“Rasa Manis Tengok Rumah Ni.” Serba-Serba Warna Pink, Kediaman Wanita Ini Tarik Perhatian Warganet!

Share

Rumah cantik menjadi idaman semua orang terutama wanita. Justeru ramai yang melakukan dekorasi mengikut citarasa.

Salah satu perkongsian dekorasi yang menarik perhatian ramai adalah sebuah kediaman milik Puan Nurrul Atika yang menjadikan warna tema merah jambu atau pink sebagai pilihan utama dekorasi rumahnya. Malah, perkakasan termasuk ruang tamu, dapur dan kamar mengunakan warna yang sama.

Biasanya warna pink adalah warna lembut yang dipilih oleh orang romantis. Gabungan klasik ini akan menjadikan ruang rumah itu kelihatan tenang dan terang.

Biarpuan warna pink dianggap salah satu warna yang paling ‘berbahaya’, kerana tidak semua orang boleh menggunakannya dengan betul. Namun wanita ini berjaya menggabungkan warna merah jambu dengan warna lain hingga setiap ruang kelihatan benar-benar bergaya.

Bagi penggemar warna pink, apa lagi, jadikan dekorasi ini inspirasi buat anda!

RUANG DAPUR

BEKAS SIMPANAN PUN BERWARNA PINK

 

KAMAR TIDUR DAN ‘WORK STATION’ BERSEBELAHAN 

PERKAKASAN MASAK

GABUNGAN WARNA YANG MENJADI PINK DAN PUTIH- RUANG TAMU

KERETA KESAYANG TURUT WARNA PINK

Meninjau diruangan komen, rata-rata memuji kesungguhan wanita ini menghias rumah dengan menggunakan warna tema pink.

Tetarik dengan cara wanita ini, ramai yang bertanya  mengenai pelbagai perkakasan yang dibeli oleh wanita berkenaan. Moga perkongsian ini menjadi llham bagi yang sedang mencari mood dekorasi raya.

Selamat mencuba!

Sumber: Instagram eika_atikaa

IKLAN