“Rasa Happy Tu Lain Sangat, Macam Kak Pearl Yang Kahwin.” Sweet Qismina Terbayang Arwah Kakaknya Di Majlis Nikah Elfira Loy.

Share

Semalam menjadi detik bersejarah buat pelakon Elfira Loy apabila sah bergelar isteri kepada Khairol Faris Anuar kira-kira pukul 9.30 pagi.

Majlis akad nikah dilakukan secara tertutup dan dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat itu berlangsung di Poolside Cyberview The Lodge, Cyberjaya.

Selain Sari Yanti yang hadir meraikan pasangan merpati sejoli ini, turut kelihatan adalah Sweet Qismina.

Malah, pelakon ini turut memuat naik perkongsian majlis tersebut. Namun apa yang menariknya, Sweet dalam perkongsian tersebut menganggap detik manis pasangan Elfira Loy dan suaminya Faris Anuar diijabkabulkan ibarat melihat arwah kakaknya yang mesra disapa Kak Pearl berkahwin.

Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina, 21, berkata, dia menghormati dan menyayangi Elfira seperti ahli keluarganya sendiri.

“Di saat suami awak lafazkan akad nikah, apa yang ada dalam kepala saya, ‘kak Pearl, akhirnya dia berkahwin’. Awak tahu betapa manis dan keluarga sayang kak El.

“Awak adalah seseorang yang saya puja, seorang yang saya hormati, dan seseorang yang saya sayang, sebanyak yang saya sayang seperti kakak sendiri.

“Looking at you in that white dress, rasa happy tu lain sangat. Terasa macam Kak pearl yang kahwin. I’m happy for you Kak el, really happy. Finally, you’re belong to someone that I believe will take care, guide and love you endlessly. Definitely a good start of 2019. Congrats Kakak ,” kata Sweet.

Sweet telah kehilangan kakaknya iaitu Pearl atau nama sebenar Farhanna Qistina pagi 1 syawal pada 18 Jun 2015.

Arwah kakak Sweet meninggal dunia selepas Proton Perdana dinaiki dia sekeluarga dilanggar dari belakang oleh kereta jenis BMW.

Ia mengakibatkan kereta dinaiki keluarga malang ini terbabas dari laluan mereka sebelum dirempuh oleh bas ekspres dari arah bertentangan di Jalan Kuching. Bagaimanapun, ketika itu Sweet, ibu dan adiknya hanya mengalami kecederaan ringan.

Elfira usai bergelar isteri, memuat naik perkongsian dengan kapsyen yang ringkas namun cukup bermakna.

 

Sumber:  Mstar Online & IG sweetqismina

 

 

 

IKLAN