Kuiu tiram memang enak dimakan sebagai kudapan. Jika meriakan hari raya pastinya hidangan ini dapat sambutan, maklumlah kesedapan dan kerangupannya.
Namun kini, kuih ini menjadi kudapan harian. Ada yang buat sendiri untuk makan bersama keluargq ada juga untuk jualan bagi menambah pendapatan.
Bagi yang hendak mencuba buat kuih legend ni, ikuti resipi yang dikongsi oleh peniaga ini.
Kuih tiram legend rangup dan enak
Pendapatan sampingan yang saya buat..kuih ni kuih lejen je tapi alhamdulillah masih ramai peminat setianya..saya buat 2 perasa..1 yg original salut gula 1 lagi campur kacang tanah kisar dan gula..saya sertakan resipi cara saya ye..saya halalkan ilmu pada sahabat semua.
Ads
Bahan: 1 bungkus tpg gandum cap ros 6 Sudu mkn marjerin (cairkan) 1 biji telur(kacau dulu) 1 sudu makan garam Air sejuk secukupnya(saya guna air sejuk coway je Minyak masak* Tepung ubi*
Cara penyediaan
Ads
(Gaul bersama sedang2 pekat utk sapuan pada tpg nanti) Minyak (utk menggoreng) Tuang tepung gandum dalam bekas..buat bulatan tengah2..letak garam kat lubang tu..pastu marjerin panas tu curah dlm lubang tpg td..kacau dgn senduk bg garam hancur baru ratakan pd semua tpg ..ramas sampai mcm jd serbuk roti kemudian tuang telur gaul2 sekejap baru curahkan air sejuk tu sikit demi sikit..uli sampai jd doh..sedang2 lembut.lps tu bole canai utk di sapu dengan minyak dan tpg ubi yg sudah di bancuh tu..lps tu gulung baru potong dan lenyek..selamat mencuba.
Kewujudan Persatuan Anak Negeri haruslah dipandang dari sudut yang positif kerana ia diwujudkan bagi menghubungkan masyarakat di negeri kelahiran masing-masing.
Ini terbukti dengan pelbagai program yang dilaksanakan untuk membentuk jati diri anak kelahiran negeri berkenaan.
Biarpun dunia berdepan pandemik COVID-19, ia bukan penghalang bagi persatuan bagi mereaslisasikan program yang bermanfaat untuk ahli.
Bagi Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ), usaha untuk memartabatkan Warisan Negeri Johor tetap diteruskan walaupun berdepan cabaran pandemik.
Menurut Presiden PABJ, Mohsen Hasbollah, penubuhan PABJ adalah merupakan ilham daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor yang juga merupakan Penaung Diraja PABJ.
PABJ ditubuhkan setelah mendapat perkenan DYMM Tuanku dan dengan rasminya diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 30 Mei 2021.
Sehingga kini, PABJ telah mempunyai lebih daripada 100 orang ahli. Penubuhan PABJ adalah bertujuan untuk menyatukan anak Bangsa Johor dan menjadi satu platfom bagi mengukuhkan hubungan sosial, pendidikan, kesenian dan kebudayaan Negeri Johor serta menjadi pemangkin bagi memperkasakan ekonomi anak Bangsa Johor.
PABJ telah mewujudkan tujuh (7) biro iaitu Biro Pendidikan, Biro Keahlian, Multimedia & Perhubungan, Biro Ekonomi & Keusahawanan, Biro Kesenian & Kebudayaan, Biro Sosial, Kebajikan & Keagamaan, Biro Sukan & Rekreasi serta Biro Keselamatan & Kesihatan.
Melalui pengwujudan biro-biro tersebut, terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang untuk dilaksanakan sepanjang tahun 2021/2022.
Program pertama yang telah berjaya dilaksanakan adalah di bawah kelolaan Biro Sosial, Kebajikan & Keagamaan iaitu Program Ibadah Qurba sempena Hari Raya Aidiladha.
Manakala pada bulan Ogos ini, Biro Kesenian & Kebudayaan mengadakan satu program kelas online iaitu ‘Roti Jala Viral’.
Selain itu, bagi mempromosikan PABJ, Biro Keahlian, Multimedia & Perhubungan juga telah telah menubuhkan website PABJ, Facebook (FB), Instagram (IG) dan Youtube Channel PABJ serta merancang beberapa aktiviti seperti mengadakan sidang media, hi-tea bersama ahli, melantik icon PABJ dan beberapa aktiviti promosi yang berkaitan.
Terdapat pelbagai aktiviti lain yang telah dirancang oleh biro-biro dibawah PABJ seperti Pertandingan Warisan Seni Sempena Kemedekaan, Seminar & Tutorial Seni Warisan, “roadshow” Jelajah Jejaki Seni, Citrawana, Culinary Arts dan Malam Seni Gemilang Permata.
Program-program pendidikan seperti webinar dan juga pembangunan modul PABJ. Program keusahawanan seperti solar projek, penanaman padi untuk pasaran tempatan dan eksport.
Manakala, bagi program sukan dan rekrasi adalah seperti perlawanan golf, bola sepak, futsal dan lain-lain. Selain itu, PABJ juga bakal mengadakan sambutan perayaan bagi setiap kaum dan lain-lain program kebajikan dan sukarelawan yang berkaitan.
Walaubagaimanapun, kaedah pelaksanaan program-program yang dirancang ini adalah bergantung kepada situasi pandemik pada masa kini.
Bengkel Roti Jala secara virtual
Dalam pada itu, Pengerusi Biro Kesenian & Kebudayaan PABJ, Sharifah Rafiza Al-Jamalullail melahirkan rasa syukur apabila program mempelajari Roti Jala secara virtual telah mendapat sambutan di kalangan ahli PABJ.
“Saya tak sangka peserta teruja mengikuti program ini. Ia melibatkan 50 buah keluarga yang di diri daripada anak kelahiran Johor.
“Saya berharap aktiviti ini mendapat memberi manfaat dan inspirasi kepada ahli. Apa yang pasti, aktiviti seumpama ini dapat mengeratkan hubungan ahli,” ujarnya yang juga dikenali sebagai LadyRose.
Tambah ahli
Oleh kerana baru sahaja ditubuhkan PABJ yang merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kini dalam usaha untuk menambah ahlinya.
Ia suatu usaha untuk anak kelahiran cakna mengenai aktiviti yang akan dijalankan oleh persatuan PABJ.
PABJ mengalu-alukan pendaftaran ahli baru. Di bawah ini disertakan google linkuntuk permohonan menyertai PABJ.
Lumrah bagi wanita apabila membeli barang kelengkapan dapur akan dijaga dengan sempurna. Tambahan pula jika kelengkapan itu berharga ribu atau ratus ringgit.
Ia termasuk periuk masak jenis kaca. Walaupun berharga mahal, wanita sanggup membeli untuk digunakan ketika memasak. Ia umpama memberi aura positif bagi mak-mak. Tidak mustahil ada yang sanggup membeli periuk masak berharga ribuan ringgit.
Namun, bayangkan jika periuk masak kesayangan didapati pecah. Lebih mengejutkan ia adalah perbuatan daripada sang suami. Tentu boleh bikin geram buat isteri yang telah sekian lama menjaga periuk mahal. Lebih-lebih lagi ia ada kenangan nostalgia.
Begitulah situasi dihadapi oleh lelaki ini, Suhaimi Nayan yang terkejut apabila periuk kaca kesayangan isterinya pecah tanpa disangka. Bimbang dengan situasi itu, dia meminta rakan-rakan warganet memberi idea sebelum isteri pulang ke rumah.
Ikuti kisah lucu ini tapi penuh dengan unsur kebahagiaan sebuah rumahtangga.
Lani pukul 5.20 petang, pukul 6 camtu, bini balik. Kalau2 sahabat dalam ni ada idea untuk jawapan yang sesuai. Di samping itu sertakan juga doa ya. (Beli periuk ni masa hanimun kat Langkawi)
Namun, jawapan netizen bikin berdekah. Berikut antara respon yang mencuit hati.
Cadangan Pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mendapat pelbagai reaksi dari banyak pihak. Ini berikutan situasi pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai kehilangan pekerjaan.
Terbaru, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu laporan menyebut, pihak kerajaan sedang mengkaji saranan untuk membenarkan pencarum tertentu mengeluarkan dana daripada Akaun 1 KWSP.
“Saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan kita pada dasarnya bersetuju dan bersedia untuk mengkaji cadangan untuk pencarum yang benar-benar memerlukan untuk mengeluarkan peruntukan daripada Akaun 1,” katanya dalam satu temu bual bersama BERNAMA dan stesen televisyen tempatan lain, di sini, hari ini, menjelang pembentangan Belanjawan 2021.
Belanjawan yang akan dibentangkan pada 6 Nov itu merupakan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional.
Kerajaan pada tahun ini telahpun melaksanakan beberapa kelonggaran berhubung KWSP, khususnya membenarkan caruman pekerja dikurangkan kepada 7 peratus daripada 11 peratus dan pengeluaran menerusi i-Lestari yang mana pencarum boleh mengeluarkan simpanan maksimum RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan daripada Akaun 2 masing-masing.
Hampir 70 peratus daripada ahli KWSP memilih untuk mengurangkan caruman pekerja kepada tujuh peratus yang kini menyumbang kepada meningkatkan pendapatan boleh guna sebanyak hampir RM700 juta sebulan.