“Ramai Hantar Kamu, Irfan…” Imam Masjid Maut Kemalangan, Coretan PU Amin Undang Sebak.

Share

Tiada siapa yang mengetahui rahsia bila kita akan menemui Sang Pencipta. Namun mati dalam keadaan husnul khotimah memang seharusnya menjadi salah satu impian dari umat muslim.

Husnul khatimah membawa maksud kematian di dalam reda Allah dan kita juga reda dengan ketentuan Allah SWT.

Muat naik foto  Pencetus Ummah (PU) Amin  dan Insta Story di laman Instagram mengundang sebak dikalangan wargamaya.

PU Amin memuatnaik beberapa keping foto pengebumian jenazah seorang imam masjid yang juga merupakan kenalannya. Katanya lagi, arwah kemalangan motor setelah mengajar Al-Quran.

Meninggal dunia lepas habis mengajar Al Quran

Dia yang menyertakan kapsyen  penuh makna yang mengundang sebak di kalangan netizen.

“Takziah buat sahabat seperjuangan,Al Fadhil Ustaz Irfan Al Hafiz. Seorang hafiz Al Quran dari Shubro Mesir. Ahli Quran. Irfan Imam Masjid Tg Karang. Umur sebaya baru 32 tahun.

Pergi dulu dari kami. Baru je kahwin. Irfan kemalangan motor petang tadi. Meninggal dunia lepas habis mengajar Al Quran di MITTIS. Husnul Khatimah. Sayu hati ini. Moga Allah tempatkan nya di Syurga. Al Fatihah..”

 

Memori kenangan bersama:

Anak Selangor,Mesir
2014 (Tahun Akhir),
Bazar Rumah Selangor,
Hayyu Asyir, Kaherah Mesir.

 

 

 

 

Warganet Ucap Takziah
Melihat foto pengebumian jenazah itu, para netizen mengucapkan takziah dan mendoakan arwah.

.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA

 atau join keluargagader club

 

 

IKLAN