Rahsia Bawang Goreng Rangup & Sedap, Dua Bahan Ni Wajib Ada. 15 Minit Jer Dah Siap!

Share

Bawang Goreng bahan wajib ada jika kita makan mee kari, mee rebus serta di dalam sup untuk.menambahkan kesedapan menu tersebut.

Kalau kita biasa beli dikedai, adakalanya bawang goreng itu hancur dan rasanya pun kurang. Ada sesetengah yang lemau kerana masuk angin.

Sebenarnya tak susah pun buat sendiri bawang goreng. Malah,  modal pun tak banyak. Siap boleh buat stok lagi untuk makan esok-esok. Tak perlu risau, bwang goreng ‘masuk angin’.

Jom cuba perkongsian dari puan Ameera ini bagaimana cara untuk buat bawang goreng sendiri dengan guna dua bahan je.

Boleh buat sendiri buat apa nak beli.
Semudah ABC

Bawang goreng by ibu❤️

Penyediaan 15 minit siap.

Bahan hanya bawang dan sedikit garam je.

Buat sendiri sedap terangkat dari kita beli.

Yang penting Ranggup!

Tada!

Selamat mencuba gais.

#ibucantik

IKLAN