Rahsia Telur Dadar Jadi Gebu, Lembut & Moist. Lelaki Ni Kongsikan Cara & Resipinya. Cukup Simple, Sedap Pula Tu!

Share

Menu ringkas ini sentiasa jadi pilihan, baik ketika di rumah mahupun makan di luar. Tetapi, ibu-ibu pasti tertanya – tanya macam mana nak dapatkan telur dadar yang gebu, tebal macam kat kedai?

Jom admin kongsikan resipi asal dari saudara Khairul Hakimin Muhammad yang pernah tular sehingga dikongsikan lebih 6000 perkongsian sebelum ini.


Sementara laki kau sedang menonton Lee Chong Wei menang badminton itu, eloklah abang kasi tahu kau orang bagaimana nak masak telur dadar sampai naik lawa seinci. Senang amat.

Boleh jadi ini makanan kegemaran laki kau nanti. Ya lah, ia kaya dengan protien. Kahkahkah. Kali ini abang buat untuk makan sekeluarga yang ramai ya ampun. Jadi besarlah bahagiannya. Kau nak buat kecil-kecil, pandai-pandailah nak bahagikan bahan.

Bahan-bahan:

10 biji telur ayam gred suka hati kau.
1/2 cawan susu cair
2 biji bawang besar India
2 biji cili merah
1 cekak daun kucai
1 sudu besar serbuk penaik
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Basuh dulu semua telur itu kemudian pecahkan dalam 1 bekas.

2. Kemudian, cincang semua bawang, cili dan kucai.

3. Masukkan dalam bekas telur tadi.

4. Gunakan pemukul belon (whisk) dan pukul bahan-bahan tadi.

5. Kemudian, sambil pukul sambil buh susu cair. Kasi pukul sampai kembang.

6. Kemudian masukkan serbuk penaik, serbuk kunyit dan garam. Pukul lagi sampai kembang sekali lagi.

7. Panaskan kuali Tefal yang kau ada. Tak payah minyak okeh.

8. Pasang api kecil.

9. Masukkan telur tadi dalam kuali.

10. Kemudian tutup dengan penutup periuk.

11. Dalam 10 minit. Kau bukak, akan dia kembang lawa. Kau ambil sudu atau garfu, kuis-kuis dia kat tengah kasi ada lubang. Tutup semula. Kalau kau terer, kau boleh balikkan. Dalam 10 minit lagi, boleh siap dah itu.

12. Tadaa.

13. Haaa amacam? Sedap woih. Lembut, moist dan segar ya Tuhan.

Selamat mencuba! Jemput share sampai pengsan.

IKLAN