Rambutan Asam Boi, Tambah Sedap Rasanya Dengan Perahan Limau Kasturi. Harus Cuba!

Share

Bila ada sepokok dua pokok rambutan di laman rumah atau di kebun, dan tibanya musim rambutan tidak dinafikan sampai tidak termakan dibuatnya. Apatah lagi ketika ini, anak cucu tidak dapat balik ke kampung untuk sama-sama dapat menikmati buah rambutan yang telah masak ranum di pokok.

Tidak mahu terbuang begitu sahaja, apa kata anda buatkan resipi seperti yang dikongsikan oleh puan Ani Zam ini. Sekurang-kurangnya dapat disimpan  dan bertambah enak untuk menikmatinya. Membuatnya juga tidaklah susah, hanya memerlukan beberapa bahan sahaja.

Bahkan rasanya sangat sedap, apabila kemanisan rambutan menjadi ‘mesra’ dengan rasa masam asam boi dan rasa pedas cili. Memberi kesempurnaan rasa hingga ada yang berasa ‘ketagih’ bila pertama kali mencubanya.

Photo by Beth Macdonald on Unsplash

“Ada banyak buah rambutan kat rumah ni. Saya buat rambutan asam boi pula
Ada peminat menu ni tak?” Tanyanya di salah satu group masakan di Facebook dan  berkongsi resipi.

Resepi Rambutan Asam Boi

Bahan-bahan:
Buah rambutan
Asam boi
Serbuk asam boi
Limau kasturi
Cilipadi
Garam dan gula

Cara buat :
1. Kupas , basuh bersih dan toskan buah rambutan


2. Masukkn isi rambutan ke dalam mangkuk


3. Masukkan pula asam boi , serbuk asam boi , cilipadi , garam dan gula ke dalam mangkuk tersebut..gaul bagi mesra

4. Buang biji limau kasturi kemudian perahkan airnya ke dalam mangkuk yang berisi buah rambutan


Gaul sebati … akhir sekali masukkan ke dalam peti sejuk dalam satu atau 2 jam
Keluarkan dan sedia untuk di nikmati.

Sumber : Ani Zam 

Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!

Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520

 

Jom sertai E-Keluargagader BELAJAR ONLINE BERKEBUN CILI DI HALAMAN RUMAH dengan daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/berkebun-cili-di-laman-rumah/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN