“Ramalan Doktor Jadi Kenyataan.” Bakal Isteri Hidap Ketumbuhan Ovari ‘Pergi’ Lepas Hampir Sebulan Bertunang

Share

Andai itu takdirNya, takkan lambat atau awal walau sesaat pun kalau itu sudah ditentukan. Baru-baru ini tular satu kisah pasangan yang mengikat tali pertunangan disaat si gadis menghadapi penyakit kronik.

Malah doktor ketika itu tidak lagi mampu berbuat apa-apa dan mengatakan si gadis hanya mampu bertahan selama dua minggu sahaja lagi. Sedih, pilu dan pelbagai lagi rasa tidak mampu diungkapkan oleh kelarga mahupun tunang tersayang. Namun mereka tetap cekal dan kuat semangat untuk melihat dia kembali sembuh.

Namun, mati itu pasti, Nur Jannah Jahari, 19 yang baru sahaja bertunang dengan pasangannya Mohamad Aidil Haiqal Noraman, 20 telah pun menghembuskan nafas yang terakhir pada 24/9/2019.

Nur Jannah telah melakukan pembedahan pada 12/9/2019. Ketika itu doktor yang merawat memberitahu bahawa ketumbuhannya sudah pecah dan mulai merebak ke bahagian perut perutnya.

Jannah sebelum itu dilihat menunjukkan perkembangan positif selepas pembedahan dan sudah mampu duduk serta berborak dengan ahli keluarga lain.

Namun, dua hari lepas, dia mulai tidak sedarkan diri dan kondisinya semakin teruk dan akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Berita pemergian Jannah telah dikongsikan oleh salah seorang ahli keluarga menerusi akaun Twitter.


 

Ramai yang melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada tunang dan juga keluarga arwah.

Sumber : Ainaa

 

 

IKLAN