Rahsia Buat Sup Tulang Auto Sedap Bila Batang Saderi & Lobak Merah Ditumis. Ni Resipinya!

Share

Rahsia Buat Sup Tulang Auto Sedap Bila Batang Saderi & Lobak Merah Ditumis. Ni Resipinya!

Sup tulang kalau kena dengan ramuannya dan menepati selera barulah boleh buat kita menghirup bermangkuk-mangkuk kuah supnya. Pastinya untuk mendapatkan rasa yang sempurna setiap antara kita ada rahsia dan teknik yang  tersendiri.

Seperti perkongsian puan Farniza Razali yang tidak lokek berkongsi rahsia ramuan penyedap dalam menyediakan menu Sup Tulang yang menjadi kegemaran ahli keluarganya.

Jadi nak tahu bagaimana rasanya bila ditambah dengan batang sederi dan lobak merah yang ditumis ke dalam ramuan sup, kenalah cuba sendiri baru tahu.

SUP TULANG

Bahan-bahan 1

3 biji bawang besar

8 biji bawang putih

2 ketul halia

1 sudu ketumbar

**bahan ini dikisar sampai halus.

Bahan 2

3 batang sadari

1 batang karot

**bahan ini pun dikisar sampai hancur

Bahan 3

3 batang kayu manis

4 biji bunga lawang

10 biji bunga cengkih

10 biji buah pelaga

1 senduk serbuk sup

2kg tulang

5 biji kentang(dibelah dua)

3 batang sadari (dihiris)

3 biji bawang besar(dibelah empat)

Air

Cara memasak:

1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan 1 hingga berbau wangi.

2.Kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.

3.Masukkan air, kemudian tulang. Didihkan hingga isi-isi dekat tulang tersebut empuk.

  1. Jika masih tidak empuk, tambah lagi air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi tu empuk.

5.Hampir 1 1/2 jam juga dan bila sudah empuk masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang sudah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perisa.

6.Masa ini kita tunggu pula ubi kentang empuk dalam 10 minit.

  1. Apabila sudah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup. Sedia untuk dinikmati.

Sumber : Farniza Razali

 

IKLAN