Umum mengetahui Wawa Zainal baru sahaja melahirkan anak keempatnya pada 30 November yang lalu dan kini masih lagi di dalam pantang.
Jika sebelum ini pelakon ini menjadi perhatian ramai apabila berkasut tumit tinggi selepas seminggu bersalin, kali ini dilihat ligat pula meredah banjir bagi menghulurkan bantuan.
Melalui hantaran video di Instagram miliknya, dilihat Wawa Zainal begitu bersungguh-sungguh melaksanakan misi membantu mangsa banjir dengan membeli sendiri barang keperluan seperti lampin bayi, telekung, bantal, tilam dan sebagainya di sebuah pasaraya dengan ditemani oleh suaminya Aeril Zafrel dan beberapa orang daripada teamnya.
Tidak dengan itu, dilihat juga Wawa Zainal sendiri turun ke lokasi banjir untuk menyerahkan barangan bantuan yang dibelinya. Difahamkan Wawa berbuat demikian sebab mahu merasai pengalaman dan lihat sendiri keadaan masyarakat yang ditimpa banjir besar di Selangor.
Mencegah lebih baik dari mengubati. Menurut Dr Hamid Arsht punca sebenar bagi penyakit-penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidak diketahui .
Justeru, bagi memastikan hal ini tidak mengundang masalah kepada sistem peranakan, seseorang wanita patut mengamalkan makanan tersebut.
Punca sebenar bagi penyakit yang berkaitan dengan peranakan wanita seperti ketumbuhan fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara tidakalah diketahui .
Baka memainkan sedikit peranan, tapi punca2 sekitaran saperti kelemahan immunity, toksin, dan hormone estrogen yang berlebihan dalam tubuh badan wanita serta ketidak seimbangan antara hormone estrogen dan progesterone lebih berperanan dalam ketumbuhan tersebut
Dalam keadaan biasa, hormone Estrogen adalah sangat penting bagi fungsi edaran haid, kesuburan, kehamilan, sifat-sifat kewanitaan, kecantikkan, fungsi-fungsi seks, bentuk badan dan lain-lain.
Tindakan estrogen terhadap tisu-tisu biasanya diseimbangkan oleh hormon kedua wanita iaitu hormon Progesteron, yang hanya dikeluarkan jika wanita mengalami penetasan telur/ovulation. Banyak situasi yang menyebabka wanita tidak mengalami penetasan telur / ovulation.
Oleh itu, kekurangan hormon Progesteron boleh menyebabkan hormone Estrogen bertindak sewenang-wenangnya.
Beberapa situasi yang menyebabkan hormon Estrogen meningkat ialah kegemukan atau obesiti. Lemak- lemak yang berlebihan boleh menggalakkan pembentukan estrogen serta pengurangan Progesteron.
Selain daripada kilang telur, sumber lain bagi estrogen ialah kilang adrenal yang terletak di atas buah pinggang. Wanita – wanita yang mengalami masalah pembengkakan ovary seperti Polycystic ovaries Syndrome (PCOS) juga sering mengalami masalah hormon Estrogen yang berlebihan dan kekurangan hormone Progesteron.
Oleh itu, saya cadangkan beberapa langkah untuk mengawal tindakan atau pengaruh Estrogen agar ketumbuhan yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan. Estrogen dibentuk dari cholesterol melalui rangkaian tindakan biokimia, dan enzim aromatase diperlukan.
Langka-langkah mengawal estrogen.
1, Kekalkan berat badan ke tahap yang sesuai mengikut kiraan BMI kerana kegemukan boleh menggalakkan penghasilan Estrogen yang berlebihan.
2.Lakukan senaman kerana senaman mempunyai pelbagai faedah di antaranya dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron
3.Mengawal stres. Selain boleh meningkatkan hormon cortisol/steroid, stres juga mempunyai pelbagai pengaruh yang boleh mengancam kesihatan wanita. Ia juga meningkatkan tahap Estrogen.
Oleh itu, ambillah langkah- langkah mengawal stress seperti membaca Al-Quran, solat, berzikir, berselawat ,bersenam selama 30 minit sehari, yoga dan yang paling mudah adalah dengan melakukan deep breathing exercise.
Deep breathing exercise ini boleh dilakukan di mana- mana setiap satu atau dua jam. Ini dapat menenangkan fikiran dan sekaligus dapat mengimbangkan hormon Estrogen dan Progesteron.
Pengambilan makanan yang berkhasiat.
Ada beberapa jenis makan yang bertindak mengawal tahap Estrogen iaitu:
1.Buah delima/ promegranate
Pengambilan buah delima atau mengamalkan jus delima setiap hari akan memberi pelbagai faedah kesihatan. Antaranya ialah mengawal tekanan darah, mengurangkan arterosclerosis dan juga boleh mencegah/ mengurangkan risiko sakit jantung.
Seterusnya, ia juga bertindak sebagai anti-estrogen dengan mengawal enzim yang digelar aromatase enzim yang biasanya menggalakkan peningkatan Estrogen.
2.Sayur- sayuran
Sayur- sayuran seperti brokoli, kobis, bunga kobis, sawi dan bayam mempunyai kandungan chlorophyll yang bertindak mengawal penghasilan hormone Estrogen. Ia juga mengandungi sterol yang memang bertindak mengawal pembentukan Estrogen.
3.Minyak zaitun (Extra virgin olive oil)
Minyak zaitun ini jika diamalkan setiap hari, ia boleh mengawal tahap Estrogen dalam tubuh wanita melalui satu kandungannya yang digelar lutreopin yang juga mengawal /menindas tindakan enzim aromatase (enzim yang bertanggung jawab dalam penghasilan estrogen) di mana sekaligus mengawal penghasilan hormone Estrogen yang berlebihan
4. Cendawan
Cendawan yang dikatakan boleh mencegah enzim aromatase ialah cendawan butang atau cendawan Shitake yang bukan sahaja mencegah penghasilan Estrogen, ia juga boleh mengawal kanser.
5. Biji anggur (grapeseed)
Biji anggur mengandungi pelbagai bahan resveratrol dan lain- lain polyphenol yang banyak mempengaruhi kesihatan manusia. Di antaranya ialah, mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Ia juga bertindak mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita.
6.Chia Seed
Chia seed merupakan bahan yang berguna untuk mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita. Begitu juga flexseed. Chia seed mengandungi omega 3 yang tinggi di samping vitamin – vitamin lain juga yang mempunyai faedah dalam kesihatan wanita.
7. Oat
Oat adalah makanan yang sering diambil pada waktu sarapan. Ia juga diketahui mengandungi bahan steroidal saponins untuk mencegah tindakan enzim aromatase yang seterusnya menggalakan penghasilan Estrogen.
8. Buah – buahan citrus
Buah buahan citrus seperti lemon,limau kasturi, limau bali, limau nipis di samping mangandungi vitamin C,dan anti-oksidan, ia juga mengandungi unsur anti-estrogen
Minum air limau kasturi (2 biji ), sebiji limau nipis atau sebiji lemon diperah juz ke dalam segelas air suam dan dicampur satu sudu madu. Amalkan setiap hari.
9. Bawang
Bawang banyak digunakan sebagai rencah dalam makanan kita. Di samping mengandungi bahan- bahan yang mengandungi anti-oksidan ,ia juga boleh mencegah serangan sakit jantung. Ia juga mengandungi bahan dipanggil quercetin, sejenis flavonoids yang mengurangkan tahap Estrogen dalam badan.
10. Kunyit
Kunyit mengandungi banyak khasiat Kesihatan di antaranya dapat mengurangkan hormone Estrogen dalam badan wanita. Mengamalkan kunyit/perahan air kunyit 2-3 kali seminggu dikatakan baik untuk mengimbangkan hormone Estrogen dan Progesteron
11. Algae ( spirulina/ chlorella)
Algae diketahui ada kesan mengawal pembentukan Estrigen dalam badan. Algae boleh diamalkan untuk mengimbangkan hormon wanita.
12. Makanan – makanan fermented
Makanan fermented seperti Tempe, yogart, kimchi, diketahui mempunyai pelbagai faedah dan juga berbillion bakteria baik untuk badan dan melawan bakteria yang berbahaya untuk usus kita. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen
13.Minyak kelapa Dara
Minyak kelapa dara diketahui mempunyai kesan anti-Estrogen.
14. Bawang Putih
Bawang putih mempunyai pelbagai kesan untul mengawal peredaran darah dan mengurangkan risiko sakit jantung dan angin ahmar. Ia juga mempunyai kesan anti – Estrogen.
15. Daun Kuchai
Daun Kucai juga mempunyai bahan – bahan yang bertindak sebagai anti-Estrogen.
16. Berries (black berries, blackcurrant, mulberry)
Berries mengandungi bahan anti-oksidan dan juga flavonoids yang banyak faedahnya terhadap kesihatan tubuh badan wanita. Di samping itu juga ia bertindak sebagai anti-Estrogen
Ambillah langkah-langkah untuk mengimbangkan hormon serta mengurangkan tahap Estrogen dalam tubuh badan wanita agar penyakit-penyakit seperti fibroid, adenomyosis dalam rahim, endometriosis, ovarian cyst, kanser rahim dan kanser payudara dapat dikawal di samping mengambil langkah- langkah lain untuk mengawal penyakit-penyakit tersebut.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umumnya jika ingin mengawal berat badan kita biasa dengar perlu melakukan senaman dan tidak kurang juga ada yang mengamalkan petua dan pengambilan ubat-ubatan yang diluluskan oleh KKM.
Pun begitu, tidak dinafikan kaedah pembedahan perut juga ramai yang cuba lakukan.
Memahami kaedah, keperluan dan risiko melakukan pembedahan perut atau juga dikenali dengan pembedahan bariatrik, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan jelaskan secara mudah untuk dapat difahami.
Ini perkongsiannya.
KURUS DENGAN PEMBEDAHAN PERUT
Pembedahan bariatrik adalah pengubahan kapasiti perut melalui beberapa cara. Pembedahan ini disarankan apabila masalah berat badan pesakit membawa risiko yang lebih besar daripada risiko pembedahan bariatrik itu sendiri.
Pembedahan ini dilakukan untuk menyekat jumlah pengambilan makanan sebagai menguruskan masalah kesihatan individu obes melampau yang mempunyai komorbiditi seperti kencing manis, darah tinggi, masalah jantung, dan sebagainya.
Ada beberapa jenis pembedahan bariatrik, antaranya:
◾Roux-En Y Gastric Bypass
◾Vertical Sleeve Gastrectomy
◾Biliopancreatic Diversion/Duodenal Switch
◾Adjustable Gastric Band
Semua pembedahan ini ada risikonya sendiri. Teknik-teknik yang melibatkan pemotongan kantung perut dan penyambungan semula memungkinkan risiko jangkitan kuman, kebocoran pada sambungan, pendarahan, dan sebagainya.
Adjustable Gastric Band tiada pemotongan kantung perut, tetapi ia menggunakan alat untuk menjerut kantung perut. Maka penggunaan alat ini mempunyai risiko jangkitan kuman, kegagalan implan, hakisan perut, perut terjerut dan lain-lain.
Oleh kerana wujud risiko seperti ini, hanya individu yang benar-benar memerlukan patut menjalani pembedahan bariatrik ini. Selain itu, individu yang telah menjalani pembedahan ini perlu bersedia mengubah cara pemakanannya.
Selepas pembedahan ini, pesakit tidak lagi boleh makan pada kuantiti normal, kerana saiz perut telah dikecilkan sehingga hanya mampu memuatkan sebahagian daripada kapasiti sebelum ini. Makan sikit sahaja dah rasa penuh perut.
Penyesuaian kepada kuantiti makanan yang kecil ini tidak mudah. Oleh kerana akan cepat penuh, makanan yang dimakan perlulah yang benar-benar berkhasiat sahaja. Jika tak jaga makan, maka akan berlaku kekurangan nutrisi, dan ganggu kesihatan.
Semua ini perlukan keazaman, iltizam, dan ketahanan mental yang tinggi. Tak usah fikir ia mudah, kerana cabarannya lebih kurang sahaja dengan penurunan berat badan dengan cara penjagaan makanan tanpa sebarang pembedahan.
Ditekankan sekali lagi bahawa pembedahan bariatrik bukan jalan mudah untuk langsing, ia adalah rawatan kepada kondisi kesihatan yang seharuskan diputuskan keperluannya oleh doktor bertauliah. Buat hanya bila benar-benar perlu.
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...