“Reaksi Anak-Anak Memang Lucu Lah.” Issey Teruja Bakal Timang Cahaya Mata Sulung, Isteri Hamil 4 Bulan!

Share

Penyampai radio Suria FM, Issey berkongsi berita gembira apabila isterinya Noor Aimi Jamel, 34, kini hamil cahaya mata sulung mereka berdua.

Menurut Issey, usia kandungan isterinya kini sudah memasuki bulan keempat.

Pemilik nama Fazlisham Mat Hussin itu meluahkan bahawa dia sengaja menyembunyikan perkhabaran gembira tersebut kepada umum sehingga tiba waktu yang sesuai..

“Alhamdulillah, empat bulan sudah. Cuma kami mengambil keputusan tak nak beritahu awal-awal, apabila kandungan dah betul kuat, baharu kami sedia nak umumkan.

“Apabila dapat tahu isteri mengandung, sudah pasti saya paling teruja. Walaupun ini merupakan anak keempat bagi isteri saya, dia pun turut teruja sama sebab ini merupakan anak pertama kami,” jelas Issey kepada pihak mStar.

Dalam pada itu, lelaki berusia 34 tahun itu mendedahkan hasratnya ingin dikurniakan bayi perempuan supaya anak hasil perkahwinan pertama isteri Issey, iaitu Humairah mempunyai kawan untuk bermain bersama.

Issey turut berkongsi berita itu menerusi sebuah video di laman YouTube Geng Issey yang turut disertai Aimi dan dua anak mereka yang lain.

Sumber: mStar, YouTube Issey

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN