
Jika ada yang pernah ke Padang, Indonesia tentu sudah merasai keenakan masakan tradisi di sana. Walaupun tidak jauh daripada apa yang ada di Malaysia, namun tidak dinafikan setiap menu autenti di negara tersebut ada keunikan rasa yang tersendiri.
Umpamanya bila menyebut tentang masakan rendang, sekali pandang nampak sama namun sekali rasa nyata berbeza. Apatah lagi, umumnya masakan rendang Padang ini banyak menggunakan herba-herba tertentu dan turut menggunakan kerisik.
Nak tahu lanjut cara penyediaannya, di sini dikongsikan resipinya oleh Puan Ayu Susanti. Jom semak.
Rendang Daging Minang ori from Padang Indonesia. Mama pure minang tapi dah lama menetap kat Malaysia. Setiap kali Mama buat rendang memang kitorang adik beradik tak sabar-sabar nak makan.
Kalau time raya belum tengahari rendang Mama akan habis licin dek anak beranak dengan menantu-menantu.. Walaupon anak-anak semua lahir Malaysia, semua membesar makan makanan minang. Dekat bawah saya sediakan resepi asli dari Mama saya. Doakan Mama saya sentiasa sihat walafiat.. Aamiin.
Bahan-bahan:
Bawang merah *
Bawang putih *
Cili kering pedas *
Halia *
Lengkuas*
(*blender)
Daun kunyit ^
Serai ^
Daun limau purut ^
Daun salam ^
(^campak dalam kuali)
Santan
Daging
Cara-cara:
Panaskan kuali masuk daging serta bahan yang *^. Tak perlu minyak dan tak perlu menumis. Bila mengelegak, baru masukkan santan, garam & ajinamoto. Untuk 1kg daging perlu 1kg santan. Kami orang minang masak rendang tak pernah gunakan kerisik.
sumber : Ayu Susanti via MAHN
Mudahnya Nak Buat Jemput Jemput Nasi. Rangup Dan Sedap.

Apabila hari-hari menyediakan sarapan pagi untuk ahli keluarga tentu dah tak ada idea nak masak apa.
Namun, melalui perkongsian ni, boleh cuba resipi jemput-jemput berkhasiat ni. Menariknya salah satu bahanya menggunakan nasi. Patutlah rangup dan sedap. Boleh juga buat untuk minum petang.
JEMPUT-JEMPUT RANGUP LEMBUT
Bahan-bahan
Nasi
Ayam
Bawang besar( dipotong)
Daun sup( dipotong)
Cheese( diparut)
Minyak masak
Garam
Tepung gandum
Jika nak tambah benda lain macam kentang ke ikut suka pun boleh.
Cara membuatnya mudah jer
Ayam dan nasi dalam segenggam blend halus pastu campurkan sekali dengan bawang,carrot, cheese dan daun sup.Letak tepung gandum sikit. Masukkan garam gaul je macam nak buat cucur tu.
Panaskan minyak goreng bulat-bulat hingga garing.Dah garing toskan minyak dan siap untuk dimakan.Rangup diluar lembut didalam.
Selamat mencuba!
Kredit: kongsi rezeki masakan via pakar diari hati
Solat Jumaat, Berjemaah di Masjid, Surau Zon Hijau Dibuka di Wilayah Persekutuan Mulai Hari Ini

Semua masjid, surau Jumaat dan surau dalam Zon Hijau di Wilayah Persekutuan akan dibuka bagi solat Jumaat dan solat berjemaah dengan perluasan bilangan satu pertiga daripada jumlah had kapasiti bagi dewan solat utama berkuat kuasa hari ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pelaksanaan itu bermula dengan solat Jumaat pada 12 Jun.
“Sebagai contoh, jika sebuah dewan solat mampu memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa, maka bilangan yang dibenarkan adalah 333 orang buat masa ini.
“Jawatankuasa kariah masjid, surau Jumaat dan surau boleh melantik sukarelawan dalam kalangan jemaah bagi membantu kawalan sebelum dan selepas solat,” katanya pada sidang media Khamis (11 Jun).
Dalam pada itu, Zulkifli memberitahu bahawa jemaah wanita juga dibenarkan untuk ke masjid, surau Jumaat dan surau dengan syarat bersama-sama dengan mahram masing-masing.
“Kepada warga emas, tidak ada had umur yang ditetapkan untuk hadir sebagai jemaah dengan syarat anda sihat.
“Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, jemaah yang bergejala dan menghidap penyakit kronik tidak dibenarkan hadir buat masa ini,” katanya.
Di samping itu, masjid turut dibuka di ruang tertentu untuk mereka yang ingin singgah solat seperti musafir, pemandu dan rider perkhidmatan e-hailing.
“Kuliah Maghrib dan kuliah Subuh boleh dijalankan semula dengan mematuhi beberapa syarat iaitu kuliah Maghrib hendaklah dihentikan sebaik sahaja masuk waktu Isyak manakala kuliah Subuh boleh berlangsung sekitar 20 – 30 minit sahaja. Jadi, masjid dan surau boleh kembali diimarahkan dengan lebih aktif.
“Cuma, saya ingin mengingatkan kepada jawatankuasa masjid, surau Jumaat dan surau bahawa jamuan makan selepas kuliah adalah tidak dibenarkan buat masa ini,” katanya.
Buat bakal pengantin, Zulkifli turut memberitahu bahawa akad nikah boleh dijalankan di masjid.
BERIKUT adalah prosedur operasi standard (SOP) mengenai solat di surau, surau Jumaat dan masjid di Zon Hijau di Wilayah Persekutuan:
1. Melaksanakan penjarakkan sosial di dalam dan di luar masjid.
2. Jarak antara ahli jemaah adalah sejauh 1 meter antara satu sama lain dan jemaah wajib memakai pelitup muka;
3. Cara masuk dan keluar masjid mesti dengan beratur serta menjaga penjarakan yang terkawal;
4. Semua ahli jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing- masing sebelum hadir ke masjid;
5. Jika wuduk terbatal, anda dibolehkan untuk mengambil wuduk di pili air yang ditetapkan sahaja. Penggunaan kolah tidak dibenarkan;
6. Jemaah dipastikan terus bersurai dalam keadaan tenang;
7. Tidak ada bersalaman dan bersentuhan sepanjang berada di masjid, surau Jumaat dan surau.
8. Tiada perkumpulan dibenarkan selesai solat Jumaat samada di dalam atau di luar masjid;
Terkini, ada juga masjid dan surau di beberapa negeri seperti Johor dan Terengganu dibuka untuk solat berjemaah. Oleh itu, pihak berkuasa agama negeri-negeri juga diminta untuk mengambil serius beberapa poin berikut:
1. Mewujudkan kaunter di pintu masuk bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah;
2. Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat;
3. Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa
4. Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran atau aplikasi yang disediakan pihak jawatankuasa kariah masjid, Surau Jumaat dan surau;
5. Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan;
SUMBER : Mstar
Alhamdulillah, Wany Hasrita Sah Bergelar Isteri Juruterbang! Terima Cincin Berlian Sebagai Mas Kahwin

Penyanyi, Wany Hasrita, selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, dengan dua kali lafaz, di Glam Hall, Damansara Perdana, jam 9.11 malam tadi, 22 Julai 2022.
Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan Hasbullah Hassan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan Qariah Masjid Al Mukarramah, Daerah Petaling, Mat Syaharuddin Al Rasyid Mat Isa.
Pada majlis itu, Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah menerima mas kahwin sebentuk cincin berlian. Manakala wang hantaran dirahsiakan serta tidak ada dulang hantaran daripada kedua-dua pihak.
Menurut Wany, dia bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik buat dirinya.
Alhamdulillah, saya bersyukur majlis pernikahan ini berjalan lancar dan dipermudahkan Allah SWT. Terima kasih kepada mak, ayah, keluarga, rakan-rakan, pihak media dan peminat yang tanpa jemu menitipkan doa yang baik-baik buat saya tidak kira untuk kerjaya mahu pun peribadi.
Insya-Allah, ini adalah fasa baharu buat saya dan suami. Perjalanan kami masih panjang. Tanggungjawab menjadi isteri dan dalam masa sama bergelar anak seni akan saya cuba berikan yang terbaik. Cuma, selepas ini tentu saja keluarga menjadi keutamaan saya.
Saya berdoa agar semoga segalanya dipermudahkan. Paling penting juga, saya mohon untuk semua mendoakan yang terbaik buat saya dan suami dalam melayari bahtera perkahwinan ini.

Disoal mengenai detik perkenalan, Wany memberitahu dia mula rapat dengan suami sejak 2019. Tambah Wany, suaminya bekerja dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak.
Kalau diikutkan saya sudah kenal Adib sejak 2010 lagi. Ketika itu saya mengenalinya melalui rakan baik saya yang juga sepupunya. Kenal macam tu saja. Waktu itu pun saya belum menjadi penyanyi lagi. Cuma, pada 2019 barulah kami mulai menjadi rapat. Jadi, kami mengikuti antara satu sama lain di Instagram (IG) dan banyak berhubung di situ. Ada satu hari dia melawak mengenai kartun Thomas & Friends. Saya pun boleh layan.
Sejak itu, kami terus ‘ngam’ dan saling memahami dalam banyak perkara. Tidak ada istilah ‘declare’ menjadi kekasih dalam perhubungan kami. Masing-masing saling memahami perasaan dan hati dan akhirnya memutuskan untuk membawa perhubungan ini ke fasa yang lebih serius.
Wany dan Adib memilih untuk bertunang pada 26 Februari lalu sebelum mengakhiri perhubungan mereka di jenjang pelamin pada hari ini.
Apabila sudah rapat, kami terus fikir dan rancang ke fasa seterusnya. Apatah lagi ketika itu (2019) masing-masing sudah berumur 28 tahun. Selama ini saya tidak terlalu ‘looking forward’ untuk berkahwin. Tapi selepas rapat, semuanya ‘ngam’ dan serasi dari segi semua perkara. Malah, dari mula perhubungan ia bukan lagi untuk cuba-cuba tapi memang nak berkahwin. Dia pun sama juga begitu.

Kalau diikutkan perancangan nak berkahwin dibuat lebih awal, tapi disebabkan jarak kami yang mana dia bekerja di Kuching, Sarawak, masa dan komitmen kerjaya, jadi kami ambil keputusan untuk cari waktu paling sesuai untuk kedua-dua pihak. Ditambah pula kita sudah masuk fasa endemik, jadi kami fikir ini waktu yang tepat.
Ditanya mengapa rahsia mengenai perkara tersebut, Wany berkata dia belajar daripada pengalaman sebelum ini yang mana selagi belum ada ketetapan yang sahih dalam perhubungan itu tidak perlu dikongsikan. Itu sebab dalam perhubungan kali ini, dia mengambil pendekatan sebegitu.
Biar semuanya sudah ‘confirm’ barulah kita kongsikan. Lagi pula dia juga bukan seorang yang cenderung kepada media sosial. Dia tak suka menonjolkan diri apatah lagi di media sosial. Jadi saya kena belajar untuk menjaga privasi itu. Walaupun dia jenis tak kisah, tapi saya sendiri yang nak menjaga atas dasar menghormatinya.
Sumber : Ohbulan